Penyokong Roma terus koyak selepas dihina oleh pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer selepas dikhabarkan bertemu dengan pasukan Itali itu di perlawanan separuh akhir Europa League.
Ole Gunnar Solskjaer telah menyebut ‘tak kenal Roma’ dan ‘tidak pernah tengok’ selepas berjaya menewaskan Granada di suku akhir beberapa minggu lalu.
Kenyataan Ole Gunnar Solskjaer beberapa minggu lalu masih berbekas di hati penyokong Roma yang telah menggantung sepanduk di padang latihan yang berbunyi ‘pastikan mereka ingati kita.’
We hope say Ole Gunnar Solskjaer go break hin semi-final curse today. 🙏🏾
AS Roma gats chop am. #MUNROM #MUNASR pic.twitter.com/khAVEyW6tY
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) April 29, 2021
Kerana kekoyakan berterusan Ole Gunnar Solskjaer tampil menampal kekoyakan dengan menjelaskan bahawa kenyataannya bukan bermaksud menghina.
Perlawanan pertama separuh akhir Europa League antara Manchester United dan Roma akan berlangsung di Old Trafford dan lambat lagi Ole nak tengok sepanduk penyokong Roma.
Ole Gunnar Solskjaer tampil memberi penjelasan untuk membela diri dengan apa yang dimaksudkan dengan komen yang berbunyi ‘tak kenal Roma’ dan ‘tidak pernah tengok’.
#MUFC manager Ole Gunnar Solskjaer insists he meant no disrespect with comments that some Roma fans (inexplicably) took umbrage with https://t.co/N3NAWmvwVb
— Simon Peach (@SimonPeach) April 28, 2021
Kata-kata Ole itu nyata tidak dapat ditangkap oleh akal mereka yang tidak cerdas untuk diproses menjadi sesuatu yang logik.
“Sudah pasti aku melihat mereka tetapi aku tidak membuat analisi dan tidak melihat mereka secara mendalam.”
“Roma kelab yang menarik dengan sejarah yang hebat, aku sebenarnya ada hadiah berharga di rumah dari dua lejen Roma.”
“Jersi Francesco Totti dan Daniele De Rossi yang ditukar suka sama suka berserta tandantangan asli. Aku tahu sejarah dan kualiti pasukan Roma.”
🗣"I have 2 prized possessions at home a Totti shirt and a De Rossi shirt."
Manchester United boss Ole Gunnar Solskjaer previews the Europa League tie with Roma and says he holds a lot of respect for the club pic.twitter.com/s2lKUNQxpw
— Football Daily (@footballdaily) April 28, 2021
Mereka yang marahkan Ole ni entah ada ke tidak jersi original siap tandatangan milik Totti dan De Rossi. Ole sedar Chris Smalling dijual ke Roma dan beliau terlibat dalam penjualan itu.
“Dengan Chris Smalling berada di san musim lalu, kami mengekori mereka. Kami mula menganalisis mereka rapat ke tulang hitam selepas diundi bertemu mereka dan kini kami bersedia.”
“Ini tidak bermakna satu penghinaan dan aku fikir semua orang tahu perkara itu, aku sangat menghormati mereka.”
Manchester United tidak pernah menjulang sebarang kejuaraan sejak mengangkat Trofi Europa League dibawah Jose Mourinho pada 2017.
Ole kini sedang mencari final pertama selepas menggantikan Jose Mourinho sejak 2018 dan tewas di lima separuh akhir dalam tempoh dua musim lalu.
🔴 @ManUtd boss Ole Gunnar Solskjaer has said he has "loads of respect" for their 🏆@EuropaLeague semifinal opponents @OfficialASRoma after earning the wrath of the 🇮🇹 @SerieA_EN club's fans for his pre-match comments! 🤷♂️https://t.co/bzhSd66KHz
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) April 29, 2021
Seperti mana-mana pengurus pemain ataupun ahli sukan kemenangan sudah pasti menjadi sasaran, misi dan visi.
“Itu seperti mimpi akan jadi kenyataan di hari di mana aku bola mengangkat trofi untuk kelab ini dan sudah pasti sebagai pengurus.”
“Itulah tujuan kami membina pasukan. Kami semakin hampir, kami mara selangkah demi selangkah. Langkah seterusnya masih lagi kalau dan tetapi, itu dan ini.”
“Tetapi untuk pasukadan aku sendiri, cita-ta kami untuk menamatkan musim dengan mengangkat piala di mana kami boleh meraikan sesuatu. Ini sangat bermakna untuk pasukan yang sedang mara.”
I know I've slandered him too but tbh getting to 4 semi-finals in less than 3 years isn't that easy. I really want to see Ole Gunnar Solskjaer succeed at Man Utd and hopefully, he can get his first semi-final win against Roma and go on to lift the Europa League. #MUFC pic.twitter.com/at4dgwdefc
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) April 28, 2021
Mengulas mengenai kemenangan terakhir pada tahun 2017 Ole berkata:
“Kami telah menikmati malam hebat dalam kejohanan ini dan kami tahu ini sangat bermakna untuk pasukan dan kelab.”
“Fokus kami kini untuk ke final dan pada penghujung musim boleh dihabiskan dengan sambutan dan keraian.”
Ole Gunnar Solskjaer | Manchester United boss has managed to upset AS Roma fans.https://t.co/8WeQRnEr6B #mufc pic.twitter.com/O6Cqekx0p7
— Sport Witness (@Sport_Witness) April 27, 2021
Ole mengakui selepas mereka tersingkir dari Champions League dan meneruskan saingan di Europa League, gelaran juara menjadi sasaran.
“Sejurus selepas kami tersingkir dari Champions League, mata kami terus tertumpu untuk ke final. Aku sedarkan pemain bahawa perlawanan ini penting untuk kami.”
“Bila kau bertemu Real Sociedad, Granada, AC Milan dan Roma, kami sedar kami berada dalam kejohanan yang sempurna. Kami nikmatinya dan hanya selangkah dari kejuaraan.”