Paul Merson Akui Menyesal Pernah Personal Keputusan Mikel Arteta

Paul Merson mengakui yang beliau sebenarnya menyesal kerana memandang rendah kepada barisan pemain yang Arsenal tandatangani pada musim panas lalu.

Beliau turut akui yang pemain-pemain tersebut telah membuktikan yang penilaian beliau sepenuhnya salah dengan Merson turut memberikan pujian menggunung kepada pengurus Gunners, Mikel Arteta.

Seperti kebanyakan penyokong Arsenal yang lain, Merson sangat sangsi dengan pemain-pemain yang ditandatangani pada musim panas lalu.

Beliau curiga dengan muka-muka yang dibawa masuk dengan pihak kelab melaburkan dana bernilai £150 untuk mendapatkan khidmat kesemua pemain tersebut.

Martin Odegaard dari Real Madrid, Ben White dari Brighton, Aaron Ramsdale dari Sheffield United dan Takehiro Tomiyasu dari Bologna dan Albert Sambi Lokonga dari Anderlecht.

Kesemua mereka telah ditandatangani oleh Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu dan jelas sekali ramai yang mempersoalkan keputusan kelab mengapa memilih untuk menandatangani pemain-pemain tidak ternama seperti mereka.

Kesemua pemain yang ditandatangani juga berusia 23 tahun ke bawah dengan Arteta dan pegawai teknikal Arsenal, Edu menegaskan yang mereka mahu beri tumpuan kepada pemain muda.

Mereka tidak mahu mengulangi kesilapan lama kerana menandatangani pemain yang sudah berusia dan kerana itulah mereka memilih untuk membentuk skuad dengan pemain-pemain muda.

Arsenal bermula dengan sangat bermasalah, namun perlahan-lahan mereka akhirnya kini berada di kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga.

Mereka berpotensi untuk mengakhiri kemarau sejak musim 2015/16 untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan empat teratas.

Mikel Arteta jelas sekali individu yang paling berhak untuk dipuji atas apa yang berlaku dalam kem Arsenal pada ketika ini.

Bekas pemain penyerang Arsenal, Paul Merson memberikan pujian menggunung atas apa yang berlaku pada kelab ketika ini.

“Saya sangat suka dengan apa yang Arteta sedang lakukan, saya benar-benar sukakannya.”

Jelas Merson kepada talkSPORT.

“Penandatanganan yang mereka lakukan musim ini, setiap seorang dari mereka memang nampak menjadi.”

“Saya tak pernah tengok jendela perpindahan seperti itu. Ketika dia membawa masuk semua pemain tu, saya tak rasa ia akan berhasil.”

“Penjaga gol (Aaron Ramsdale) dah catatkan bolos paling banyak berbanding mana-mana pemain sejak tiga tahun lalu.”

“Tomiyasu, saya selalu fikir yang jika kamu bermain di Itali dan tak ada sesiapa mahukan kamu, maka kamu tak lah hebat mana.”

“Ben White, ada satu hal yang buat saya berfikir adakah dia pemain centre-back atau bukan. Adakah dia holding midfielder?”

“Odegaard, adakah dia mahu kembali ke Real Madrid dan Arsenal sebenarnya persinggahan terakhir yang ada untuk dia.”

“Tapi sekarang saya fikir kesemua mereka sungguh luar biasa menakjubkan.”

“Kemudian pemain muda seperti Saka dan Smith Rowe, Partey juga luar biasa dan Xhaka juga turut sangat cemerlang.”

“Tierney tak pernah kecewakan kamu dan Gabriel saya tak sangka dia boleh main sehebat itu.”

“Arteta dan Edu dah lakukan yang terbaik. Dia dah lakukan tugas sempurna dengan singkirkan Aubameyang yang sekadar menghabiskan duit kelab dan turut singkirkan Willian.”

“Saya awal-awal fikir dia bawa masuk pemain yang mana mudah dia beli, tapi sekarang saya salah, mereka memang hebat.”

Bukan hanya Paul Merson, sepertinya rata-rata penyokong Arsenal juga turut merasakan hal yang sama, kerana mereka juga pernah meragui pengurus dari Sepanyol itu.

Pujian selayaknya diberikan kepada Mikel Arteta kerana tetap tenang ketika dikritik, dan mampu menunjukkan hasil yang sungguh luar biasa menakjubkan.

BACA:  Bagaimana Arsenal Mampu Berbelanja Besar Tanpa Sangkut FFP?