Park Hang Seo Tidak Lagi Bersama Vietnam Selepas Piala AFF 2022

Jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang Seo tidak lagi akan bersama Vietnam selepas Piala AFF 2022 lebih awal dari kontraknya yang akan tamat pada 31 Januari 2023.

Park Hang Seo telah memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal berbanding sepatutnya dan persetujuan bersama telah dicapai oleh pengendali dari Vietnam dan Vietnam Football Federation (VFF).

Perkara ini telah diumumkan melalui laman sesawang rasmi Vietnam Football Federation (VFF).

Dalam kenyataanya Vietnam Football Federation (VFF) telah menyebut:

“Sau khi có thông tin HLV Park Hang-seo sẽ chấm dứt hợp đồng với Liên đoàn Bóng đá Việt Nam (LĐBĐVN) từ ngày 31/1/2023, Liên đoàn Bóng đá châu Á (AFC) đã có bài viết trên trang chủ về những cống hiến của nhà cầm quân người Hàn Quốc đối với sự phát triển của bóng đá Việt Nam.

.

Selepas dimaklumkan bahawa Jurulatih Park Hang-seo akan menamatkan kontraknya dengan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VNF) yang sepatutnya tamat pada 31 Januari 2023, Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) telah menyiarkan di laman utamanya mengenai pengorbanan pengendali Korea terhadap perkembangan bola sepak Vietnam.”

Park Hang Seo layak diangkat sebagai bapa bola sepak Vietnam walaupun hanya 5 tahun bersama dan bersama jejaka dari Koare itu Vietnam telah mencapai kemajuan yang luar biasa.

Pengendali berusia 65 tahun ini memainkan peranan besar dalam pembangunan bola sepak Vietnam, bermula dengan kempen Kejuaraan AFC U23 2018 (kini dinamakan semula sebagai Piala Asia U23 AFC) ketika membawa anak buahnya menjadi naib juara Kejohanan AFC U23.

Teras skuad U23 pada tahun itu menjadi nadi utama pasukan Vietnam yang membawa pulang gelaran kedua Vietnam di Piala AFF 2018, sebelum berjaya mara sehingga ke suku akhir Piala Asia AFC 2019 di UAE.

Selain pingat emas berturut-turut pada 2019 dan 2021 di Sukan Sea, Viernam juga mara ke pusingan kelayakan akhir Piala Dunia FIFA buat kali pertama apabila mengatasi pasukan teratas di Asia.

Park Hang-seo berkongsi rasa apabila memutuskan untuk menamatkan kontrak dengan Persekutuan Bola Sepak Vietnam:

“Saya memahami kasih sayang dan sokongan kepada saya sepanjang berada di Vietnam. Walaupun saya meninggalkan jawatan ini, saya akan terus bekerja keras untuk membalas sokongan anda dalam masa terdekat. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kasih sayang yang Vietnam berikan kepada saya.”

“Apabila saya dilantik pada 2017, hasrat saya adalah untuk bertindak sebagai jambatan untuk mengukuhkan hubungan antara Vietnam dan Korea dalam semua aspek kehidupan termasuk bola sepak. Saya terus melaksanakan misi itu dan memainkan peranan dalam mengekalkan dan mengukuhkan persahabatan baik antara dua negara Vietnam – Korea,” kongsi jurulatih Park Hang-seo.

Sebelum ini, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) bercadang mengadakan pertemuan dengan Park Hang-seo yang diwakili Lee Dong-jun.

Dilaporkan oleh Media Vietnam Zingnews, mesyuarat ini akan diadakan pada 20 Oktober.

Ini dilakukan kerana VFF masih memerlukan khidmat jurulatih Korea Selatan sekurang-kurangnya untuk tahun hadapan. Kontrak Park akan tamat pada 31 Januari 2023.

“Pengerusi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengesahkan bahawa akan ada perbincangan dengan jurulatih Park Hang-seo.”

“Perbincangan mengenai melanjutkan kontrak akan diadakan pada hari Khamis minggu ini (20 Oktober),” tulis Zingnews.

Park Hang Seo bukan sekadar jurulatih buat skuad senior dan B-23 Vietnam, dia juga mentor kepada pembangunan dan revolusi bola sepak Vietnam.

Sejak mengambil alih Vietnam, Park Hang Seo menjadikan pasukan negara itu sebagai yang terbaik di Asia Tenggara dan salah satu yang terbaik di Asia.

Dalam sidang media pertamanya bersama dengan media Vietnam, dia mensasarkan mahu membawa Vietnam ke ranking 100 teratas di dunia.

Pada awalnya ramai yang skeptikal menganggap ia hanya cita cita kosong. Namun di bawah Park Hang Seo Vietnam berjaya melakukannya. Buat pertama kalinya sejak 2008 mereka berada di kalangan top 100 ranking FIFA.

Ketika artikel ini ditulis, Vietnam berada di ranking ke-96.

Destinasi seterusnya Park Hang Seo masih lagi belum jelas, namun ada khabar angin bertebaran bahawa Park Hang Seo akan melatih skuad Korea Selatan Bawah 20 tahun.

Jika ini benar maka tidak hairanlah kenapa Park Hang Seo sanggup meninggalkan Vietnam selepas membentuk pasukan itu sebagai pasukan yang hebat.

BACA:  Park Han Seo Tersinggung Dengan Kenyataan Polking