Peminat Argentina Bakar Penutup Keranda Yang Ditepek Muka Mbappe

Peminat Argentina telah melakukan satu tindakan esktrem apabila telah membakar sebuah penutup keranda yang telah ditepek gambar muka Kylian Mbappe di atasnya. Entah apa la salah Mbappe.

Kira-kira 4 juta warga Argentina hadir untuk perarakan bas terbuka melalui jalan-jalan di Buenos Aires, namun ia terpaksa dihentikan atas sebab-sebab keselamatan kerana beberapa peminat cuba melompat ke bas dari atas.

Kerana situasi makin tidak terkawal maka jelajah perarakan itu telah dibatakkan serta merta dan pemain kemudian dibawa menaiki helikpoter untuk melihat suasana dari atas.

Bandar Buenos Aires berpesta sejak ketibaan skuad kebangsaan Argentian pada awal pagi selepas membawa hingga sekarang.

Peminat Argentina terkenal kerana sangat ghairah dalam hal bola sepak tetapi ada yang merasakan seolah-olah mereka kini sudah melampaui batas dengan apa yang dilakukan mereka kepada Mbappe.

Video tular yang dikongsi di media sosial menunjukkan sekumpulan peminat Argentina menggantung penutup keranda yang mengandungi tanda salib dan gambar pemain keramat Perancis itu.

Penutup keranda itu dibakar apabila peminat Argentina kelihatan sangat gembira dengan melompat dan bersorak riang walaupun perbuatan itu kelihatan sangat melampau.

Perbuatan itu pula dilakukan pada 24 Disember yang merupakan hari kelahiran Mbappe yang ke-24, mungkin mereka meraikan hari jadi Mbappe. Lilin habis kot.

Klip itu disiarkan oleh Get French Football news, dengan kapsyen:

“Rakyat Argentina dengan hadiah ulang tahun ke-24 yang menarik untuk Kylian Mbappé di sini.”

Sebelum ini penjaga gol Argentina, Emiliano Dibu Martinez tidak habis-habis buat hal lagi sejak menjuarai Piala Dunia, kali ini Kylian Mbappe menjadi mangsa troll pula ketika sesi perarakan piala.

Semasa sambutan itu, Martinez dirakam gambarnya apabila Kylian Mbappe menjadi mangsa troll ketika dia berpesta di atas bas terbuka sambil membawa mainan bayi yang ditampal wajah superstar Paris Saint Germain.

Peminat cepat bertindak balas terhadap telatah Martinez di media sosial dan telah mempersoalkan apakah dosa Mbappe kepada Martinez.

Lionel Messi pula telah mempamerkan reaksi kelakar dan hampir mengekek selepas dibaling sesuatu yang kelihatan seperti topeng Teenage Mutant Ninja Turtles semasa perarakan kepulangan pasukan kebangsaan Argentina ke tanah air.

Jika disebut Teenage Mutant Ninja Turtles dan bola sepak sudah pasti satu wajah sahaja yang akan terpacul di minda ramai, tidak lain dan tidak bukan pemain handalan Perancis, Kylian Mbappe.

Messi dan rakan sepasukannya mendarat di Argentina dan terus menyertai perarakan trofi Piala Dunia buat kali pertama dengan beberapa penyokong memilih untuk membaling hadiah ke arah bas terbuka.

Lionel Messi dilihat menangkap satu patung yang telah dibaling ke arahnya. Patung itu dilihat mempunyai ikatan kepala berwarna oren dan Messi cepat-cepat membeleknya sebelum memutuskan untuk melontarkan kembali mainan lembut itu kepada orang ramai.

Situasi dan kebencian yang melanda Mbappe ini mungkin kerana kenyataan Mbappe sebelum perlawanan akhir Piala Dunia 2022 bahawa bola sepak Amerika Selatan tidak semaju bola sepak di Eropah.

“Kelebihan kami ada di Eropaha adalah kerana kami bermain sesama sendiri di dalam perlawanan tahap teratas sepanjang masa seperti UEFA Nations League (UNL).”

“Apabila kami tiba di Piala Dunia, kami sudah bersedia. Di mana Brazil dan Argentina tidak mempunyai tahap seperti ini di Amerika Selatan.”

“Bola sepak Amerika Selatan tidak semaju bola sepak Eropah. Kerana itulah kenapa dalam Piala Dunia terakhir, pasukan Eropah sentiasa menjadi juara.”

Emiliano Martinez kemudiannya menempelak Mbappe dengan melabel pemain itu masih tidak cukup ilmu bola sepak dan selepas kekalahan Perancis Mbappe berterusan menjadi mangsa troll.

BACA:  Mbappe Dan Real Madrid Kecam Presiden FFF Yang Menghina Zidane Selepas Umum Deschamps Kekal