Premier League 2019/20: Manchester United 2-0 Manchester City

Derby Manchester sudah pasti menemukan dua pasukan daripada bandar Manchester iaitu Manchester United dan Manchester City.

Dalam perlawanan pertama di Ethihad Setan Merah berjaya menewaskan Manchester City 2-1.

Kedua-dua pasukan turun dalam misi tersendiri demi memenuhi kepuasan diri.

Manchester United mahukan kemenangan untuk merebut slot ke Champions League. Jika menang, Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan untuk bergelar juara.

Manchester City pula sudah pasti mahu melengahkan hajat Liverpool selama yang boleh.

Permainan bermula yang tampak rancak namun bola hanya berlegar dikawasan tengah dan sukar menembusi kotak penalti kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-10 barulah ada serangan yang mengancam daripada Raheem Sterling, sayang sepakan Sterling tidak cukup lencong.

Mudah David De Gea menepis keluar untuk sepakan penjuru yang tidak membuahkan hasil.

Hantaran lolos Bruno Fernandes berjaya mencari Daniel James yang melakukan larian disebelah kanan.

Namun rembatannya terlalu lemah dan mudah buat Ederson merigat bola tanpa rasa melekit.

Selepas 25 minit berlangsung tiada apa yang menarik dalam perlawanan yang berlangsung hambar.

Sepakan percuma Bruno Fernandes kemudiannya sangkut di benteng pemain Manchester City.

Pada minit ke-28, Anthony Martial memotong ke dalam dari sebelah kiri tetapi sekali rembatannya lemah.

Sekali mudah Ederson merigat bola.

Sepakan percuma yang super genius daripada Bruno Fernandes yang melambungkan bola mencari Martial membuahkan hasil.

Bruno Fernandes telah terlibat dalam 5 gol yang dihasilkan Setan Merah sejak melakukan debut di Premier League dan lebih banyak daripada pemain lain.

5 Perlawanan
2 gol
3 assist

Perlawanan separuh masa pertama dengan jaringan Martial menjadi satu-satunya gol pada separuh masa pertama.

Babak kedua Manchester City bermula garang apabila Sergio Aguero menjarigkan gol awal.

Tetapi jaringan itu dibatalkan kerana Aguero terlebih dahulu offside.

Sejuru kemudian, hantaran ke belakang pemain Manchester City hampir membuahkan gol apabila Ederson melakukan kesilapan.

Belum sempat diterkam, Ederson sempat mengleluarkan bola. Entah apa Ederson buat.

Pada minit ke-56 rembatan deras lagi cantik Phil Foden telah ditepis keluar oleh De Gea.

Sejam permainan, Pep Guardiola membuat dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan Aguero dan Bernardo Silva.

Maka dengan pengeluaran ini, Gabriel Jesus dan Riyad Mahrez dimasukkan untuk kembali mengejar Setan Merah.

Pada minit ke-70 melalui satu serangan balas pantas, Daniel James berjaya memperdayakan pemain Manchester City.

James memilih untuk terus melepaskan rembatan dari menghantar bola kepada Bruno Fernandes yang tidak dikawal.

Rembatan James dari sudut yang agak sempit itu berjaya ditepis oleh Ederson.

Manchester City ibarat tikus yang luka dan melancarkan serangan untuk mendapatkan gol.

Dua percubaan padu City telah dua kali dinafikan oleh De Gea yang cemerlang dalam perlawnanan ini.

Berbaki 15 minit Manchester United hanya bertahan sahaja dan sesekali melancarkan serangan balas pantas.

Pada minit ke-88, Ole Gunnar Solskjaer mengeluarkan Bruno Fernandes dan memasukkan Odion Ighalo.

Pada minit ke-95, Scott McTominay menggandakan kedudukan selepas Ederson keluar untuk menangkap bola.

Lontaran tanpa pedoman Ederson sampai ke kaki McTominay. Power juga asssit Ederson ni.

Dengan gawang terbuka luas tanpa dikawal terus McTominay meletakkan bola ke gawang dari jarak 36 meter.

Etihad sekali lagi bergema dengan penyokong lawan.

Namenja Matic dan Fred sangat bagus dalam perlawanan ini menutup bahagian tengah dengan kemas sekakigus membuatkan perlawanan sukar buat City.

Manchester United (3-5-2): De Gea; Maguire, Lindelof, Shaw; Williams (Bailly 78), Wan-Bissaka, Matic, Fred, Fernandes (Ighalo 88); James, Martial (McTominay 78)

Pemain Simpanan: Greenwood, Mata, Romero, Tuanzebe

Manchester City: (4-3-3): Ederson; Cancelo, Otamendi, Fernandinho, Zinchenko (Mendy 77); B Silva (Mahrez 59), Rodri, Gundogan; Foden, Sterling, Aguero (Jesus 59)

Pemain Simpanan: Bravo, Garcia, Silva, Walker

BACA:  Premier League 2020/21: Manchester City 0-2 Manchester United