Premier League 2020/21: Tottenham Hotspur 4-0 Burnley

Jose Mourinho terus melebarkan rekod tanpa kalah beliau kepada Burnley selaku pengurus kepada 11 perlawanan selepas Spurs mudah mencatatkan kemenangan 4 gol tanpa balas.

Spurs berada dalam prestasi teruk sebelum ini apabila tewas 5 kali dalam 6 perlawanan terakhir dan kemenangan ini memberi suntikan semangat memburu slot Eropah.

Gareth Bale menjadi sensasi dan punca kemenangan Spurs dalam perlawanan ini apabila telah menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan gol.

Kurang dua minit permain Bale meletakkan Spurs dihadapan dengan satu tolakan mudah menewaskan Nick Pope selepas menerima hantaran Son Heung-Min.

Pada minit ke-15 Harry Kane menggandakan kedudukan melalui satu rembatan deras membuatkan Nick Pope melakukan break dance di gawang.

Gol Kane berpunca daripada hantaran jauh Bale yang tepat kepada Kane yang tidak menoleh lagi melakukan larian solo.

Lucas Moura menjaringakn gol ketiga 15 minit selepas jaringan Kane dan selepas 30 minit, Spurs mendahului 3-0.

Bersambung babak kedua, Gareth Bale menjaringkan gol kedua peribadi dan keempat Spurs dengan satu rembatan lencong yang sangat menawan.

Adakah gandingan duo Harry Kane dan Son Heung-Min akan dilengkapkan Gareth Bale untuk menjadi trio berbisa?

Tottenham Hotspur: Lloris, Aurier, Sanchez, Alderweireld, Reguilón, Ndombele, Hojbjerg, Bale, Lucas Moura, Son, Kane.

Subs: Doherty, Winks, Lamela, Hart, Dier, Sissoko, Alli, Davies, Vinícius.

Burnley: Pope, Lowton, Tarkowski, Mee, Taylor, Brownhill, Cork, Westwood, McNeil, Rodriguez, Vydra.

Subs: Wood, Peacock-Farrell, Stephens, Bardsley, Long, Dunne, Richardson, Benson, Driscoll-Glennon.

Referee: Kevin Friend (Leicestershire)

BACA:  Ketahui Mengapa Jejaka K-Pop Ini Enggan Berkahwin Buat Masa Sekarang