Pep Guardiola Simpati Dengan Pencabar Liga Yang Lain

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyatakan perasaan simpatinya kepada pasukan lain yang turut bersaing untuk mendapatkan takhta juara Liga Perdana Inggeris. Akan tetapi, Guardiola menegaskan persaingan untuk merebut juara liga masih lagi belum berakhir dan banyak lagi yang perlu dilakukan pasukannya.

Machester City kini sedang selesa mendahului liga dengan kelebihan 11 mata dengan pencabar terdekat iaitu Manchester United. Skuad Guardiola bakal melayan kunjungan Bournemouth di Stadium Etihad hujung minggu ini dan bersemangat tinggi untuk melebarkan rekod kemenangan berturut-turut menjadi 17 perlawanan. Setakat ini, mereka sudah mencapai 16 perlawanan.

Gua champion la sial !

Guardiol dipetik berkata dalam sidang media menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini, telah ditanya adakah beliau bersimpati dengan nasib yang menimpa pencabar liga yang lain.

“Sudah tentu. Adakah kamu pernah mendengar apa yang keluar dari mulut saya sepanjang 18 bulan berada di England ? Tiada sebarang perkara buruk yang saya perkatakan terhadap lawan saya.”

“Manchester United dan Chelsea mengutip mata yang cukup untuk menjadi sang juara. Chelsea telah bermain 10 perlawanan,  menang 8, seri 1, dan kalah hanya satu perlawanan. Itu adalah nombor yang anda selalu lihat pada pasukan juara.”

“Manchester United juga sama. Mereka sedang mengharungi musim yang cemerlang. Sebab itu saya katakan musim ini masih lagi belum berakhir.”

“Segalanya masih belum berakhir kerana dengan hanya satu keputusan seri atau kalah, boleh mengubah segala-galanya. Ditambah lagi, saingan liga masih belum mencapai separuh musim. Saya menghormati kemampuan pasukan lain.”

Segalanya bermula di sini

Rentetan 16 kemenangan Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris bermula dengan kemenangan ke atas Bournemouth Ogos lalu. Dalam perlawanan tersebut, mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-97 untuk mengesahkan kemenangan mereka melalui jaringan Raheem Sterling. City menang 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Walaupun pasukannya berada dalam prestasi yang menakjubkan sekarang, Guardiola masih lagi dalam mood merendah diri. Beliau mengakui rentetan kemenangan pasukannya akan berakhir tidak lama lagi tetapi berharap ia tidak akan berakhir dalam masa yang terdekat ini.

“Kami akan terus berjuang untuk mengekalkan rekod tanpa kalah ini selama yang mungkin. Pasukan ini pastinya akan kalah dan kami akan ditewaskan. Tetapi kami akan terus berjuang untuk mengekalkan rekod tanpa kalah ini.”

BACA:  Premier League 2020/21: Manchester City 2-5 Leicester City