Peminat Man United Tidak Kisah Dengan Glazer Bila Menang Termasuklah Neville

Gabriel Agbonlahor apabila menyatakan bahawa peminat Manchester United kini tidak kisah dan ambil peduli lagi dengan Glazer apabila mereka konsisten menang dan menang termasuklah Gary Neville.

Ternyata bekas pemain penyerang Aston Villa dan Englang itu tidak pernah sunyi dari kenyataan panas yang kadang kala masuk akal dan mengarut namun kali ini dia mendapat kecaman kerana ramai terasa.

Sebelum ini Gabriel Agbonlahor membuat kenyataan mengejutkan apabila mendakwa perseteruannya dengan Jurgen Klopp menjadi punca kepada prestasi buruk Liverpool akhir-akhir ini.

Agbonlahor telah mengkritik Jurgen Klopp kerana tidak menang lima perlawanan tempat lawan dan hanya mampu menjadi jaguh kampung kerana hanya menang di Anfield sahaja.

Belum sejuk isu itu ketika bercakap kepada talkSPORT mengenai pemilik Manchester United iaitu keluarga Glazer dia menyatakan peminat kini kurang ambil cakna mengenai hartawan Amerika Syarikat bila mereka menang dan nama Glazer akan diratib bila mereka kalah.

“Ini lucu amat gais kerana bila man Manchester United melalui dan mempamerkan prestasi buruk, kau tahu kan, kau akan dengar terlalu kerap bukan? Mengenai pemilik dan bantahan.”

“Bila mereka mula bertambaha baik, kau lihat kurang (Glazer out) perkara itu di media sosial. Kurang kedengaran ayat ‘oh! kami mahu pemilik berambus.”

“Terlalu ramai peminat telah berbicara mengenainya. Gary Neville juga sangat menyukainya, bahawa dia mahu pemilik kelab berambus.”

Kata-kata Gabriel Agbonlahor ini sememangnya masuk akal di mana penurunan ketara dan sukar untuk melihat di media sosial kempen Glazer out ini meriah selepas Manchester United konsisten menang termasuklah Gary Neville.

Gabriel Agbonlahor mengingatkan peminat Manchester United bahawa Old Trafford masih lagi perlukan penambahbaikan dan skuad juga perlu diperkuatan untuk terus konsisten untuk musim-musim mengdatang.

“Stadium memerlukan banyak kerja yang perlu dilakukan di atasnya. Mereka memerlukan Erling Haaland. Harry Kane mungkin akan berharga sekitar £70 atau £80 juta.”

“Tetapi mereka memerlukan wang dalam skuad ini untuk benar-benar bersaing menentang Manchester City dan Arsenal untuk beberapa musim akan datang.”

Peminat Manchester United seolah-olah dibuai dengan kejayaan semasa menang banyak kali yang sudah lama tidak dirasai sejak Ole Gunnar Solskjaer membawa mereka menamatkan musim di tangga kedua.

Kenyataan Agbonlahor ini telah menimbulkan reaksi pelbagai ada yang meroyan kerana terasa lalu membuatkan serangan balas menyatakan Agbonlahor mengarut malah ada yang setuju dan ketawa melihat ada yang koyak.

Namun bagi mereka yang telah menentang keluarga Glazer sejak mereka mula dilaporkan mahu mengambilalih Manchester United pada 2005 kekal tenang dan terus berjuang.

Penyokong berarak di sekitar Old Trafford dan menyekat lalu lintas di sekitar stadium pada Februari 2005 sebelum pengambilalihan itu disahkan, dengan peminat kelab yang kecewa lalu memisahkan diri dengan menubuhkan FC United of Manchester tiga bulan kemudian.

Pada 30hb Jun, The Glazers melawat gelanggang Manchester United buat kali pertama dan terpaksa pulang dengan van polis kerana reaksi marah daripada beberapa penyokong.

Protes meningkat pada musim berikutnya, dengan pelekat ‘Love United, Hate Glazers’ muncul di tempat sendiri dan perlawanan di tempat lawan.

Skaf hijau dan emas, penghormatan kepada masa lalu United Newton Heath, kemudian mula muncul juga, dengan bekas Red Devil David Beckham digambarkan dengan sehelai skaf hijau emas di lehernya pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang AC Milan pada 2010.

Dan sejak kebelakangan ini juga dapat dilihat beberapa protes marah sebagai tindak balas terhadap penglibatan pemilik dengan Liga Super Eropah dan ini semua datang dari pejuang dunia sebenar bukan dari media sosial.

Mungkin mereka hanya gelak bila ada yang koyak disebabkan komen Agbonlahor itu.

BACA:  Tiga Mata Percuma Untuk Liverpool?