Pandangan Wenger Tentang Keputusan United Tandatangani Semula Cristiano Ronaldo

Arsene Wenger dakwa yang keputusan Manchester United menandatangani semula legenda kelab, Cristiano Ronaldo merupakan keputusan yang ‘beremosi’ tetapi tidak ‘100 peratus rasional’.

Setan merah membawa Juventus yuran perpindahan bernilai £12.8 juta untuk menandatangani semula bintang Portugal yang kini berusia 36 tahun itu.

Ia merupakan perpindahan yang sangat mengejutkan pada jendela perpindahan musim panas ini dan tentunya ia juga merupakan berita paling menggembirakan untuk kem Man Utd.

Ronaldo tiba di Manchester pada petang Khamis selepas Portugal membenarkan beliau meninggalkan kem kebangsaan kerana digantung untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia mereka bertemu Azerbaijan selepas ini.

Pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu disambut oleh bekas rakan sepasukannya, Darren Fletcher yang kini merupakan pegawai teknikal United ketika beliau tiba di lapangan terbang Manchester.

Wenger merupakan antara individu yang menyaksikan bagaimana gemilangnya karier Ronaldo di Old Trafford ketika ketua pasukan Portugal itu ditandatangani oleh Manchester United dari Sporting CP pada tahun 2003 yang lalu.

Legenda terhebat sepanjang zaman Arsenal itu menegaskan yang pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer kini bakal berdepan cabaran besar untuk menyeimbangkan skuadnya sekarang.

“Ini merupakan kisah cinta yang kamu semua mahu saksikan.”

Jelas Wenger kepada BILD LIVE.

“Dia telah ditandatangani semula bukan hanya atas alasan sukan, ia juga sangat beremosi. Saya rasa keputusan itu tidak 100 peratus rasional.”

“Untuk mencari keseimbangan dalam pasukan merupakan cabaran yang besar. Tetapi pemain yang mempunyai banyak pengalaman akan tetap mampu menjaringkan gol yang banyak.”

Wenger yang meletakkan jawatan sebagai pengurus Arsenal pada tahun 2018, menikmati perseteruan yang dasyat dengan legenda terhebat sepanjang zaman United, Sir Alex Ferguson.

Dan pengurus berasal dari Perancis yang kini berusia 71 tahun itu turut pernah hampir untuk menandatangani Ronaldo sebelum bekas bintang Madrid itu memutuskan untuk menyertai Manchester United.

“Dia sudah berada di padang latihan kami dan dia juga sudah memakai jersi Arsenal! Tapi kami tak mampu membayar £3.4 juta pada ketika itu.”

“Sir Alex rampas dia dari saya! Dan dia keluarkan dana bernilai £10.2 juta.”

Wenger merasakan United kini menandatangani Ronaldo kerana mengikut emosi, namun rasionalnya mereka tidak memerlukan khidmat penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal itu.

Beliau turut bimbang tentang bagaimana Ole mahu menguruskan pemain bintang seperti Ronaldo dan turut mempertikaikan kemampuan pengurus dari Norway itu untuk menyeimbangkan skuadnya.

Ronaldo berkemungkinan akan melakukan debutnya bersama United pada 11 September nanti bertemu Newcastle dalam saingan Premier League.

Lebih manis lagi, debut keduanya bersama United akan dilakukan di Old Trafford, tempat di mana Ronaldo anggap sebagai rumahnya.

Para peminat sudah tidak sabar untuk melihat legenda kelab mereka untuk kembali beraksi di Old Trafford, dan berharap agar Ronaldo bakal membantu United untuk memenangi Piala pertama mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Mungkinkah dakwaan dari Wenger benar? Atau Ole sebenarnya mampu untuk mengimbangkan skuadnya dengan baik? Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SB

BACA:  Ronaldo Sendirian Membawa Diri Ketika Rakan Rai Kemenangan