Old Trafford Banjir, Bumbung Bocor, Bilik Persalinan Arsenal Dimasuki Air

Old Trafford menjadi bahan jenaka netizen apabila bumbungnya bocor.

Di atas padang Man United kalah 0-1 di tangan musuh tradisi mereka Arsenal. Membuatkan United menelan kekalahan ke-14 pada musim ini.

Sebelum ini Antony meraikan golnya dengan keraian 4 dalam 1. Rupa rupanya itu petanda mereka terlepas 4 teratas dan merasai detik negatif 4 pada perbezaan jaringan.

Aksi di padang tidak cukup lagi untuk Man United menuai kecaman umum. Di tepi padang, stadium keramat mereka bumbungnya bocor.

Video dikongsi di media sosial menunjukkan bahawa Old Trafford berubah menjadi air terjun. Di tempat duduk penyokong pula banjir.

Kelab Manchester United yang baru baru ini dilabel sebagai juara kategori kelab paling bernilai. Dan merupakan kelab yang paling menguntungkan dari segi komersial.

Namun malangnya, masalah stadium uzur ini masih tidak diatasi Man United sejak bertahun  tahun lamanya.

Lebih memalukan bilik persalinan pasukan Arsenal pun bocor. Sangat bahaya kerana ada wayar dan komponen elektrik di situ.

Sebelum ini Cristiano Ronaldo pernah bersuara tentang fasiliti di Manchester United yang tidak diselenggara atau dikemaskini.

“Ketika saya sampai di gym, peralatan yang sama saya guna ketika pertama kali saya di sini, masih lagi ada di sana,” tegas CR7.

Ronaldo kecewa kerana Man United cuma indah khabar dari rupa pada ketika ini. Di mana fasiliti dan kemudahan kelab semuanya tidak bagus dan ketinggalan.

Dia pernah bermain di Real Madrid dan Juventus. Di mana kemudahan di sana sangat lengkap dan canggih.

Malang sekali di Man United, ianya serba serbi daif.

Masalah stadium Old Trafford ini sudah disuarakan oleh peminat Man United sebelum ini. Mereka kecewa kerana Glazers tidak menyelenggara stadium itu dengan lebih baik.

Old Trafford yang selalu disebut sebagai Teater Impian kini hanyalah Teater Banjir.

Kelab memang ada merancang tentang pembangunan stadium. Sebelum ini terdapat perbincangan sama ada mereka akan membangunkan Old Trafford, sama seperti yang dilakukan oleh Real Madrid atau Liverpool. Atau merobohkan stadium tersebut dan membina stadium baharu di tapak itu.

Apapun kita semua setuju bahawa Antony memang menghiburkan. Sesuai dengan kenyataan Ten Hag yang melabel United sebagai pasukan paling menghiburkan.

BACA:  Old Trafford Uzur Sehingga Bumbung Bocor Buatkan Pembeli Tarik Diri