Keputusan Pemenang Ballon d’Or 2021 Telah Bocor

Pemenang Ballon d’Or 2021 telah pun diketahui apabila sekeping gambar helaian kertas dipercayai keputusan Ballon d’Or 2021 telah pun bocor di atas talian berserta 19 nama lain.

Senarai akhir 30 calon akhir Ballon d’Or 2021 telah diumumkan pada 8 Oktober 2021 dan majlis rasmi anugerah Ballon d’Or untuk kali yang ke-65 bakal diadakan pada 29 November 2021.

Lionel Messi memenangi Ballon d’Or buat kali keenam pada tahun 2019 menewaskan Virgil van Dijk dan Cristiano Ronaldo ternyata bukan pemenangan tahun ini.

Berdasarkan senarai yang telah bocor di talian itu, pemenangan Ballon d’Or 2021 adalah pemain penyerang Poland dan juga Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Tahun lalu tiada dakwa-dakwi lagi Robert Lewandowski boleh menjadi pemenang namun Ballon d’Or pada tahun 2020 telah dibatalkan kerana penularan wabak ke seluruh dunia.

Atas dasar keadilan dan demi menjaga prestij anugerah yang memberi penghargaan kepada pemain terbaik ini dibatalkan lantaran ada liga dibatalkan dan beberapa perubahan peraturan dalam perlawanan dilakukan.

Menurut keputusan yang bocor itu Robert Lewandowski muncul pemenang mengutip 627 undian dihadapan Lionel Messi yang telah mengumpul 588 mata jumlah undian.

Penyerang Perancis dan Real Madrid, Karim Benzema ditempat ketiga dengan 526 mata diikuti pemain bola sepak paling hebat dimuka bumi ketika ini, Mohamed Salah dengan mendapat 412 undi.

Calon pilihan Thomas Tuchel yang merupakan pemenang UEFA Champions League, UEFA Super Cup dan pemenang EURO 2020, Jorge Luiz Frello Filho Cavaliere atau Jorginho berada ditempat kelima dengan 197 undi.

Pemain sensasi yang bersiu siu siu saban minggu selepas menyertai Manchester United, Cristiano Ronaldo nun jauh ditangga ke-9 juga dengan jumlah undi sebanyak 49 mata undian.

Robert Lewandowski tidak dinafikan antara penyerang terhebat yang wujud di muka bumi pada ketika ini. Pemain kebangsaan Poland itu mempunyai rekod jaringan yang sungguh menakjubkan pada musim 2020/21.

Beliau berjaya memecahkan rekod gol terbanyak semusim yang dicipta oleh Gerd Muller (40) dari 38 perlawanan dalam saingan Bundesliga.

Lewandowski berjaya menjaringkan 41 gol hanya dari 29 penampilan dalam saingan Bundesliga dan secara keseluruhannya beliau berjaya menjaringkan 48 gol dan sembilan assists dari 40 perlawanan dalam semua pertandingan.

Bintang berusia 33 tahun itu merupakan pemain terpenting Bayern Munich yang berjaya membantu skuadnya mempertahankan kejuaraan liga mereka pada musim lalu.

Pada permulaan musim ini, Lewandowski telah memulakan kempen dengan sangat cemerlang selepas berjaya menjaringkan tujuh gol hanya dari empat penampilan sahaja dalam semua pertandingan.

Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya pemain penyerang paling berbisa dalam dunia bola sepak dan antara calon paling layak untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah Ballon D’or tahun ini walaupun keputusan ini tidak bocor.

Ini bukanlah kali pertama keputusan Ballon d’Or bocor lebih awal berbanding tarikh sebenar anugerah. Kejadian yang sama telah terjadi pada tahun 2018 di mana Luka Modric muncul pemenang menamatkan duopoly Messi-Ronaldo selama sedekad.

Lebih menarik apabila keputusan yang terbocor ke atas talian itu sama dengan keputusan sebenar dari segi undian dan kedudukan pemain.

Ada yang mendakwa bahawa keputusan ini adalah palsu, manakala yang percaya pula kerana tempoh undian telah ditutup dan pemenang telah ditentukan, nak tahu betul ke tak tunggu la 29 November.

Pemenang Ballon d’Or 2021 sehingga tempat ke-20 berserta mata undian:

1. Robert Lewandowski (Bayern Munich) – 627 mata

2. Leo Messi (PSG) – 588 mata

3. Karim Benzema (Real Madrid) – 526 mata

4. Mohamed Salah (Liverpool) – 412 mata

5. Jorginho (Chelsea) – 197

6. Kylian Mbappé (PSG) – 136 mata

7. N’ Golo Kanté (Chelsea) – 97 mata

8. Erling Haaland (Dortmund) – 78 mata

9. Cristiano Ronaldo (Manchester United) – 49 mata

10. Kevin de Bruyne (Manchester City) – 41 mata

11. Gianluiggi Donnarumma (PSG)

12. Luka Modric (Real Madrid)

13. Giorgio Chiellini (Juventus)

14. Harry Kane (Tottenham)

15. Bruno Fernandes (Manchester United)

16. Ruben Dias (Manchester City)

17. Romelu Lukaku (Chelsea)

18. Pedri (Barcelona)

19. Neymar (PSG)

20. Riyad Mahrez (Manchester City)

BACA:  Messi Akui Haaland Selayaknya Menangi Ballon d'Or Selepas Raih Treble