Pesanan Khas Dari Mane Untuk Salah Dan Keita Sempena AFCON 2021

Aksi pertembungan antara Cameroon bertemu Burkina Faso malam semalam menjadi perlawanan pertama yang dilangsungkan dalam saingan AFCON edisi 2021.

Pasukan tuan rumah, Cameroon cemerlang mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut, selepas mereka menundukkan Burkina Faso 2-1.

Hari ini satu lagi perlawanan yang akan dilangsungkan dengan Senegal bakal turun beraksi bertemu Zimbabwe pada jam 9 malam nanti.

Bintang utama Senegal, Sadio Mane baru-baru ini ada meninggalkan pesanan istimewa untuk dua lagi rakan sepasukannya di peringkat kelab yang turut terlibat dengan kejohanan AFCON kali ini.

Dua pemain yang beliau maksudkan itu adalah sahabat beliau dari Anfield, Mohamed Salah dan Naby Keita yang turut mewakili negara masing-masing di kejohanan kali ini.

“Saya ada pesanan istimewa, untuk dua kawan saya, yang mana dia adalah Naby Keita dan Mo Salah.”

“Jadi, apa yang perlu saya katakan, mari fikir, jadi, malang sekali, saya tak boleh bermain bertemu dua pasukan dalam perlawanan akhir, jadi saya perlu lawan dengan salah satu.”

Jelas Sadio Mane.

“Saya tak tahu, ia mungkin boleh jadi Egypt boleh jadi Senegal.”

“Saya mahu ucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua kamu, berharap akan dapat jumpa kamu tak lama lagi. Ciao. Jaga diri guys.”

Beliau sangat menghargai dua sahabatnya itu dan berharap yang terbaik untuk kedua-dua mereka di temasya kali ini.

Sudah tentu Sadio Mane akan melakukan yang terbaik untuk membantu Senegal muncul sebagai Juara dan pada masa sama beliau turut mahu kedua-dua sahabatnya itu memberikan yang terbaik untuk skuad masing-masing.

Senegal pada edisi kali ini diundi untuk berada dalam kumpulan B bersama Guinea, Malawi dan Zimbabwe.

Maka dengan itu, Sadio Mane sudah tentu perlu berdepan dengan Naby Keita kerana negara yang mereka wakili di undi untuk berada dalam kumpulan yang sama.

Sementara Salah pula, beliau bersama skuad Egypt telah diundi untuk berada dalam kumpulan D bersama Guinea Bissau, Nigeria dan Sudan.

Kedua-dua Senegal dan Egypt merupakan pasukan kegemaran untuk menjuarai saingan AFCON kali ini selepas melihat persembahan semasa kedua-dua pasukan.

Senegal pasukan kegemaran tetapi tidak pernah menang AFCON

Senegal pada ketika ini merupakan pasukan dari benua Afrika yang berada di ranking terbaik dalam senarai ranking FIFA, dan jelas sekali mereka sangat berharap untuk muncul sebagai juara AFCON pada tahun ini.

Mereka telah dikecewakan oleh Algeria ketika aksi perlawanan akhir saingan AFCON edisi 2019 dan Senegal pada tahun ini turut berada dalam misi untuk menang.

Senegal juga cemerlang mencatatkan rekod tidak terkalahkan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia, dengan mereka hanya mencatatkan satu sahaja keputusan seri.

Mereka merupakan pasukan paling kuat untuk kejohanan pada tahun ini, dengan 27 pemain yang ada dalam skuad Senegal merupakan antara bintang-bintang besar dalam dunia bola sepak.

Edouard Mendy, Sadio Mane, Chiekhou Kouyate, Kalidou Koulibaly dan Idrissa Gueye merupakan antara bintang-bintang besar yang akan turun mewakili Senegal di kejohanan AFCON pada tahun ini.

Egypt Juara terbanyak selepas 7 kali muncul Juara AFCON

Agak mustahil untuk mengetepikan Egypt dari menjadi calon kegemaran untuk menjuarai saingan AFCON kerana mereka sememangnya dikenali sebagai pasukan gergasi di Benua Afrika.

Semua mata jelas sekali akan tertumpu ke arah Mo Salah, dengan bintang Mesir itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan sepanjang musim ini.

Seandainya beliau mampu membawa aksi ketika bersama Liverpool di pentas AFCON ini, tidak mustahil Salah akan berjaya membantu skuadnya untuk muncul juara buat pertama kali sejak 2010 yang lalu.

Senarai pemain yang akan sertai kejohanan kali ini juga tidak kurang hebatnya dengan bintang Premier League seperti Salah, Trezeguet dan Mohamed Elneny berada dalam skuad utama mereka.

Mereka berdepan kesukaran pada edisi sebelum ini dengan Egypt sekadar tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan Afrika Selatan.

Pada edisi sebelum itu iaitu pada tahun 2017, Egypt berjaya mara hingga ke aksi perlawanan akhir, namun terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Cameroon.

Sumber: Sky Sports

BACA:  Video Siri Dokumentari Sadio Mane: Made In Senegal