Piala Dunia 2022: Maghribi 0-0 Croatia

Saingan Piala Dunia 2022, Qatar diteruskan bagi kumpulan F, Maghribi atau Morocco turun menentang Croatia bagi perlawanan pembukaan kumpulan F yang turut dihuni Belgium dan Kanada.

Croatia merupakan pasukan bereputasi besar di Piala Dunia 2022 walaupun tiada dalam senarai pasukan pilihan untuk menjadi juara.

Pasukan yang diketuai oleh Luka Modric yang semakin berusia ini hadir ke negara teluk ini dengan memegang status sebagai naib juara Piala Dunia 2018 di belakang Perancis.

Luka Modric menyatakan lupakan nostalgia lama 2018 ketika berbicara mengenai peluang Croatia untuk mengulangi pencapaian di Rusia.

“Apa yang kami lalui pada 2018 di Rusia tidak dapat dilupakan dan tidak dapat dilupakan dalam fikiran saya.”

“Orang lain boleh terus bercakap mengenainya tetapi kita perlu mengetepikan dan memberi tumpuan kepada perkara yang akan datang.”

“Ramai pemain di Piala Dunia 2018 di Rusia tiada di sini, kami mempunyai pemain baharu, pemain muda berkualiti baharu dengan darah segar dan bertenaga.”

“Ini adalah kejohanan baharu dan kami perlu melihatnya seperti itu.”

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Maghribi sangat bergantung pada keajaiban pemain bernama Hakim Ziyech dan perlawanan menentang Croatia tidak akan berbeza.

Perkara ini diakui sendiri oleh pengurus Maghribi, Walid Regragui yang mahukan yang terbaik dari Ziyech.

“Pemain kami akan memerlukan yang terbaik dari Hakim Ziyech.”

“Apabila Hakim mempunyai keyakinan ini, dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Kami memerlukan dia dengan kualitinya dan dia akan memberikan segala-galanya.”

“Ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar, kami akan menyesuaikan diri dan bermain sepenuh hati. Kami akan menunjukkan motivasi dan rasa hormat yang besar kepada pihak lawan.”

“Sudah tentu, Croatia adalah pilihan dalam permainan ini – mereka bermain di final Piala Dunia lalu dan mempunyai pemain Bola Emas dalam Luka Modric.”

“Apa yang penting kami bermain bola sepak Maghribi dengan sikap positif, memberikan segala-galanya dan selepas itu kami tidak menyesal.”

Maghribi Croatia

Permainan diantara Morocco dan Croatia ini berlangsung seimbang sejak wisel permulaan di mana Croatia dilihat lebih menguasai perlawanan.

Namun dari segi serangan Maghribi dilihat lebih mengancam. Selepas 20 minit Maghribi telah melakukan empat percubaan berbanding Croatia hanya satu.

Maghribi bermain baik dan penuh berdisiplin yang berjaya mengekang gerakan daripada pemain Croatia dengan efektif.

Penghujung babak pertama kekangan Maghribi semakin kendur, Croatia hampir membuka jaringan pembukaan dengan satu gerakan cantik dari kiri hasil umpanan Borna Sosa.

Namun tolakan Nikola Vlasic telah dihadang oleh penjaga gol Maghribi, Bono. Kemudian rembatan padu Modric pula sedikit melewati palang.

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan dengan hanya satu percubaan tepat saja berjaya dihasilkan melalui Vlasic.

Bersambung permainan, Croatia dilihat terus menguasai permainan tetapi masih gagal untuk menghasilkan sebarang gol begitu juga dengan Maghribi.

Permainan berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Kesebelasan UtamaMOROCCO XI: Bounou, Hakimi, Saiss, Aguerd, Mazraoui, Ounahi, Amrabat, Ziyech, Amallah, Boufal, En-Nesyri.

Pemain Simpanan: Hamdallah, Zaroury, Sabiri, Mohamedi, Chair, Aboukhlal, Ezzalzouli, El Yamiq, Dari, Cheddira, Tagnaouti, El Khannous, Benoun, Attiyat Allah, Jabrane.

Kesebelasan Utama CROATIA XI: Livakovic, Juranovic, Lovren, Gvardiol, Sosa, Modric, Brozovic, Kovacic, Vlasic, Kramaric, Perisic.

Pemain Simpanan: Stanisic, Barisic, Erlic, Majer, Grbic, Livaja, Pasalic, Petkovic, Budimir, Orsic, Vida, Ivusic, Sutalo, Sucic, Jakic.

BACA:  Modric Dibenarkan Berpindah Jika Real Madrid Terima Tawaran Bernilai €750 Juta