Paul Pogba Berkemungkinan Akan Tandatangani Kontrak Baru Kerana Ronaldo

Paul Pogba berkemungkinan akan tandatangani kontrak baru kerana Ronaldo dan perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Manchester United pada ketika ini.

Menurut laporan dari The Athletic, pemain midfield Manchester United, Paul Pogba sepertinya akan menandatangani tawaran lanjutan kontrak di Old Trafford, selepas ketibaan Cristiano Ronaldo.

Selepas melalui jendela perpindahan musim panas yang sungguh menakjubkan, ia sepertinya bakal mempengaruhi keputusan Pogba untuk terus kekal.

Penandatanganan terbaru seperti Cristiano Ronaldo, Raphael Varane dan Jadon Sancho sedikit sebanyak memberi impak pada keputusan Pogba yang dilihat semakin gembira di Old Trafford.

Walaupun Mino Raiola sebelum ini pernah menyatakan yang karier kedua pemain kebangsaan Perancis itu di Old Trafford akan berakhir tidak lama lagi, Pogba kini dilihat lebih cenderung untuk tandatangani kontrak baru.

Ketibaan pemain baru terutama Ronaldo, dan ketiadaan minat yang ditunjukkan oleh Real Madrid atau Paris Saint Germain, dipercayai menjadi punca mengapa Pogba mahu kekal.

Walau bagaimanapun, situasi pada ketika ini masih belum berubah, dengan United dijangka akan sekali lagi melakukan rundingan dengan wakil dari pemain berusia 28 tahun itu untuk membincangkan tentang tawaran lanjutan kontrak.

Ramai yang yakin dan percaya Paul Pogba akan memutuskan untuk kekal di Old Trafford dan tidak akan meninggalkan kelab secara percuma sahaja pada musim hadapan.

Aksi mantap yang Pogba pamerkan sepanjang awal musim ini juga memberi gambaran jelas yang beliau sudah kembali selesa dan gembira di Old Trafford.

Tujuh assists dari empat perlawanan merupakan satu pencapaian yang sungguh luar biasa menakjubkan, bahkan ia lebih bagus berbanding rekod Pogba secara keseluruhannya dalam dua musim terakhir ini.

Tambahan pula, beliau juga merupakan antara pemain yang mencatatkan statistik terbaik dalam saingan Premier League pada ketika ini, dan Pogba tidak dinafikan sedang berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang kariernya di Old Trafford.

Bergandingan dengan Bruno Fernandes, mereka berdua telah berjaya membantu United untuk menghasilkan banyak gol dan menjadi antara pasukan paling digeruni.

Tidak dinafikan, sejak awal Pogba ditandatangani semula, beliau sudah banyak menerima kritikan dari pelbagai pihak.

Tambahan pula selepas ejennya menjadi tokoh paling jahat di Old Trafford, makin ramai yang mula meragui Pogba.

Walaupun ramai yang awalnya percaya Pogba bakal meninggalkan kelab selepas tamat kontraknya musim hadapan, namun selepas melihat aksi konsisten beliau, kini ramai yang percaya bintang Perancis itu akan kekal di Old Trafford.

Bercakap di saluran Youtube miliknya, Rio Ferdinand mendedahkan yang Pogba sebelum ini mahu mengejar Piala kejuaraan dalam kariernya, dan jika hal itu boleh dicapai di Old Trafford, maka tidak mustahil untuk melihat bintang Perancis itu kekal.

“Ia mungkin boleh jadi musim terakhir Pogba andai dia tidak tandatangani kontrak baru, dan sepertinya ia belum dapat dimuktamadkan.”

“Tapi jika dia boleh hidu kejayaan, dan memenangi Piala demi Piala, ada sesuatu yang beritahu saya bahawa Pogba mahu jadi sebahagian darinya.”

“Sebab itu jugalah kenapa dia datang dulu. Ketika saya bercakap dengan Paul, semua yang dia cakap hanyalah tentang kemenangan.”

“Dia kata, ‘saya mahu memenangi Champions League. Premier League juga merupakan Piala yang mahu saya julang.”

“Dia ada keinginan yang sungguh luar biasa untuk bantu Manchester United. Dia membesar dan bermula di sini.”

“Dia mahu menang, dia mahu dikenali sebagai salah seorang pemain yang berjaya bantu Manchester United menang, era kemenangan.”

Sumber: GMS

BACA:  Abou Diaby Terharu Dengar Komen Penyokong Arsenal Mengenai Dirinya