Pandangan Peribadi Fred Tentang Komen Negatif Keane Terhadapnya

Dalam satu temu bual ‘tell-all’ bersama media Brazil, pemain midfield Manchester United, Fred telah mendedahkan tentang pelbagai hal yang menarik.

Beliau mendedahkan tentang keanehan situasi pengurus interim Manchester United dan turut memberi pandangan tentang isu pundit yang selalu menghentam beliau sebelum ini.

Pemain berusia 28 tahun itu berjaya menjaringkan gol ketika aksi kemenangan 4-2 bertemu Leeds United di Elland Road kemarin.

Aksi hebat beliau dalam perlawanan tersebut berjaya memenangi hati Roy Keane yang telah memberikan pujian menggunung kepadanya.

“Sangat berhak pada akhirnya.”

Jelas Keane selepas tamat perlawanan Manchester United bertemu Leeds United kemarin.

“Fred jelas sekali telah bertambah baik dari segi penyudah dan attacking play sejak beberapa bulan terakhir ini.”

Keane memuji Fred kini sudah semakin bagus dan beliau turut memuji Fred kerana tidak memperdulikan kritikan sebaliknya terus memperbaiki kekurangan yang beliau ada.

Namun Keane seolah-olah terlupa yang beliau adalah individu paling lantang mengkritik Fred sebelum ini, dan beliau secara terang-terangan meluahkan rasa tidak puas hatinya beliau terhadap bintang Brazil itu.

Pada November lalu, bekas ketua pasukan Man Utd itu tanpa berselindung menghentam Fred selepas aksi kekalahan 2-0 Man United di tangan Manchester City.

Bahkan Keane turut menyatakan yang jika Ole Gunnar Solskjaer berjalan masuk ke studio Sky Sports, beliau mahu cekik pengurus dari Norway itu dan bertanya mengapa terus memainkan Fred.

“Kamu bersedia untuk perlawanan, tengok dekat bas kau nampak Luke Shaw, Harry Maguire, Fred ada dekat sana dan masa depan kau bergantung kepada mereka ni? Kau dalam masalah. Kamu dah ada pemain antarabangsa.”

Jelas Keane ketika itu.

“Sesiapa saja yang beritahu saya Fred dah cukup bagus untuk Man Utd, mereka semua dah hilang akal.”

Jadi apa yang Fred rasa selepas mendengar kritikan pedas dari legenda United itu, sejak dari awal beliau tiba di Old Trafford dari Shakhtar Donetsk pada tahun 2018?

Dalam satu temu bual bersama media Brazil, TNT Sports Brazil minggu ini, pemain midfield itu menjawab persoalan tersebut dengan mengatakan yang beliau menghormati pandangan semua orang namun tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

“Mereka ada banyak detik kejayaan bersama United dan sekarang mereka di bayar untuk beri pandangan, jadi saya tak ada masalah tentang itu.”

Jelas Fred.

“Itu tugas mereka dan mereka juga ada hak untuk lakukan itu. Saya tak setuju dengan pandangan itu tapi itu pandangan mereka.”

“Saya bukan mahu konfrontasi, saya dengar banyak komen negatif tentang saya, selalu negatif, tapi saya tak nak balas cakap apa-apa. Tumpuan utama saya adalah untuk bekerja keras di atas padang.”

Fred turut ditanya tentang bagaimana pandangan beliau tentang pengurus baru yang akan mengendalikan kelab selama enam bulan terakhir ini.

Fred walau bagaimanapun menganggap keputusan pimpinan kelab melantik Ralf Rangnick sebagai pengurus interim sebagai satu situasi yang pelik.

“Ia agak sedikit pelik.”

Jelas Fred.

“Saya tahu dalam bola sepak adalah sangat penting untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dengan segera, tapi adalah sangat penting juga untuk ada perancangan jangka masa panjang.”

“Saya rasa sedikit tak bagus untuk kami kerana tak ada benda itu. Pada ketika ini semuanya memikirkan sasaran jangka masa pendek. Kita tak tahu apa akan berlaku selepas hujung musim ini.”

Mudah kan kehidupan Fred? Dia tak marah dengan komen-komen tu semua sebab dia faham itu pekerjaan pundit, tapi dia diam bukan bermaksud dia setuju dengan semua komen tu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Fred Petualang Yang Menjadi Wira dan Nadi Kebangkitan Sensasi Man Utd