Post Instagram Messi Pecah Rekod, Kumpul Hampir 50 Juta Like

Lionel Messi terus mendonia dan mencipta rekod diluar bola sepak apabila post instagram rasminya telah pun mengumpul hampir 50 juta like (ketika artikel ini ditulis 48,696,593).

Kehadiran lionel Messi di Instagram juga mencetuskan rekod dan peristiwa penting selepas berjaya membimbing Argentina menjadi juara Piala Dunia 2022 dalam final yang epik.

Pada hari Isnin, Messi telah menjadi orang kedua di planet ini dengan pengikut teramai apabila telah meraih 400 juta+ pengikut di Instagram, menyertai saingan bola sepaknya Cristiano Ronaldo yang mempunyai 518 juta pengikut.

Lionel Messi menambah lima juta pengikut pada hari Ahad sahaja ketika di mana berlangsungnya perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Qatar.

Menurut platform analisis media sosial terkenal, Social Blade, Lionel Messi berjaya menambah sebanyak 20 juta orang pengikut dalam tempoh 30 hari yang lalu, sepanjang Piala Dunia berlangsung.

Bulan terbesar penambahan pengikut baharunya ialah 20 juta pada Ogos 2021 apabila dia menyertai Paris Saint-Germain selepas 18 musim di Barcelona. Messi akan akan mengatasi rekod itu bulan ini dengan lebih 10 hari berbaki.

Tidak lama selepas permainan diputuskan melalui sepakan penalti, Messi menyiarkan gambar perayaan dia memegang trofi Piala Dunia emas pejal di atas kepalanya.

“JUARA DUNIA!!!!!!! 🌎🏆” tulis Messi dalam bahasa Sepanyol “CAMPEONES DEL MUNDO!!!!!!! 🌎🏆”

Dalam hantaran yang mendapat hampir 50 juta like itu Lionel Messi meluahkan rasa yang tidak percaya dengan kejayaannya itu dan menitip ucapan terima kasih:

“Berkali-kali saya mengimpikannya, saya sangat menginginkannya sehingga saya masih tidak jatuh, saya tidak percaya……”

“Terima kasih banyak kepada keluarga saya, kepada semua yang menyokong saya dan juga kepada semua yang mempercayai kami. Kami membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Argentina apabila kita berjuang bersama dan bersatu kita mampu mencapai apa yang kita sasarkan.”

“Merit adalah kumpulan ini, yang melebihi individu, adalah kekuatan semua berjuang untuk impian yang sama yang juga merupakan salah satu daripada semua orang Argentina… Kami berjaya!!!

“JOM ARGENTINA!!!!! 🙌🏻🙌🏻”

Siaran itu telah disukai oleh 48 juta orang dalam tempoh 20 jam pertama dan bersedia untuk memecahkan rekod like Instagram sepanjang zaman untuk satu post, iaitu 56 juta untuk post telur 2019.

Semoga post Messi ini akan berjaya menewasakn post gambar sebiji telur ini, ayuh sama-sama kita letakkan manusia ditempat teratas berbanding sebiji telur.

Post Messi itu ditangga kedua keseluruhan dan yang tertinggi bagi kategori ahli sukan memotong post Ronaldo yang memaparkan mereka bermain catur untuk iklan Louis Vuitton bulan lalu yang disukai sebanyak 42 juta kali.

Dan imej yang sama dimuat naik ke Instagram Messi telah mendapat 32 juta like dikedudukan kelima terbanyak sepanjang masa.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali dan penerima Bola Emas Piala Dunia dua kali menduduki tempat kedua dalam senarai atlet bergaji tertinggi dunia Sportico tahun ini dengan pendpatan $122 juta.

LeBron James di tempat pertama dengan pendapatan $127 juta. Messi mempunyai senarai penaja yang panjang, termasuklah Adidas, Budweiser, Mastercard, PepsiCo, Socios dan sekurang-kurangnya 10 lagi.

Penaja membayar Messi lebih daripada $50 juta setahun untuk meletakkan jenama mereka sebagai rakan kerjasama dan selara dengan superstar itu dan sebahagian daripada tarikannya ialah pengikut besar yang dia ada di media sosial.

Selain peminat di Instagramnya, Messi mempunyai 110 juta pengikut di Facebook dan Messi tidak mempunyai akaun Twitter.

Messi telah mendorong dua bilion interaksi di Instagram setakat tahun ini dan 35% daripadanya telah berlaku sejak awal November. Penaja telah menerima pulangan $59 juta dalam “nilai iklan terlaras” daripada siaran sosial Messi, menurut algoritma Hookit.

Penangan final Piala Dunia juga telah memecahkan rekod trafik tertinggi dalam tempoh 25 tahun untuk Google Search di mana seluruh dunia membuat carian tentang Piala Dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Google Sundar Pichai berkongsi siaran tentang pencapaian itu di Twitter.

“Google Search merekodkan trafik tertinggi dalam tempoh 25 tahun semasa perlawanan akhir #FIFAWorldCup, seolah-olah seluruh dunia sedang mencari tentang satu perkara!”

Sepertinya, persaingan antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo tidak hanya di padang malah dibawa ke persaingan interaksi media sosial.(ketika artikel ini disiarkan sudah mencecah 49,401,230).

Like Terbanyak Untuk satu post Instagram:

1. @world_record_egg – 56.1 juta

2. @leomessi – 49.1 juta (masih berjalan pantas)

3. @cristiano – 42 juta

4. @cristiano – 32.6 juta

5. @leomessi – 32.3 juta

6. @cristiano – 31 juta

7. @xxxtentacion – 30.4 juta

8. @leomessi – 28.2 juta

9. @arianagrande – 26.3 juta

10. @zendaya – 25.7 juta

BACA:  Wojciech Szczesny Dedah Sudah Tahu Mana Arah Sepakan Penalti Messi