Peminat Man Utd Beremosi dan Sebak Lihat Video Tribute Lingard

Peminat Manchester United nyata beremosi dan tidak dapat menahan sebak lalu menyeka air mata selepas melihat video tribute kepada pemain yang akan meninggalkan kelab, Jesse Lingard.

Manchester United melalui laman media sosial rasmi mereka telah memuat naik video sebagai tanda penghargaan kepada jasa bakti Lingard dengan kapsyen ‘It was all a dream..’

Manchester United juga secara rasmi mengesahkan pemergian Jesse Lingard yang menyusul beberapa jam selepas Paul Pogba juga mengambil langkah yang sama untuk kembali ke Juventus.

Manchester United juga mengucapkan terima kasih kepada Jesse Lingard atas semua kenangan yang dicipta selama lebih dua dekad dan mendoakan kejayaan untuk perjalanan karier yang mendatang.

Baru peminat Manchester United yang mengikuti perjalanan karier Jesse Lingard sedari kanak-kanak menginjak ke remaja sehigga dewasa dan menuju ke tua bangka, Lingard di mata mereka masih lagi bayi kelahiran Manchester United.

Masih segar dibenak fikiran peminat setan merah yang original benak detik-detik Lingard ketika membantu menjulan Piala Fa.

“Nikmatilah apa yang mendatang. Detik juarai Piala FA akan terus hidup dalam ingatan kami. Semoga berjaya Jesse.”

“Mengejar impiannya bermain untuk Manchester United, berada di kelab itu dari kecil hingga dewasa. Tidak mendoakan dia kecuali yang terbaik pada masa hadapan.”

Seorang lagi peminat telah memuat naik video tributenya sendiri kepada Lingard.

“232 perlawanan, 35 gol dan 21 assist – terima kasih atas kenangan Jesse Lingard.”

Jesse Lingard mempunyai karier panjang selama 20 tahun bersama United apabila menyertai Setan Merah pada 2001 di usia 7 tahun untuk bersama pasukan bawah 9 tahun.

Pemain berwajah bayi ini bergandingan bersama Pogba untuk menjuara Piala Belia pada 2011 dan menjadi antara pemain kelahiran akademi yang berjaya pecah ke pasukan utama.

Louis Van Gaal merupakan pengurus bertanggungjawab memberi Lingard debut bersama skuad senior pada tahun 2014 dan sejak itu Lingar terus kekal bersama pasukan utama.

Lingard menjaringkan enam gol dalam 40 penampilan di semua pertandingan sepanjang kempen 2015/16 itu, termasuk kemenangan masa tambahan yang menakjubkan di Wembley ketika United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Crystal Palace di final Piala FA dan melakar kemenangan ke-12 dalam pertandingan itu.

Lingard membuat debut bersama England pada 2016 dan paling padu adalah semasa Krismas 2017 apabila Lingard menjaringkan 9 gol dalam 13 perlawanan untuk Jose Mourinho dan menjadi pemain terbaik bulanan.

Sejak perginya Mourinho, Lingard menjadi suam-suam kuku dibawah Ole Gunnar Solskjaer dan membuka mata ramai ketika dipinjamkan ke West Ham United apabila menjaringkan 9 gol dalam 16 perlawanan.

Lingard kembali dan mula mendapat minit permainan walaupun sedikit dan akhirnya memilih untuk membawa haluan sendiri bersama kelab baharu.

Dengan pemergian ini, Lingard kini merupakan pemain berstatus free ejen dan mana-mana kelab boleh mendapatkan Lingard secara percuma.

Dari segi kualiti, Lingard adalah sangat berbaloi-baloi untuk mana-mana kelab dapatkan secara percuma kerana mampu memberikan impak jika digunakan dengan betul.

Menurut laporan dari ESPN telah mendakwa bahawa pengurus West Ham United, David Moyes telah menghubungi wakil Lingard bawa membawa pemain itu ke London Stadium.

Sudah pasti impak pinjaman Lingard ke West Ham musim lalu terus menjadi dambaan David Moyes yang membantu Hammer tamatkan musim ditangga keenam.

Selain West Ham United, empat lagi kelab Premier League dikatakan berminat merembat Lingard begitu juga dengan gergasi Itali iaitu Inter Milan dan Juventus.

Newcastle United yang berminat meminjam Lingard pada januari lalu telah menjauhkan diri dari perebutan bagi memfokuskan kepada pemain lain.

BACA:  Jesse Lingard Terus Memukau Dunia Dengan Gol Solo Dan 'Berbatov Spin'