Premier League 2020/21: Southampton 2-3 Manchester United

Pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak, Manchester United turun menentang pasukan yang berada di kemuncak dan prestasi terbaik ketika ini Southampton yang sangat liat untuk dijinakkan.

Namun Manchester United juga kini berada di landasan betul dan semakin maju prestasi semasa selepas liga kembali bersambung dan tidak lagi melakukan aksi bukan-bukan setakat ini.

Seperti biasa Manchester United tidak bermula dengan baik dan Southampton sangat dominan dalam penguasaan bola dan juga jaringan.

Jan Bednarek membuka tirai jaringan melalui satu tandukan yang berpunca daripada sepakan penjuru pakar sepakan bola mati ketika ini James Ward-Prowse.

James Ward-Prowse telah mengukir nama selaku penjaring dengan kepakaran beliau dengan jaringan melalui satu sepakan percuma cantik membuatkan David De Gea tertewas buat kali kedua.

Kedudukan Southampton mendahului dua goi kekal hingga tamat 45 minit pertama.

Pertukaran segera dilakukan Ole GUnnar Solksjaer usai separuh masa kedua bermula apabila memasukkan Edison Cavani dan mengeluarkan Mason Greenwood bagi mengubah permainan.

David De Gea juga digantikan dengan Dean Henderson selepas tidak mampu lagi beraksi kerana kecederaan.

Ternyata percaturan Ole Gunnar Solskjaer menjadi dan menampakkan pengurus daripada Norway itu jelas kelihatan sangat genius disebalik wajah keanak-anakkannya itu.

Edison Cavani menjadi nadi kebangkitan Manchester United sensasi dalam sejarah bola sepak.

Kerana tidak mendapat suapan bola yang diingini beliau selaku penyerang, Cavani memberikan satu contoh bagaimana hantaran yang beliau inginkan.

Hantaran cantik dan bersahaja Cavani mudah disambar oleh Bruno Fernandes untuk mengurangkan defisit pada minit ke-59.

Pada minit ke-74 Cavani telah mencetak nama selaku penjaring dengan menanduk terbang masuk bola rembatan Bruno Fernandes yang tertampan kaki pemain Southampton.

Manchester United terus menguasai perlawanan dan tidak seperti Manchester United yang biasa dilihat apabila garang untuk terus mencari gol.

Pada minit ke-93 hantaran Marcus Rashford sekali lagi disudahkan dengan satu hantukan kepala oleh Cavani untuk memberi kemenangan dalam aksi kebangkitan penuh sensasi.

Pengulas tidak penat menyebut, inilah Manchester United yang semua kenali, vintaje Manchester United yang terkenal dengan kebangkitan lewat permainan.

Aksi yang super power daripada Cavani yang masuk dari bangku simpanan menjaringkan dua gol dan satu assist serta memberi tiga mata berharga.

Cavani yang disambar Manchester United secara percuma pada jendela perpindahan musim panas lalu semakin menunjukkan kualiti yang ada pada dirinya.

Southampton (4-2-2-2) McCarthy; Walker-Peters, Bednarek, Vestergaard, Bertrand; Ward-Prowse, Romeu; Armstrong, Djenepo; Walcott, Adams.

Substitutes: Forster, Stephens, Diallo, Tella, Long, Obafemi, N’Lundulu.

Manchester United (possible 4-D-2) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Telles; Matic; Fred, van de Beek; Fernandes; Greenwood, Rashford.

Substitutes: Henderson, Fosu-Mensah, Williams, Tuanzebe, Mata, James, Cavani.

BACA:  Mourinho: Tanya Pogba Sendiri Mengapa Prestasi Beliau Hambar