Penyokong United Anggap Fernandes Jauh Lebih Hebat Berbanding Lampard Ketika Kemuncak Kariernya

Bruno Fernandes telah dipuji oleh para penyokong Manchester United yang menganggap beliau jauh lebih hebat berbanding Frank Lampard ketika kemuncak kariernya.

Selepas kejayaan Fernandes mencatatkan hat-trick bertemu Leeds United, para peminat United semakin teruja untuk melabel bintang Portugal itu sebagai pemain midfield terhebat sepanjang zaman dalam saingan Premier League.

Pemain midfield Portugal yang kini berusia 26 tahun itu telah dimandikan dengan puji-pujian atas impak yang beliau berikan sejak menyertai Manchester United dari Sporting CP pada tahun 2020 yang lalu.

Fernandes berjaya menjaringkan 28 gol dan turut mencatatkan 17 assists dari 58 penampilan dalam semua pertandingan musim lalu.

Bintang United itu gagal untuk bersinar ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Portugal ketika aksi saingan Euro 2020 sebelum ini.

Ramai peminat yang bimbang jika Fernandes gagal untuk mendapatkan rentak persembahan terbaiknya ketika kembali semula ke Old Trafford.

Namun beliau membuktikan yang dirinya masih yang terbaik dengan mempamerkan aksi permainan yang sungguh menakjubkan bersama setan merah semalam.

Fernandes berjaya merobek gawang Leeds United pada aksi babak pertama permainan, sebelum Luke Ayling menyamakan kedudukan menerusi satu rembatan padu pada aksi babak kedua permainan.

Mason Greenwood kemudiannya menambah gol kedua untuk United beberapa minit sahaja selepas Leeds menyamakan kedudukan.

Fernandes kemudiannya meledak dua gol lagi pada minit ke-54 dan 60 untuk meletakkan United 4 gol di hadapan, seterusnya melengkapkan hat-trick beliau dalam perlawanan ini.

Fernandes berterima kasih pada Pogba kerana menghasilkan assists yang cantik

Fred turut mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini dengan beliau menjaringkan gol kelima United pada minit ke-68 permainan, untuk mengukuhkan kedudukan United mendahului permainan 5-1.

Kejayaan Fernandes mencatatkan hat-trick dalam perlawanan ini menyebabkan para penyokong setan merah mula memuji beliau di media sosial dan turut menganggap beliau lebih hebat berbanding Lampard ketika kemuncak kariernya.

Lampard berjaya memenangi tiga kali gelaran Premier League, satu gelaran Champions League, satu gelaran Europa League, empat FA Cup dan dua league Cup sepanjang 13 tahun kariernya di Stamford Bridge.

Legenda berusia 43 tahun yang turut pernah menjadi pengurus Chelsea itu dianggap sebagai salah seorang pemain midfield terhebat sepanjang zaman dalam sejarah saingan premier league.

Frank Lampard, Paul Scholes dan Steven Gerrard merupakan tiga pemain midfield yang sememangnya dianggap sebagai yang terhebat pernah beraksi dalam kancah saingan bola sepak Inggeris.

Pengurus United, Solskjaer memuji Fernandes atas aksi hebat yang beliau pamerkan ketika beraksi bertemu Leeds United semalam.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Solskjaer mendedahkan kepada BT Sport bahawa:

“Dia seorang yang berani mengambil risiko, dia betul-betul pemain Man Utd. Ketika kamu seorang penyerang di sini, kamu perlu ada keyakinan, sedikit keangkuhan dan berani ambil risiko.”

“Disebabkan dia ada semua kualiti itu, para pemain lain akan beri dia lebih banyak ruang.”

Sumber: SB

BACA:  Bruno Fernandes Beri Penjelasan Ekoran Insiden Beliau Menyuruh Pep Guardiola Diam