Penyokong Manchester United Nak Bertumbuk Sesama Sendiri Ketika Maguire Melipat Lawannya Dalam Padang

Sebuah video yang mengejutkan menunjukkan penyokong Manchester United BERGADUH sesama sendiri di tempat penonton Old Trafford semasa kekalahan teruk mereka kepada Brighton pada hari Ahad. Semak di bawah:

Pergaduhan tercetus di South Stand telah memburukkan lagi pemandangan ketika Man United mengalami kekalahan mengejut 2-1 di tempat sendiri.

Dua gol oleh Gross pada separuh masa pertama membuatkan Manchester United dimalukan di hadapan penyokong sendiri. Mereka cuma membalas 1 je pada separuh masa kedua.

Ten Hag dan United sebelum ini benar benar menikmati pra musim yang hebat sehinggakan Man United memenangi piala speaker USB dengan teknologi RGB.

Malangnya, aksi cemerlang itu gagal diterjemahkan dalam aksi EPL sebenar. Walaupun Brighton tak pernah menang ke atas United di OId Trafford dalam sejara EPL.

Ten Hag terus memecahkan rekod itu tanpa sabar.

Di samping kekalahan memalukan, ada lagi benda yang memalukan. Di mana penyokong mereka mahu bertumbuk sesama sendiri. Hati panas tengok team main kelaut. Kemudian dengar pula sorakan anti Glazers sepanjang perlawanan.

Mungkin satu satunya hiburan hari itu adalah aksi Maguire melipat lawannya.

Klip pergaduhan menunjukkan beberapa penyokong bertelagah antara satu sama lain dan tiba tiba ada yang terus cuba bertumbuk kerana koyak.

Dua peminat yang terlebih agresif dan mahu bertumbuk, dengan seorang lagi nampaknya cuba meredakan keadaan. Namun mereka tak mempedulikannya. Dan terus bergaduh. Difahamkan petugas keselamatan stadium kemudian bertindak untuk mengelakkan kedua duanya terus bertumbuk dan bercakaran.

Aksi ganas dan kelakar di tempat duduk berlaku selepas era Erik ten Hag sebagai pengurus Man United bermula dengan permulaan yang paling teruk.

Mereka ketinggalan dua-kosong pada waktu rehat, dengan pasukannya gagal membalikkan keputusan pada separuh masa kedua – hanya menjaringkan 1 gol saguhati yang merupakan ehsan daripada gol sendiri pasukan lawan.

Ten Hag menyelar prestasi pasukannya dan menggelar kekalahan itu sebagai satu langkah ke belakang selepas mereka cemerlang dalam aksi pra musim.

“Sudah tentu, pastinya satu kemunduran dan kekecewaan sebenar,” kata pengurus berwajah Joni Dosa itu kepada Sky Sports.

“Saya tahu dari awal ia bukan mudah. ​​Kami memberikan dua bolos mudah dan ia tidak bagus dalam organisasi pasukan ini.”

“Adalah jelas untuk melihat separuh masa kedua kami lebih baik di bahagian tengah dengan Eriksen turun dan Ronaldo naik. Kami mencipta peluang dan Rashford mempunyai dua peluang yang baik, tetapi agak memalukan kami tidak menjaringkan gol.”

“Saya tidak berpuas hati, sama sekali tidak. Kami kalah dan ia tidak sepatutnya berlaku. Kami harus melakukan lebih baik.”

“Kami melakukan kesilapan pada bola dan kesilapan organisasi dalam bertahan. Kami perlu mengambil pengajaran dan belajar dengan cepat daripadanya.”

“Brighton adalah pasukan yang baik, semua pujian harus mereka terima, tetapi saya melihat kepada pasukan saya dan kami tidak sepatutnya memberikan dua gol mudah.”

Ten Hag mengendalikan perlawanan kedua Liga Perdana Sabtu depan apabila pasukannya bertandang ke Brentford.

BACA:  Aksi Gelecekan Maguire Mampu Membuatkan Ronaldo Dan Messi Terduduk