Penceroboh Padang ‘Cilik’ Ini Dedah Apa Yang Cristiano Ronaldo Katakan Padanya

Republic of Ireland berjaya mengikat Portugal untuk mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Aviva Stadium awal pagi semalam.

Antara insiden paling menarik yang berlaku dalam perlawanan ini adalah ketika seorang kanak-kanak wanita berusia 13 tahun, Addison Whelan masuk ke padang untuk bertemu Cristiano Ronaldo.

Beliau berlari masuk ke padang selepas ranat perlawanan semata-mata untuk bertemu Ronaldo dan boleh dikatakan sekali dalam seeumur hidup, beliau dibenarkan oleh petugas keselamatan untuk melakukan hal itu.

Namun Ronaldo sendiri turut memainkan peranan beliau di atas padang dengan beliau meminta petugas agar membiarkan saja kanak-kanak wanita itu.

Bintang setan merah itu kemudiannya memberikan pelukan hangat kepada Addison dan kemudiannya turut menyerahkan jersi yang beliau pakai kepada peminat ciliknya itu.

Addison kemudiannya telah ditemu bual oleh penyampai TV Ireland dan beliau telah menyatakan bahawa impiannya menjadi kenyataan selepas berjaya untuk bersemuka dengan bintang mega Portugal itu.

“Pertama sekali, saya melompat melepasi penghalang.”

Jelas Addison kepada RTE’s Morning Ireland, dan ditulis semula oleh punditarena.com.

“Kemudian saya berlari masuk ke dalam padang tapi di sana ada pengawal keselamatan yang berlari di belakang saya dan dua lagi berlari dari arah berbeza. Saya hanya lari laju saja.”

“Ketika saya nampak lagi dua, saya berlari ke arah garis tengah padang jadi saya boleh melencong ke arah lain. Mereka tangkap saya dan saya menjerit nama Ronaldo.”

“Dia berpaling dan dia nampak saya dan dia beritahu mereka supaya lepaskan saya. Dan dia datang ke arah saya. Saya sangat terkejut dan saya menangis dan saya kata, ‘Boleh saya dapatkan jersi kamu? Saya seorang peminat setia’. Dia kemudian kata, ‘kamu ok?”

“Ketika ayah saya nampak dia buka jersi, wajah dia juga sangat terkejut. Saya ketika itu rasa, ‘oh tuhan, ini impian saya dan ia akhirnya jadi kenyataan.”

Addison sendiri sebenarnya turut bermain bola sepak dan beliau kini beraksi bersama skuad bawah 13 Shelbourne.

Pihak kelab kemudiannya memuat naik ucapan yang didedikasikan kepada kanak-kanak tersebut dan ia turut mendapat perhatian dari ramai peminat.

Keputusan dalam perlawanan itu menyebabkan Portugal perlu setidak-tidaknya satu lagi keputusan seri bertemu dengan Serbia dalam perlawanan terakhir mereka di peringkat kumpulan, untuk mengesahkan tempat beraksi dalam saingan Piala Dunia Qatar.

Sementara Ireland pula, mereka sudah lama terlepas peluang untuk layak ke saingan Piala Dunia, namun mereka masih tetap boleh mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga.

Mereka hanya perlu menewaskan Luxembourg selepas ini dalam usaha untuk mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga.

Addison jelas sekali boleh berbangga dengan apa yang berlaku padanya ketika itu, dengan beliau berjaya bertemu Ronaldo walau masuk ke padang dengan cara yang salah.

Beliau bahkan tidak ditangkap dan turut dilayan dengan baik oleh semua pihak terutama Cristiano Ronaldo sendiri.

Lebih indah lagi, beliau turut berjaya mendapatkan jersi yang Cristiano Ronaldo pakai dalam perlawanan tersebut, yang mana para pemain Ireland sendiri sebenarnya turut berhasrat untuk mendapatkannya.

Impian menjadi kenyataan, beliau sendiri tidak menjangkakan yang beliau akan dapat mencapai impiannya pada hari tersebut, untuk bertemu, bercakap, memeluk dan memiliki jersi pemain terhebat sepanjang zaman seperti Cristiano Ronaldo.

Sikap terpuji yang harus dipuji, Ronaldo berhak menjadi pemain kesayangan peminat atas sikap beliau yang prihatin terhadap peminatnya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Cristiano Ronaldo : Resipi Kejayaan