Peminat Geli Hati Ingat Balik Detik Salah Tersengih Berjaya Rosakkan Kepulangan Viva Ronaldo Dalam North West Derby

Cristiano Ronaldo menjadi perpindahan paling sensasi pada musim lalu apabila kembali semula ke Manchester United.

Sebelum itu Ronaldo dikatakan hampir ke Manchester City. Namun dengan kuasa duit yang ada, Manchester United menawarkan £510,000 seminggu kepada Ronaldo dan pemain itu terus melafazkan setianya kepada hanya satu Manchester di dunia ini iaitu Manchester United.

Ketika rumors berterbaran tentang Ronaldo mahu ke City, beberapa legenda Manchester United sudah mengecamnya. Rooney menganggap Ronaldo akan menjadi pengkhianat legasinya sendiri.

Ole Gunnar Solskjaer yang awalnya tidak tahu menahu United akan menyailang Ronaldo turut mempersoalkan di mana kesetiaan pemain itu.

Namun kepulangan semula Ronaldo ke United hanyalah kisah sedih. Dia menjadi penjaring terbanyak kelab. Namun secara berpasukan, dia kecewa sebab tak dapat sebarang piala. Walaupun Bruno Fernandes sentiasa melaungkan amaran.

Awal musim Fernandes cakap mereka akan rembat kesemua piala. Lepas tu dia kata mereka akan dapat 3 piala, UCL, Piala FA dan Piala Liga sebab EPL dah jauh.

Tapi lepas tu dia cakap at least United menang dua piala.

Dan kisah dia macam tu la.

Ronaldo bermula dengan aksi legendanya. Ditemani sorakan viva Ronaldo. Dia memberikan harapan kepada peminat Man United.

Namun nasib berbeza ditanggung Ronaldo selepas itu. Dalam aksi pertamanya menentang Liverpool dalam EPL selepas sekian lama, di Old Trafford. Dia hanya menanggung malu.

Di mana Liverpool membelasah Manchester United tanpa belas dengan kemenangan 5-0. Sebelum perlawanan Ole menyatakan bahawa Ronaldo akan sentiasa di atas Mo Salah.

Mohamed Salah merosakkan parti kepulangan Ronaldo dalam aksi derbi Barat Laut itu dengan hatrik. Dalam satu lagi video, Salah sempat tergelak geli hati melihat hiburan daripada Ronaldo yang menyepak bola entah ke mana.

Liverpool benar benar menghancurkan Manchester United pada hari itu. Sehinggakan penyokong mereka tiba tiba keluar awal dari stadium atas pelbagai alasan termasuk lupa tutup lampu, kena ambik anak balik sekolah dan juga nak keluar awal takut jalan atau tren sesak.

Dan selepas peristiwa itu kempen United musim lalu terus sukar. Pada akhir musim mereka menamatkan saingan di luar slot UCL.

Itu yang menjadi punca kenapa Ronaldo mahu berambus. Ronaldo digelar MR CHAMPIONS LEAGUE kerana golnya yang berkoyan koyan di kejohanan itu.

Dia merasakan kelab United tiada hala tuju dalam merebut piala. Dia tak yakin dengan projek baharu di Manchester United.

Ini ditambah dengan realitinya, dia mahu bermain di UCL setiap musim dan sepanjang baki kariernya.

Bagi peminat Manchester United, mereka tidak mahu Ronaldo mengucap selamat tinggal. Di dalam hati mereka berkata:

Ku mencari, Ku mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi, Akhirnya begini
Perpisahan tak kuduga oh..

Ku mengerti, Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku sebegini
Permintaan terakhirku, Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata oh..

Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamat tinggal kepadaku…
Jangan diucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamat tinggal kepadaku…
Walaupun seketika… Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika… Walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata, Ke akhir hayat yang ada

Kemain nyanyi tu? Tak risau ke kena kecam sebab cover lagu orang suara macam budak wicet?

BACA:  Ronaldo Mencarut Ketika Pemain Yang Dia Selalu Puji Mahu Klaim Ballon D'Or Miliknya