Pemain Harapan Pilihan Messi Pada 2016, Di Mana Mereka Sekarang?

Lionel Messi kini sudah berusia 32 tahun dan berada diambang penghujung kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

Pemain kebangsaan Argentina itu sudah memenangi enam kali gelaran Ballon d’or sepanjang kariernya.

Beliau juga telah menjaringkan lebih dari 700 gol dan telah berjaya membantu Bacelona memenangi 34 kejuaraan utama.

Dengan segala pencapaiannya, Messi sememangnya pemain terhebat sepanjang zaman yang pernah ada dalam sukan bola sepak.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, begitu banyak ramalan dilakukan untuk memilih pemain muda terbaik yang boleh menggantikan Messi apabila beliau bersara kelak.

Dan Messi sendiri turut melakukan hal yang sama. Pada tahun 2015, dengan usahasama dari Adidas, Messi telah memilih 10 bakat muda dari seluruh pelusuk dunia yang beliau yakin bakal menjadi bintang.

Program itu dipanggil #BackedByMessi dan pemain yang dipilih oleh Messi ketika itu termasuklah Timo Werner dan Rony Lopes.

Setahun selepas itu, Messi memilih lagi 10 pemain yang beliau yakin bakal menggegar dunia sukan bola sepak.

Kini setelah empat tahun berlalu, dimana 10 pemain muda yang dipilih oleh Messi pada tahun 2016?

Patrick Roberts

Di mana beliau pada tahun 2016?

-Manchester City (Dipinjamkan ke Celtic)

Di mana beliau pada tahun 2020?

-Manchester City (Dipinjamkan ke Middlesbrough)

Empat tahun lalu, Roberts beraksi bersama pasukan Celtic di Scottish Premier League secara pinjaman.

Tetapi beliau gagal untuk mempamerkan aksi mantapnya di sana. Roberts hanya pernah muncul tiga kali untuk Manchester City pada musim 2015/16.

Roberts menghabiskan separuh musim bersama Norwich, tetapi beliau tidak mendapat minit permainan disana dan kemudian perjanjian pinjamannya ditamatkan.

Roberts kemudian berpindah ke pasukan Middlesbrough pada Januari lalu, tetapi kerana masalah kecederaan beliau hanya sempat beraksi dalam empat perlawanan sahaja musim ini.

Dengan apa yang dipamerkan sukar untuk beliau mendapat tempat di Manchester City.

Jean-Kevin Augustin

Di mana beliau pada tahun 2016?

– Paris Saint Germain

Di mana beliau pada tahun 2020?

– RB Leipzig (Dipinjamkan ke Leeds United)

Empat tahun lalu, Augustin adalah seorang pemain remaja dan bersinar bersama pasukan gergasi Perancis, Paris Saint Germain.

Beliau sempat membuat 31 penampilan bersama PSG sebelum menyertai RB Leipzig dengan yuran perpindahan bernilai €13 juta pada tahun 2017.

Pemain kebangsaan Perancis itu sempat menjadi pemain tetap bersama Leipzig dalam dua musim pertamanya.

Tetapi sebabkan Leipzig Mempunyai lebihan pemain, Augustin telah dipinjamkan ke Monaco dan Leeds pada musim ini.

Sayangnya, Marcelo Bielsa masih belum yakin sepenuhnya dengan pemain berusia 22 tahun itu.

Augustin hanya membuat tiga penampilan sahaja sebagai pemain gantian sejak ketibaannya pada Januari lalu.

Gabriel Boschilia

Di mana beliau pada tahun 2016?

-Monaco

Di mana beliau pada tahun 2020?

-Internacional

Pada tahun 2016, Boschilia telah mempamerkan aksi cukup mengagumkan bersama pasukan Monaco.

Pada musim 2016/17, pemain muda Brazil itu berjaya menjaringkan 8 gol dari 15 penampilan bersama pasukan. Satu pencapaian hebat dari Boschilia.

Tetapi selepas dari kejayaan tersebut beliau sudah tidak berjaya untuk mempamerkan aksi terbaik bersama pasukan selama dua musim berturut-turut.

Beliau kemudian dipinjamkan ke Nantes pada musim 2018/19 dan setelah dari itu beliau telah ditandatangani oleh pasukan Internacional.

Alex Muyl

Di mana beliau pada tahun 2016?

– New York Red Bulls

Di mana beliau pada tahun 2020?

– New York Red Bulls

Muyl merupakan seorang pemain paling bersinar di MLS empat tahun yang lalu. Beliau antara pemain utama untuk pasukan New York Red Bulls dari 2016-2019.

Secara keseluruhannya, pemain sayap ini telah membuat 119 penampilan untuk pasukan dan telah berjaya menjaringkan 13 gol.

Beliau masih beraksi di MLS dan belum mendapat kesempatan untuk beraksi di pentas bola sepak Eropah.

Jay Chanathip

Di mana beliau pada tahun 2016?

– Muangthong United

Di mana beliau pada tahun 2020?

-Hokkaido Consadole Sapporo

Pada tahun 2016, Chanathip telah diberi julukan nama ‘Thai Messi’ dan bermain bersama pasukan Muangthong United.

