Premier League 2019/20: Tottenham Hotspur 3-0 Leicester City

Tottenham Hotspur telah mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas Leicester City pasukan yang mencari slot ke Champions League dengan jaringan tiga gol tanpa mampu dibalas.

Kekalahan Leicester City di kaki Spurs telah disambut dengan riang tawa oleh penyokong Manchester United yang kurang satu perlawanan.

Jika Spurs menang empat gol tanpa balas maka Setan Merah akan naik ke tangga ke-4 tanpa perlu beraksi kerana defisit gol.

Tapi itu tidak berlaku, mata dan dan defisil gol Manchester United dan Leicester City terikat sama namun Setan Merah ada kelebihan perlawanan.

Ketiadaan pemain pertahanan The Foxes, Caglar Soyuncu yang dilayangkan kad merah kerana bobok kokse kokdan nyata memberi impak.

Seawal minit ke-6, Tottenham Hotspur sudah di depan hasil jaringan sendiri pemain Leicester City, James Justin.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Harry Kane menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit.

Pada minit ke-37, Harry Kane menggandakan kedudukan sebelum menambah satu lagi gol tiga minit kemudian.

Dengan kedudukan tiga gol di depan sangat mustahil untuk Leicester untuk mengejar pasukan bimbingan Jose Mourinho.

Mendahului satu gol sudah cukup untuk Mourinho mengutip tiga mata apatah lagi tiga gol.

Maka terjelir-jelir Leicester untuk mencari gol walaupun menguasai 70 peratus perlawanan dengan 13 percubaan dilakukan.

Tiada gol yang kunjung tiba sehingga wisel penamat ditiup pengadil dengan air liur bersembur secara berirama.

Secara tidak langsung Jose Mourinho telah membantu Manchester United untuk mengejar slot Premier League.

Kemenangan ini telah melonjakkan Spurs ke tangga ke-6 dengan baki satu perlawanan itulah kedudukan terbaik yang mampu diraih Spurs musim ini.

Kesebelasan Utama Tottenham Hotspur 3-0 Leicester City

SPURS (4-3-3): Lloris 7; Aurier 6.5, Sanchez 6.5, Alderweireld 7.5, Davies 7; Sissoko 7, Winks 8 (Skipp 90), Lo Celso 7.5 (Lamela 77); Moura 7 (Bergwijn 77), Kane 9, Son 6.5 (Gedson 89).

Subs: Lamela, Gazzaniga, Foyth, Vertonghen, Tanganga,

LEICESTER (3-4-3): Schmeichel 5; Bennett 4, Morgan 5, Evans 6; Justin 6, Ndidi 6 (Mendy 70, 5.5), Tielemans 6 (Praet 70, 6), Thomas 6.5; Perez 6.5 (Iheancho 59), Vardy 6, Barnes 6 (Hirst 83).

Subs: Choudhury, James, Ward, Johnson.

BACA:  Pochettino: Spurs Tidak Mampu Beli Gareth Bale Buat Masa Sekarang