Ole Akan Dipecat Jika Tidak Jadi Juara Europa League

Ole Gunnar Solskjaer bakal di pecat jika gagal membawa Manchester United menjadi juara Europa League musim ini dan berita ini menjadi hangat selepas Ole gagal membawa Setan Merah ke separuh akhir FA Cup.

Seperti biasa berita pemecatan Ole Gunnar Solskjaer akan tiba-tiba kedengaran apabila tibanya rehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa sehingga hujung bulan ini.

Adakah Ole akan membawa Manchester United apabila liga kembali bersambung menjadi power seperti sebelum ini selepas berita pemecatannya mula bergema?

Tersingkirnya Manchester United dari FA Cup menyaksikan hanya Europa League sahaja menjadi medan terbaik untuk Setan Merah mendakap trofi musim ini.

Secara matematiknya Premier League masih lagi ada peluang tetapi sangat tipis. Dengan menggunakan buah kalau, Manchester United boleh lagi jadi juara.

Kekalahan kepada Leicester City menimbulkan tanda tanya kenapa Ole tidak menurunkan Bruno Fernandes? Dan Ole tetap mempertahankan keputusan beliau.

Menurut Danny Murphy kedudukan pengurus Norway yang berusia 48 tahun tidak akan selamat jika tidak memenangi Europa League dan akan dikapak keluar jika gagal oleh Setan Merah.

Bekas pemain Fulham dan Tottenham Hotspur berusia 44 tahun itu telah menyatakan pandangannya kepada talkSPORT:

“Mereke tidak boleh salahkan keletihan dan skuad tidak cukup kuat selepas tewas kepada Leicester City di FA Cup.

“Yang pertama dan yang terpenting, Manchester United bertanding di Europa League merupakan sesuatu yang tidak bagus, peminat tahu, kelab tahu dan Ole sendiri pun tahu.”

“Tidak dapat meneruskan saingan di Champions League merupakan tamparan terhebat buat mereka. Ya, mereka berada di kedudukan empat teratas.. tapi itulah yang sepatutnya.”

Murphy berpendapat Setan Merah perlukan melakukan yang terbaik dan mereka akan melakukan perubahan jika tidak bergelar juara Europa League.

“Bagi aku, Ole kini berada dalam kedudukan di mana Europa League menjadi satu penanda aras untuk beliau dan kelab.”

“Aku sukakan Ole dan aku bukan orang yang suka melihat pengurus dipecat dan aku fikir mereka telah menunjukkan kemajuan tapi Manchester United perlu buat lebih baik.”

“Jika mereka tidak menang Europa League dan hanya menamatkan musim di tempat empat teratas, maka aku fikir Setan Merah akan buat perubahan.”

Kemenangan ke atas AC Milan telah melayakkan Manchester United ke suku akhir Europa League bertemu Granada dan perlawanan pertama akan berlangsung pada 8 april di Nuevo Estadio de Los Carmenes.

Momentum menewaskan AC Milan gagal diteruskan ketika perlawanan menentang Leicester City dan kesilapan dari Fred pula menambah lagi amarah penyokong.

Kini Ole sudah mula disayangi, buktinya apabila laungan #OleOut dilaungan maka akan ada sekumpulan manusia yang tampil membela Ole yang berwajah bayi itu.

Walaupun tewas, Ole masih lagi mampu tersenyum ketika ditemuramah. Sanggupkah Manchester United memecat Ole?

Untuk rekod, Louis Van Gaal telah dipecat serta merta oleh Manchester United selepas menjuarai Piala FA.

BACA:  Chelsea Merupakan Pasukan Yang Paling Solskjaer Risaukan