Peminat Man City Ini Patut Digelar Penyokong Paling ‘Suwey’ 2021

Salah seorang penyokong Manchester City mendedahkan yang setiap kali beliau ke stadium, pasukan yang beliau sokong tentu akan kalah.

Benblack merupakan salah seorang pengguna TikTok yang mempunyai 73.4 ribu pengikut dan beliau sering memuat naik video-video berkait bola sepak.

Beliau baru-baru ini memuat naik video yang mendedahkan tentang kebimbangan beliau untuk pergi menonton aksi perlawanan Manchester City bertemu Crystal Palace.

@benblackfootball

#stitch with @benblackfootball I’m actually a curse

♬ original sound – benblack

Menurut Ben, setiap kali beliau ke stadium, pasukan yang beliau sokong seperti Manchester City dan England tentu akan kalah.

Maka untuk membuktikan sumpahan itu tidak benar, beliau memutuskan untuk pergi menyaksikan aksi perlawanan yang menemukan antara Palace bertemu City pada hujung minggu lalu.

Ben dalam video tersebut beliau menyatakan bahawa:

“Saya sangat berdebar, jadi esok saya akan pergi menonton perlawanan Manchester City bertemu Palace, tapi setiap kali saya pergi ke stadium, pasukan yang saya harap menang, mesti akan kalah.”

“Saya berharap saya bergurau tapi, ia bermula dengan aksi perlawanan akhir Champions League, dan kemudian perlawanan akhir Euro, aksi Community Shield, dan kemudian Tottenham untuk perlawanan pertama musim ini.”

Beliau kemudiannya turut berkongsi gambar-gambar dirinya sendiri yang sedang menangis dan kecewa setiap kali selepas tamat semua perlawanan tersebut.

“Ini adalah saya yang sedang menangis di semua perlawanan itu. Tapi esok semuanya akan berubah, kita akan tewaskan Crystal Palace.”

Malang untuknya, tangkal suwey yang beliau bawa menyebabkan Manchester City diaibkan dengan kekalahan 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Bermula dengan kekalahan 1-0 ketika bertemu Chelsea dalam aksi perlawanan akhir Champions League, suwey beliau berlanjutan ke aksi kekalahan England bertemu Itali dalam perlawanan akhir Euro 2020.

Kedua-dua England dan Manchester City merupakan calon pilihan utama untuk memenangi perlawanan akhir tersebut, namun mereka kalah dan menghampakan harapan para peminat.

Lebih dasyat lagi, kedua-dua England dan Manchester City pada ketika itu sedang memburu kejuaraan Eropah pertama mereka, namun sayangnya usaha mereka berakhir dengan kegagalan.

City kemudiannya dikejutkan dengan kekalahan 1-0 bertemu Leicester City dalam aksi perlawanan merebut gelaran Community Shield.

Ketika aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League musim ini, Manchester City yang turun sebagai Juara bertahan akhirnya terpaksa akur diaibkan oleh Tottenham Hotspur.

Terbaru, ketika Manchester City sedang berada di tahap persembahan terbaik, mereka akhirnya dikejutkan dengan kekalahan 2-0 bertemu Crystal Palace.

Apa punya tangkal dia pakai? Ini bukan kebetulan lagi, ini memang dia betul-betul manusia yang perlu Manchester City halang untuk masuk ke stadium.

Kekalahan bertemu Crystal Palace menyebabkan Manchester City semakin tergelincir dari kedudukan untuk mencabar kejuaraan liga musim ini, dengan Chelsea semakin jauh mendahului.

Selain City, Liverpool juga turut kehilangan mata dengan mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu Brighton malam kemarin.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu selepas ini akan turun beraksi bertemu Club Brugge dalam saingan Champions League di Etihad.

Mereka kemudiannya akan kembali meneruskan kempen saingan Premier League untuk bertemu dengan seteru sebandar, Manchester United di Old Trafford.

Rekod pertemuan antara Pep Guardiola dan Ole Gunnar Solskjaer tidak begitu baik dengan pengurus dari Norway itu sentiasa berubah menjadi Sir Alex Ferguson setiap kali beliau mengendalikan kelab bertemu City.

Tambahan pula pada minggu ini, Ole Gunnar Solskjaer sedang dalam misi wajib menang dengan pihak kelab memberi kesempatan kepada beliau untuk buktikan sesuatu dari tiga perlawanan United bertemu Spurs, Atalanta dan City.

Beliau berjaya berubah menjadi jelamaan Conte ketika aksi bertemu Tottenham Hotspur minggu ini dengan membantu skuadnya untuk mencatat kemenangan selesa 3-0 di halaman lawan.

Bertemu Atalanta bakal menjadi ujian kedua untuk Solskjaer, sebelum beliau kembali ke Old Trafford untuk melayan kunjungan dari Juara bertahan saingan Premier League, Manchester City.

Adakah Ole Gunnar Solskjaer perlu memanggil Benblack ke stadium membantu beliau bagi tangkal suwey supaya City kalah? Siapa tahu kan?

Jadi penyokong Manchester United boleh panjang-panjangkan artikel ini, mana tahu Ole baca dan jemput Benblack ke Old Trafford untuk aksi pada minggu ini.

Sumber: Benblack

BACA:  Guardiola 'Terkejut' Melihat United Masih Belum Bergelar Pencabar Utama Liga