Pergaduhan Tercetus Di Antara Peminat Millwall Dan Everton Sebelum Perlawanan Bermula

Millwall merupakan pasukan yang terkenal dengan keganasan penontonnya. Dalam perlawanan Piala FA di antara Millwall dan Everton malam tadi, perkara sama berlaku sekali lagi dengan berpuluh-puluh peminat terlibat dalam pergaduhan di luar stadium.

Mujurlah pergaduhan tersebut cepat dileraikan polis bantuan yang berada berhampiran. Tetapi yang bagusnya, video pergaduhan tersebut berjaya dirakam dengan sangat baik oleh seorang pengguna Twitter. Bravo

Dalam perlawanan yang berlangsung di The Den Stadium, Millwall berjaya mengejutkan Everton dengan mencatatkan kemenangan 3-2 sekaligus menyingkirkan pasukan Liga Perdana Inggeris itu seawal pusingan ke-4.

Sebenarnya ini bukan lah kali pertama peminat Millwall terlibat dalam pergaduhan dalam saingan Piala FA.

https://twitter.com/ScouserChris89/status/1089209004365176833

Pada tahun 2013, Millwall mencipta keajaiban apabila layak ke peringkat separuh akhir Piala FA. Tetapi perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley tercemar dengan insiden pergaduhan yang melibatkan peminat Millwall.

Peminat Millwall mencetuskan kekecohan sesama mereka sendiri dan ada di antara mereka yang bergaduh dengan polis. Wigan menang 2-0 dan mara ke final Piala FA dan dinobatkan sebagai juara Piala FA apabila menumpaskan Manchester City dalam perlawanan akhir.

https://twitter.com/Oddschecker/status/1089204342413017089

BACA:  Pasukan Dari Premier League Mahu Selamatkan Karier Van de Beek