Arteta Sangat Yakin Mount Akan Sertai Arsenal Sebelum ‘Di-Hijack’ Ten Hag

Pengurus Arsenal Mikel Arteta sebenarnya sangat yakin Mason Mount akan menyertai mereka pada jendela perpindahan musim panas ini.

Demikianlah pendedahan seorang wartawan, Andy Mitten yang terkenal dengan laporannya di The Athletic.

Mount sebenarnya telah menarik perhatian banyak kelab setelah enggan menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Chelsea pada musim lalu.

Keengganan Mount kekal di Stamford Bridge bermakna Chelsea tiada pilihan melainkan untuk menjual pemain produk akademi mereka sendiri itu.

Liverpool, Arsenal dan Manchester United – ketiga-tiga kelab ini disahkan menghubungi Chelsea untu Mount.

Manakala laporan media luar turut mengaitkan pemain berusia 24 tahun itu dengan Bayern Munich.

Dan setelah Liverpool dan Bayern menarik diri, tinggallah Arsenal dan United yang bersaing dan menjadi pilihan untuk Mount.

Pada satu ketika Arsenal dilihat mempunyai kelebihan dan berada di hadapan untuk mendapatkan tandatangan Mount.

Tetapi Un ited lebih pantas bertindak untuk pemain itu berbanding The Gunners.

Akhirnya Mount diumumkan sebagai pemain baharu skuad kendalian Erik ten Hag setelah menandatangani kontrak lima tahun di Old Trafford.

Mitten mendakwa Arteta sebenarnya menjangkakan mereka mampu menandatangani Mount sebelum United berjaya meyakinkan pemain itu.

“Mikel Arteta bukan sahaja sekadar berminat. Dia sangka mampu memastikan Mount sertai Arsenal dan terus kekal di London,” tulis Mitten.

“Mitten juga mendedahkan bagaimana pengurus United, Ten Hag bertindak meyakinkan Mount untuk ke Manchester.

“Pengurus dari Belanda itu menjelaskan secara terperinci bagaimana dia boleh membantu Mount.

“Dia bercakap mengenai posisi dan peranan berbeza untuk Mount – dan juga perkara di pertandingan peringkat tertinggi. Dan kedua-duanya menemui titik persamaan dan persetujuan di antara satu sama lain.

Seperti Arteta, Ten Hag juga begitu meminati Mount. Bekas pengendali Ajax itu mulai mengikuti perkembangan Mount ketika pemain itu beraksi secara pinjaman bersama Vitese Arnhem 6 tahun lalu.

Mount akhirnya kini berpeluang untuk bekerja bersama Ten Hag setelah diumumkan sebagai pemain pertama di bawa masuk oleh United pada musim panas ini.

Mount kini berpeluang melakukan penampilan pertama dalam aksi persahabatan menentang Leeds pada 12 Julai hadapan.

Debut kompetitif pemain itu pula dijangka tiba pada 14 Ogos di hari pembukaan Premier League menentang Wolves.

BACA:  Mourinho Nafi Wujud Sebarang Masalah Antara Beliau Dan Ed Woodward