Pep Guardiola Akhirnya Berjaya Benam Taktikal Thomas Tuchel

Chelsea melayan kunjungan Manchester City ke bumi Stamford Bridge untuk aksi pertemuan dalam saingan Premier League.

Pertembungan antara kedua-dua pasukan ini sememangnya antara perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat.

Ia seolah pertembungan semula aksi perlawanan akhir Champions League musim lalu, dengan Thomas Tuchel mempunyai rekod yang lebih baik.

Gabriel Jesus muncul sebagai wira Manchester City selepas gol jaringan beliau mengakhiri rekod tanpa kalah Chelsea sepanjang musim ini.

Juara saingan Premier League itu memulakan permainan dengan sangat baik dan mereka turut hampir menjaringkan gol menerusi Aymeric Laporte seawal minit ke-3 permainan.

Chelsea terpaksa melakukan pertukaran awal sebelum rehat separuh masa dengan mereka perlu mengeluarkan Reece James kerana masalah kecederaan dan digantikan dengan Thiago Silva.

Manchester City terus mendominasi permainan dengan mereka sekali lagi hampir untuk membuka tirai jaringan, namun kali ini Gabriel Jesus pula yang gagal untuk menewaskan Mendy.

Jesus walau bagaimanapun berjaya menebus semula kesilapan beliau dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-53 permainan.

Manchester City akhirnya berjaya juga untuk menewaskan Chelsea selepas mereka pada musim lalu berkali-kali gagal untuk menewaskan anak-anak buah Thomas Tuchel itu.

Kemenangan ini membantu Manchester City untuk berada di kedudukan kedua dalam carta liga, satu mata sahaja di belakang Liverpool.

Chelsea dan Manchester United mencatatkan kekalahan pertama mereka musim ini, sementara Liverpool keciciran mata selepas sekadar mencatat keputusan seri sahaja bertemu Brentford awal pagi tadi.

Ia bermaksud Man City kini sedang berada di landasan terbaik untuk kembali memintas Liverpool seterusnya mempertahankan gelaran liga yang mereka menangi musim lalu.

Sumber: GMS

BACA:  "Dia Tak Pernah Menang Premier League Pun" - Carragher Tembak Balik Monolog Guardiola Yang Menghina