Pakai Baju MU Percuma 4 Butir Bakso Untuk Rawat Hati

Sebuah warung bakso di Indonesia menawarkan peminat Manchester United bakso percuma. Ini kepada siapa siapa yang memakai jersi Manchester United.

Manchester United memulakan musim ini dengan teruk sekali. Di mana dua perlawanan pertama mereka berakhir dengan dua kekalahan.

Man United kalah perlawanan pertama di tangan Brighton. Dan terbaru, Manchester United kalah pula 4-0 di tangan Brentford.

Ia bukan hari yang mudah untuk peminat Man United. Dan sudah tentunya permulaan yang tidak digemari oleh Erik Ten Hag.

Lantas di Indonesia, sebuah warung bakso menawarkan pakej bakso percuma 4 bijik simbolik kepada kekalahan dengan 4 gol. Tawaran itu sah kepada kesemua peminat Man United yang memakai jersi Manchester United ataupun aksesori lain di badan mereka dengan logo Manchester United.

Inisiatif itu demi untuk meringankan beban tekanan pada penyokong Manchester United. Mereka benar benar memerlukan sokongan moral pada ketika ini.

Kedai Bakso di Indonesia dengan paage Bakmie Sentosa 168 menulis:

“Untuk mengobati kesedihan, maka bagi siapapun yang mampir (datang ke) kedai kami memakai jersey atau atribut MANCHESTER UNITED, berhak mendapatkan 4 butir bakso. 4-⚽️.”

“Langsung aja bilang sama kasir kami. Semangat ya.”

Ramai yang memuji Langkah warung bakso itu sebagai sangat murni dan cakna dengan isu kesihatan mental yang mustahak pada ketika ini.

Manchester United masih ada 36 perlawanan lagi dalam misi mereka menamatkan kemarau kejuaraan Liga Inggeris.

Di mana mereka masih berada di landasan yang tepat untuk meramas ehhh merampas kejuaraan daripada Man City. Di mana ketika ini mereka hanya dipisahkan dengan 6 mata sahaja daripada pendahulu liga Manchester City.

BACA:  Pembocor Rahsia Man Utd Kini Telah Tinggalkan Kelab - Richard Arnold