Premier League 2019/2020: West Ham United 3-2 Chelsea

Pasukan yang merupakan budak suruhan kepada Penakluk Dunia, Liverpool dan sentiasa menjadi makanan ruji Manchester United, Chelsea telah diaibkan dalam perlawanan London Derby.

West Ham United tenang mempermainkan perasaan Chelsea dengan mencipta kemenangan hasil gol lewat permainan Andriy Yarmolenko.

Tomas Soucek terlebih dahulu meletakkan West Ham United di hadapan tetapi jaringan tersebut dibatalkan pada minit ke-34.

Video Assistant Referee(VAR) mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan pembatalang gol itu.

Lapan minit selepas kejadian itu Chelsea membukan tirai jaringan melalui sepakan penalti Willian.

Namun gol tersebut disamakan kembali oleh Tomas Soucek pada penghujung separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, anak buah David Moyes tidak menunggu lama untuk mencipta kebangkitan dan menjaringkan gol kedua.

Michail Antonio mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-51.

Pada minit ke-72, Willian kembali mengikat kedudukan melalui satu sepakan percuma yang sangat cantik.

Ketika permainan seperti akan berakhir dengan perkongsian mata buat kedua-dua pasukan dari London ini serangan balas pantas terjadi.

Andriy Yarmolenko tenang membawa bola sebelum memotong ke dalam menewaskan pemain Chelsea sebelum melepaskan rembatan sesedap rasa untuk gol kemenangan.

Kebangkitan yang dramatik buat West Ham bangkit dari ketinggalan dan memperoleh kemenangan pada minit akhir. So sweet.

Line-up West Ham United 3-2 Chelsea

West Ham (4-2-3-1): Fabianski; Fredericks, Diop, Ogbonna, Cresswell; Rice, Soucek; Bowen (Yarmolenko 78′), Lanzini (Wilshere 68′), Fornals (Balbuena 90+3′); Antonio

Subs not used: Felipe Anderson, Ajeti, Xande Silva, Randolph, Johnson, Lewis

Chelsea (4-3-3): Arrizabalaga; Azpilicueta, Christensen, Rudiger, Alonso; Barkley (Loftus-Cheek 63′), Kante, Kovacic (Mount 53′); Willian, Abraham (Giroud 63′), Pulisic

Subs not used: Jorginho, Caballero, Zouma, Hudson-Odoi, James, Gilmour

BACA:  Mourinho Menganggap Kemenangan 3-0 City Ke Atas Chelsea Adalah Palsu