Pemain berusia 26 tahun itu terus menerus mempamerkan aksi hebat dan mengagumkan sehingga menarik minat pasukan dari Jepon Hokkaido Sapporo.

Chanathip juga masih belum berjaya untuk bermain di pentas bola sepak Eropah sehingga kini.

Beliau telah berjaya membuat 56 penampilan untuk pasukan kebangsaan Thailand dan telah berjaya menjaringkan lapan gol.

Nadezhda Karpova

Di mana beliau pada tahun 2016?

– Chertanovo

Di mana beliau pada tahun 2020?

– Sevilla

Satu-satunya pemain wanita yang berada di dalam senarai ini. Empat tahun lalu, Karpova beraksi sungguh hebat bersama pasukan Chertanovo di Russia.

Beliau kemudian berpindah ke Valencia pada tahun 2017 sebelum bersama pasukan Sevilla dua tahun kemudian.

Kontrak beliau bersama Sevilla dijangka berakhir musim panas ini dan Chelsea telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Karpova pada perpindahan musim panas nanti.

Davide Calabria

Di mana beliau pada tahun 2016?

-AC Milan

Di mana beliau pada tahun 2020?

-AC Milan

Calabria telah berjaya menstabilkan kariernya bersama AC Milan, beliau telah membuat 102 penampilan sepanjang karier bersama Milan.

Beliau turut membuat 19 penampilan bersama pasukan remaja Itali tetapi sehingga kini masih belum dipanggil untuk sertai pasukan utama Itali.

Kekuta Manneh

Di mana beliau pada tahun 2016?

-Vancouver Whitecaps FC

Di mana beliau pada tahun 2020?

-FC Cincinnati

Manneh merupakan pemain pilihan utama ketika beraksi bersama Vancouver Whitecaps, beliau telah melakukan debut untuk pasukan itu sejak tahun 2013 ketika berusia 18 tahun.

Pada tahun 2016 beliau telah berpindah untuk beraksi bersama pasukan dari Mexico, Pachuca. Kemudian beliau telah berhijrah ke pasukan di Eropah St.Gallen di Swiss pada tahun 2018.

Malangnya beliau gagal untuk memberi impak kepada pasukan St.Gallen lalu menyebabkan beliau kembali beraksi di MLS bersama pasukan FC Cincinnati.

Nathan

Di mana beliau pada tahun 2016?

-Chelsea

Di mana beliau pada tahun 2017?

-Chelsea(Dipinjamkan ke Atletico Mineiro)

Nathan merupakan salah seorang mangsa sistem perpindahan pasukan Chelsea.

Pemain Brazil itu mempunyai potensi yang luar biasa ketika melihat aksinya pada tahun 2016. Tetapi beliau telah dpinjamkan kepada empat pasukan berbeza sejak tahun 2015.

Beliau telah menyertai Atletico Mineiro sejak 2018 dan kini dengan usia sudah menjangkau 25 tahun sukar untuk beliau lebih bersinar dan mendapat tempat kembali bersama Chelsea.

Kasper Dolberg

Di mana beliau pada tahun 2016?

-Ajax

Di mana beliau pada tahun 2020?

-Nice

Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik dalam senarai ini. Pemain penyerang ini telah mempamerkan aksi sangat hebat bersama Ajax pada musim 2016/17.

Ketika musim 2016/17 beliau masih lagi seorang pemain remaja tetapi sudah berjaya menjaringkan 23 gol dari 47 penampilan untuk Ajax.

Beliau turut cemerlang membantu Ajax untuk layak ke peringkat separuh akhir liga Juara-juara musim lalu.

Dolberg meninggalkan Ajax untuk menyertai Nice dengan nilai €20.5 juta pada perpindahan musim panas lalu.

Bersama Nice, Dolberg cemerlang dimusim pertamanya dengan menjaringkan 11 gol dari 23 penampilan bersama pasukan itu.

Nampaknya hanya sebilangan kecil sahaja pemain pilihan Messi yang berjaya hingga kini. Ternyata beliau gagal untuk menjadi scouting yang berjaya.

Kebanyakkan pemain dalam senarai ini gagal untuk meneruskan kecemerlangan dan tidak menepati ramalan.

Roberts, Augustin dan Boschilia gagal untuk membina kerjaya cemerlang bersama pasukan masing-masing dan tidak mencapai kemuncak aksi mereka.

Chanathip dan Muyl gagal untuk membina kerjaya di pentas Eropah sementara Manneh yang sudah bermain di Eropah terpaksa pulang ke US selepas gagal mempamer aksi yang baik.

Calabria nampak seperti sudah stabil di AC Milan tetapi beliau tetap harus melakukan sesuatu untuk memperbaiki prestasinya.

Dolberg masih menepati ramalan dan masih beraksi cemerlang bersama pasukannya.

Apa pon penilaian yang diberikan, kesemua pemain ini masih di usia 20 an dan mereka masih mempunyai masa yang cukup untuk meningkatkan lagi prestasi masing-masing.

Mereka masih boleh menunjukkan sesuatu dan membuktikan Messi tidak silap menilai mereka empat tahun lalu.

BACA:  Sneijder Dedah Beliau Mampu Sehebat Messi Dan Ronaldo Cuma Tak Nak