Premier League 2020/21: Chelsea 0-0 Manchester United

Perlawanan menentang Manchester United merupakan ujian sebenar buat Thomas Tuchel yang menggantikan kedudukan Frank Lampard selaku pengurus bagi membuktikan kepoweran diri.

Kemenangan ke atas Manchester United sudah pasti akan membuatkan Thomas Tuchel berjaya mendapatkan sokongan peminat dan akan mula disayangi di Kota London.

Perlawanan antara Chelsea menentang Manchester United juga menjadi perlawanan tumpuan peminat bola sepak minggu ini selepas perlawanan Melaka menentang Kelantan.

Perlawanan separuh masa pertama berlangsung dengan permainan yang agak laju menjadikan perlawanan menjadi agak menarik dan tiada gol yang terhasil dengan percubaan yang sekadar ada.

Sepakan percuma padu dan deras Marcus Rashford berjaya ditepis oleh penjaga gol Chelsea, Mendy dan selepas itu telah berlaku satu kontroversi membabitkan VAR.

VAR telah memberi saranan supaya pengadil membuat rujukan insiden bola yang terkena tangan Callum Hudson-Odoi ketika dalam perebutan bola dengan Mason Greenwood.

Walaupun jelas kelihatan bola terkena tangan selepas merujuk kepada VAR, pengadil perlawanan, Stuart Attwell tidak memberikan sepakan penalti.

Bersambung babak kedua, di awal permainan kedua-dua pasukan sekadar berpoco-poco dan mengambil angin.

Hantaran Ben Chilwell sampai ke pada Hakim Ziyech yang tidak dikawal namun berjaya ditepis keluar oleh David De Gea buat sementara apabila bola tiba di kaki Reece James.

Satu tindakan susulan yang merupakan satu rembatan segera dilakukan oleh Reece James dan kali ini berjaya dihadang Luke Shaw yang datang menggelunsur.

Dengan prelawanan berbaki 15 minit lagi masih tiada lagi jaringan terhasil walaupun permainan laju dipamerkan oleh kedua-dua pasukan.

Melihatkan situasi ini, Ole Gunnar Solskjaer memasukkan pemain penyerang berbisa yang disayangi ramai, Anthony Martial menggantikan Mason Greenwood.

Kedudukan tanpa jaringan kekal hingga tamat permainan. Sekian.

Chelsea (3-4-2-1) Mendy; Azpilicueta, Christensen, Rudiger; Hudson-Odoi, Kante, Kovacic, Chilwell; Ziyech, Mount; Giroud.

Substitutes: Arrizabalaga, Alonso, Zouma, James, Emerson, Jorginho, Pulisic, Havertz, Werner.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; James, Fernandes, Rashford; Greenwood.

Substitutes: Henderson, Bailly, Telles, Williams, Tuanzebe, Matic, van de Beek, Martial, Diallo.

Referee Stuart Attwell.

BACA:  Penilaian Pembelian Pemain Dari Liga Portugal Ke United