Penjaga gol, Gianluigi Donnarumma muncul sebagai wira pasukan Itali selepas berjaya menafikan tendangan penalti daripada Jadon Sancho dan Bukayo Saka, sekaligus membawa pasukannya bergelar juara Eropah dalam Euro 2020.
Sebaik perlawanan tamat, mereka hanya berehat semalaman sahaja di London, sebelum berlepas pulang ke Itali dalam penerbangan pagi Isnin. Sebaik tiba di ibu kota, Rome, mereka disambut begitu meriah oleh para penyokong pasukan Azzuri.
Para pemain Itali juga dilihat menyanyikan It’s coming Rome beramai-ramai ketika di bilik persalinan.
"IT´S COMING ROME…" Italia se va de Wembley con la #EURO2020. 🇮🇹🤟 pic.twitter.com/cMqPQvl7KE
— SportsCenter (@SC_ESPN) July 11, 2021
Para penyokong mula menunggu ketibaan pasukan tersebut sejak sebelum Subuh waktu tempatan dan berkampung di Piazza Del Popolo, dengan nyalaan bunga api dan mengibarkan tinggi bendera kebanggaan mereka yang berjalur Merah Putih dan Hijau.
Sebaik tiba, Kapten Giorgio Chiellini dilihat menjulang piala di hadapan para penyokong dan Roberto Mancini – kacak seperti biasa – buat-buat control senyum sahaja.
Mancini, bekas bintang Sampdoria, yang sekadar menduduki tempat ketiga dalam Piala Dunia 1990 di laman sendiri dan naib juara Euro Bawah-21 dua tahun sebelumnya, kini berjaya mengucup piala bersama pasukan kebangsaan yang dicintai.
“Aku sangat bernasib baik dalam bermain bersama pasukan yang hebat pada 1990 dan pasukan bawah-21 yang mantap pada tahun 1988,” ujar Mancini.
“Walaupun kami adalah pasukan yang terbaik pada waktu tu, kami gagal memenanginya dan tewas kedua-dua perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti.”
Dengan air mata yang mengalir selepas tamat perlawanan semalam, pengurus berusis 56-tahun itu berkata lagi;
“Rasa sangat sebak selepas berjaya mencapai sesuatu yang hebat. Rasa sebak juga bila tengok semua orang menyambut kejayaan bersama dengan penyokong di tempat duduk.
“Lepas tengok semua benda yang kami berjaya cipta, segala penat lelah yang kami letakkan sepanjang tiga tahun lalu, tetapi khususnya dalam tempoh 50 hari yang lalu bila kami betul-betul bekerja keras.
“Rasa seronok kami mampu membina semangat pasukan ini dalam tempoh 50 hari lalu, mereka telah mencipta sesuatu yang tidak akan dilupakan di masa hadapan.
“Mereka akan selalu diingati dengan kejayaan ini.”
Kemenangan Itali semalam telah melanjutkan lagi rekod tanpa kalah mereka kepada 34 perlawanan, sekaligus menyaksikan mereka menjulang kejuaraan Eropah yang pertama sejak kali terakhir melakukannya pada tahun 1968.
Kapten Chiellini pula berkata, dia dapat rasakan sesuatu yang ajaib sejak permulaan kejohanan sambil dia menerangkan tentang perasaannya sendiri.
“Beberapa tahun mendap. Kita semua layak mendapa tini, pada usia macam ni kami lebih sedar apa maknanya memenagi piala seperti ini,” pemain berusia 36 tahun itu berkata.
“Kami selalu cakap yang sesuatu yang ajaib sedang berlaku sejak penghujung Mei, hari demi hari.”
Berkenaan perlawanan semalam pula, pemain Juventus itu berkata;
“Memang sukar bila kita bermula dengan cara yang paling terik dengan England dapat jaringkan gol selepas dua minit.
“Sukar untuk kami dengan semua penyokong di stadium bagi mereka semangat untuk menang. Tapi kami tetap diam dan tenang, itu yang penting.
“Lepas tu kami mula main main main. Kami lakukan hantaran yang betul, kami dapat lakukan rembatan yang betul, ini adalah cara untuk menang.”
Selepas Itali sah bergelar juara semalam, Leandro Bonucci dilihat menjerit it’s coming to Rome beberapa kali di depan kamera.
Berkata selepas perlawanan;”Korang masih kena makan pasta,” merujuk kepada penyokong England.
“Mereka mahu bawa piala balik ke England, tetapi kami yang bawa balik ke Rome naik kapal terbang.”
Bonucci juga tidak menyembunyikan rasa tidak puas hatinya terhadap penyokong England yang mencemuh kuat ketika lagu kebangsaan Itali dimainkan sebelum perlawanan.
“Kami kuat, lebih kuat daripada bunyi bising cemuhan tu.
“Sewaktu memanaskan badan, aku cakap kat kengkawan – kita tutup telinga dan main macam mana yang kita tahu.
“Pasukan ini tidak tewas dalam 34 perlawanan, kami adalah pasukan yang mantap. Memang rasa seronok sangat dan kami memang menikmati saat ini.”
Sumber : Mirror