Perlawanan AFC Champions League Babitkan Al Ittihad Di Iran Terpaksa Dibatalkan Kerana Tugu General Perang

Perlawanan AFC Champions League membabitkan Al Ittihad dan Sepahan terpaksa dibatalkan selepas pasukan pelawat hanya kerana tugu seorang general perang.

Kelab Iran, Sepahan dijadualkan menjadi tuan rumah kepada Al Ittihad yang memili beberapa nama besar bola sepak dunia seperti Karim Benzema, N’Golo Kante dan Fabinho.

Perlawnaan tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung di Stadium Naghsh-e-Jahan di Isfahan, namun terpaksa dibatalkan selepas Al Ittihad enggan turun ke padang selepas melihat tugu Qasem Soleimani.

Soleimani bertanggungjawab mengetuai operasi ketenteraan Iran di Timur Tengah dengan unit Angkatan Quds. Soleimani bagaimanapun maut dalam serangan udara tentera Amerika Syarikat di Iraq pada 2020.

Soleimani dikenali sebagai individu bertanggungjawab yang melakukan plot pembunohan duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat pada 2011 dan bukanlah figura yang disanjung di Arab Saudi berbanding di Iran.

Berikutan pembatalan perlawanan tersebut, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengeluarkan satu kenyataan: Perlawanan AFC Champions League Kumpulan C membabitkan Sepahan FC dan Al Ittihad FC yang sepatutnya diadakan di Stadium Naghsh-e-Jahan dibatalkan pada malam ini disebabkan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Pihak AFC menyatakan komitmen dalam memastikan keselamata semua pemain, pegawai perlawanan, penonton dan semua pemegang taruh terlibat. Perkara ini akan dirujuk kepada komiti berkaitan.”

Iran dan Arab Saudi mempunyai hubungan diplomatik yang rapuh, walaupun ia cuba diperbaiki menerusi perjanjian di China pada Mac lalu.

Kelab dari Arab Saudi sudah tidak beraksi di Iran selama 8 tahun, sehinggalah Al Nassr bertandang ke Persepolis pada September.

Hanya sejam sebelum sepak mula perlawanan sepatutnya bermula, akaun X Al Ittihad mengumumkan: “Pasukan Al Ittihad telah tiba di stadium! Dengan semangat yang begitu teruja dan jersi juga tampak begiti menyerlah, kini bersedia untuk menawan padang dan memastikan kehadiran pasukan ini dirasai!”

Akaun X terse but kemudiannya berkongsi beberapa foto – salah satu berhampiran bendera Iran – sebelum memadamnya.

Sepahan dan Al Ittihad kini harus mencapai kata sepakat untuk perlawanan tersebut diadakan semula pada satu tarikh lain.

BACA:  Al-Ittihad Teruskan Perbincangan, Yakin Salah Mahu Tinggalkan Liverpool