Penyokong Chelsea Hentam Mason Mount Kerana Terlalu Kerap Merapikan Rambut

Pemain midfield Chelsea, Mason Mount teruk dihentam oleh peminat di media sosial kerana beliau terlalu kerap merapikan rambutnya ketika serang beraksi.

Pemain kebangsaan England itu kini dilihat lebih kerap bertukar-tukar gaya rambutnya berbanding ketika awal beliau diserap masuk sertai skuad utama sebelum ini.

Beliau ketika itu hanya berambut pendek dan jelas sekali imej tersebut tidak memerlukan beliau untuk kerap membetulkan rambutnya ketika sedang beraksi.

Mount kini dilihat terlalu kerap merapikan rambut beliau menggunakan jarinya dan hal itu jelas sekali tidak disenangi oleh para peminat.

Para peminat di media sosial menganggap ia sebagai satu kesalahan besar dan mereka tak gembira Mount terlalu memberi tumpuan pada rambutnya berbanding aksi beliau di atas padang.

Bahkan, para peminat turut membuat video rangkuman aksi yang menunjukkan betapa kerapnya Mason Mount merapikan rambutnya ketika sedang beraksi.

“Rangkuman aksi Mason Mount merapikan rambut.”

Tajuk kepada video berdurasi 16 saat yang sedang tular di media sosial pada ketika ini.

Selain video tersebut, ada juga video lain yang menunjukkan aksi Mason Mount sedang merapikan rambutnya ketika aksi kekalahan bertemu Real Madrid kemarin.

Peminat di twitter turut menggelar Mason Mount sebagai calon pemenang anugerah Salon D’or 2022 kerana meluat melihat beliau terlalu memperdulikan tentang rambutnya.

Ketika beraksi bertemu Real Madrid, yang mana Chelsea tewas dalam aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan Champions League itu, terdapat beberapa gambar yang menunjukkan bagaimana Mount terlalu memberi tumpuan kepada rambutnya.

Hal itu sama sekali tidak disenangi oleh para peminat dan ramai antara mereka yang memaki hamun bintang Chelsea itu.

Ketika ada bola hantaran silang yang mencari Romelu Lukaku, Mason Mount dilihat hanya memerhatikan sahaja bintang Belgium itu mempersia-siakan peluang sambil merapi-rapikan rambutnya.

Lebih teruk lagi, telah berlaku satu insiden dalam perlawanan tersebut, yang mana bola sedang dimainkan benar-benar berhampiran dengannya, namun Mount dilihat lebih memberi tumpuan kepada rambutnya berbanding bola.

Mungkin akan ada pihak yang menganggap tindakan Mason Mount itu tiada masalah kerana beliau hanya merapikan rambut untuk memudahkan beliau bermain.

Namun ramai peminat yang memiliki pandangan berbeza dengan mereka menganggap Mount sebenarnya tak bagi tumpuan kepada permainan dan hanya beri tumpuan pada rambutnya.

“Mount lebih kerap merapikan rambut dia berbanding menyentuh bola di atas padang. Adakah dia sedang merakam iklan? Atau kerja dia memang main bola?”

“Kalau rambut panjang kenapa tak potong? Kenapa nak rapikan rambut waktu sedang beraksi? Jelas sekali hal itu akan ganggu tumpuan.”

“Saya rasa dia jauh lebih bagus ketika dia berambut pendek, hal ini kerana ketika berambut pendek, tumpuan dia memang untuk bermain sahaja.”

“Sejujurnya saya rasa makin menyampah melihat dia terlalu kerap merapikan rambut dia. Jaga penampilan itu bagus, tapi kalau sampai jejaskan persembahan lebih baik utamakan persembahan.”

“Sangat berbeza dengan diri dia waktu mula-mula sertai skuad utama, sekarang dia terlalu bagi tumpuan pada rambut dia. Saya rasa dia patut segera berubah.”

Mason Mount setakat ini sudah berjaya menjaringkan lapan gol dari 43 penampilan sepanjang musim ini dan beliau hanya perlu jaringkan satu gol sahaja lagi untuk menyamai rekodnya pada musim lalu.

Namun bukan hal itu yang dilihat oleh para peminat, dengan rata-rata penyokong The Blues merasa kecewa dengan Mount kerana beliau gagal mengekalkan corak persembahan mantap seperti musim lalu.

Para peminat merasakan yang Mason Mount pada musim lalu beraksi dengan sangat cemerlang berbanding apa yang beliau persembahkan sepanjang musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Tular Reaksi Toni Kroos Menganjing Mason Mount Selepas Tamat Aksi Di Santiago Bernabeu