Peminat Anggap Jersi Terbaru Newcastle Menampilkan Ciri Arab Saudi Yang Berlebih-lebihan

Newcastle United telah mendedahkan rupa sebenar jersi third kit mereka dengan ia dianggap terlalu Arab Saudi oleh para peminat.

Jersi third kit Newcastle dilihat menampilkan ciri-ciri khas Arab Saudi dengan warna utamanya jelas menggambarkan bendera negara tersebut.

Newcastle United telah diambil alih oleh Public Investment Fund pada Oktober 2021 dengan mereka dibeli dengan nilai £305 juta.

Selepas tamat urusan jual beli itu, Newcastle United secara tak langsung telah dinamakan sebagai antara kelab terkaya dalam dunia bola sepak.

Premier League sendiri turut menerima jaminan khas dari PIF yang kerajaan Arab Saudi tidak akan masuk campur dalam apa-apa hal melibatkan pentadbiran kelab.

Ketika berada di zon penyingkiran, pemilik baru kelab memilih untuk memecat Steve Bruce dan melantik Eddie Howe sebagai pengurus baru kelab.

Eddie Howe berjaya memimpin The Magpies untuk mengelak dari zon penyingkiran dan mengakhiri saingan liga di kedudukan ke-11 dalam saingan Premier League.

Selain usaha Howe, pimpinan baru juga berhak dipuji kerana dana £94 juta yang mereka laburkan pada jendela perpindahan Januari membuahkan hasil.

Menjelang musim baru ini, Newcastle United telah melancarkan jersi ketiga mereka dengan para peminat menganggap ia terlalu Arab Saudi untuk dipakai.

Jersi tersebut boleh dikatakan sama persis seperti jersi yang dipakai oleh skuad utama Arab Saudi, dan hanya logo sahaja yang membezakan kedua-dua jersi tersebut.

Jersi tersebut dominan dengan warna putih dengan jalur, logo serta penaja menggunakan warna hijau.

Terdapat rumours yang mengatakan bahawa Newcastle akan menggunakan design serta warna tersebut sebelum ini, namun ia telah disahkan sendiri oleh The Magpies di laman rasmi mereka.

Newcastle United telah berkongsi gambar Callum Wilson, Allan Saint-Maximin dan Jamaal Lascelles memakai jersi ketiga mereka itu di laman media sosial kelab.

Newcastle United turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:

“Newcastle United telah melancarkan jersi ketiga untuk musim 2022/23 secara rasminya menjelang bermulanya musim baharu dalam saingan Premier League.”

“Sejurus selepas pendahuluan jersi klasik hitam dan putih untuk home pada musim baru ini, pihak kelab telah mendedahkan jersi ketiga yang berwarna hijau putih, direka oleh syarikat pakaian sukan premium British, yang akan dipakai selepas ini.”

Para peminat mengaitkan jersi tersebut dengan Arab Saudi kerana warna itu sendiri membawa identiti negara tersebut dan kerana itulah ia menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

“Saya rasa lepas ni menonton perlawanan Newcastle akan rasa seperti menonton perlawanan Arab Saudi.”

“Terlalu Arab Saudi untuk dilihat. Saya boleh katakan ia 100 peratus nampak seperti warna Arab.”

“Mujur saja jersi ketiga yang dijadikan Arab Saudi kalau jersi pertama di ubah, ia tentu akan mencetuskan kontroversi.”

“Terlalu jelas, sekali tengok saja sudah boleh nampak ia memang menampilkan ciri Arab Saudi.”

Pada musim panas ini sahaja, Newcastle United sudah berjaya melengkapkan pembelian dua pemain dalam usaha mereka mahu memperkuatkan skuad sedia ada.

Newcastle United sudah berjaya melengkapkan pembelian Matt Targett dan Nick Pope pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Magpies akan turun beraksi bertemu Athletic Club, Benfica dan Atalanta untuk aksi pra musim sebelum bermulanya musim baharu nanti.

Memandangkan Newcastle United berjaya mengelak dari zon penyingkiran dan mengakhiri saingan liga di kedudukan yang terbaik pada musim lalu, maka tidak hairanlah untuk melihat ramai peminat berharap The Magpies akan capai sesuatu musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Lima Calon Pengurus Yang Bakal Mengurus Newcastle United