Peminat Manchester United Persoal Kenapa Bruno Kapten Dan Ambil Penalti Berbanding CR7

Sebahagian penyokong kelab terbaik di dunia Manchester United telah mempersoalkan kenapa Bruno Fernandes menjadi kapten dan kemudian mengambil sepakan penalti.,

Perkara itu membuatkan mereka mensasarkan kemarahan kepada Ralf Rangnick yang dianggap dungu. Ini kerana dia ada Ronaldo di dalam pasukan tetapi melantik Bruno Fernandes menjadi kapten.

Abang Patel berkata: “Man Utd Ini tidak tahu malu dan Ralf Rangnik tidak suka Cristiano jadi itulah sebabnya dia tidak meletakkan armband itu di lengan Ronaldo.”

LJxmes pula menyamakan Bruno Fernandes sebagai kapten sebagai tiada bezanya dengan kapten Maguire.

“Dia tidak lebih baik daripada Maguire sebagai kapten, sepatutnya Ronaldo atau Varane.”

Seorang lagi penyokong berkata kelab yang dia sokong benar benar menjadi pusat komedi: “ManUtd Mengapa Bruno yang pakaii lilitan kapten berbanding legenda Man Utd + pemenang bersiri dalam CR7? Lawak betullah pasukan ini.”

Pemain pertahanan termahal dunia yang dianggap mampu memberikan impak setaraf Van Dijk, Harry Maguire terpaksa disisihkan. Ini selepas pemain itu dan keluarganya menerima ancaman bom daripada peminat.

Maguire tetap diletakkan di bangku simpanan jika diperlukan. Namun melihatkan pasukannya yang sudah cukup kelakar di atas padang, Ralf Rangnick jelas tidak memerlukan lawak double kill dengan Maguire. Dia memutuskan untuk terus menyimpan Maguire untuk persembahan minggu depan.

Tanpa Maguire, Man United masih Man United yang sama. Suka membuat peminat lawan terhibur dengan aksi komedi tragis di atas padang. Misalnya gol pertama Arsenal.

Pertahanan terbaik dunia, Raphael Varane yang dianggap signing of the season, lebih bagus daripada Ben White, telah menyepak angin. Aksi menyepak angin itu menjadi aksi duet selepas Alex Telles pun meniru aksi yang sama.

Siapa tidak kenal dengan Alex Telles. Pemain yang sempat memberikan amaran kepada Liverpool dan kemudian dia tidak bermain sebaliknya pasukannya dikeronyok di Anfield.

David De Gea cuba menyelamatkan percubaan Bukayo Saka. Namun Nuno Tavares yang dianggap antara pemain paling noob di Arsenal musim ini, boleh berubah menjadi pemain kelas dunia berdepan Man United dan menjaringkan gol.

Arsenal kemudian mendapat penalti selepas Alex Telles membantai kaki lawan dari belakang. Dan Saka tiada masalah menewaskan penjaga gol terbaik dunia, David De Gea.

Ronaldo kemudian membuktikan dia adalah pemain dengan mentaliti juara sebenar. Walaupun dia baru kehilangan bayi lelakinya namun Ronaldo tetap menyumbang gol kepada pasukannya. Menampan masuk hantaran oleh Matic. Ronaldo mendedikasikan gol itu kepada mendiang anaknya.

Manchester United kemudian diberikan sepakan penalti. Bruno Fernandes tampil mengambil sepakan itu dan menembak ke arah tiang. Kesilapan itu membuatkan penyokong United bengang dan mempersoalkan kenapa Bruno Fernandes yang mengambil penalti sedangkan ada pemain bernama Cristiano Ronaldo di atas padang?

Keadaan menjadi lebih malang apabila Bruno Fernandes tanpa rasa malu telah kehilangan bola di luar kotak penalti dan kemudian Xhaka menjaringkan gol ketiga Arsenal.

Selepas tamat perlawanan wartawan menyatakan kepada Rangnick bahawa ramai pihak mahukan penjelasan kenapa bukan Ronaldo yang ambil penalti?

Rangnick menegaskan bahawa Ronaldo sendiri yang menolak untuk mengambil penalti itu. Kau bayangkan selepas dia melompat lompat macam kanak kanak riang, kemudian keeper dan salah arah, boleh pula penalti kena tiang.

Dia memberitahu talkSPORT: “Kedua-dua mereka berbincang mengenainya dan Cristiano memberitahu saya dia tidak berasa dalam keadaan terbaik untuk mengambilnya, atau tidak berasa seolah-olah dia yang harus mengambil penalti – dan itulah sebabnya Bruno mengambil tanggungjawab itu.”

Kenyataan Rangnick itu malah dipertikaikan peminat tegar abang Do yang menyatakan bahawa, Ronaldo pastinya tidak akan menolak tugasan seperti itu jika diminta. Ronaldo malah beraksi 90 minit dengan cemerlang berbanding pemain lain.

Seterusnya Mark Goldbridge menghentam Pok Nik yang menurutnya menjadikan Man United sebagai satu satunya kelab besar yang tiada pengambil sepakan penalti yang khas.

Di tepi padang Nemanja Matic pula koyak dengan penyokong Arsenal dan meniru gaya Mourinho menunjukkan ayuh kita goyang 3 jari, biar kita happy, happy sampai pagi,

Maguire hanya mampu menahan gelak melihat telatah rakan rakannya yang ternyata mampu beraksi baik di pentas buat kelakar tanpa dia.

Di sebalik kritikan ke atas Bruno Fernandes, ramai juga yang mengingatkan jasa besar Fernandes sebelum ini yang dengan seorang dirinya membantu United mengelak kekalahan.

Dan harus diingat bahawa, Bruno Fernandes itu lebih bagus daripada Kevin De Bruyne. Itu kata kata keramat yang penyokong Man United pegang.

BACA:  [GEMPAR] Jose Mourinho Dipecat Manchester United