Premier League 2021/22: Manchester United 5-1 Leeds United

Pertembungan Manchester United dan Leeds United yang digelar Roses rivalry atau Pennines derby serta mempunyai sejarah yang panjang menjadi perlawanan kedua Premier League musim 2021/22.

Arsenal membuka tirai Premier League musim 2021/22 dengan aksi penuh memalukan lagi mengaibkan apabila tewas kepada pendatang baru, Brentford yang buat pertama kali beraksi di Premier League dalam sejarah kelab.

Sebelum perlawanan di Old Trafford berlangsung, Raphael Varane telah diperkenalkan secara rasmi kepada dunia sebagai pemain pertahanan terbaharu Setan Merah secara rasmi.

Pemain berpengalaman yang pernah menjulang empat kali gelaran Champions League sepanjang kariernya itu telah melengkapkan perpindahan bernilai £42 juta dari Real Madrid ke Old Trafford.

Raphael Varane telah memperagakan jersi bernombor 19 yang akan dipakai beliau bersama setan merah.

Ole Gunnar Solskjaer masih menggunakan pemain musim lalu untuk kesebelasan utama dan Jadon Sancho hanya menjadi pemerhati (team viewer) di tepi padang.

Manchester United mempamerkan dominasi dan aksi meyakinkan sebagaimana mereka menewaskan Everton dalam perlawanan pemanas badan pada separuh masa pertama.

Leeds United kelihatan agak bergelut untuk menahan asakan Setan Merah dan agak buntu untuk memecahkan benteng pertahanan tuan rumah.

Pemain harapan, Bruno Fernandes akhirnya membuka tirai jaringan perlawanan selepas 30 minit menguasai perlawanan hasil umpanan yang sangat genius dari Paul Pogba.

Pertukaran awal dilakukan Marcelo Bielsa yang merupakan mahaguru taktikal bola sepak dan terus membuahkan hasil apabila Luke Ayling menjaringkan gol penyamaan yang tersangat padu pada minit ke-48.

Namun gol penyamaan Luke Ayling hanya bertahan selama empat minit sahaja apabila Mason Greenwood menggegar jaring meletakkan Setan Merah kembali di depan.

Paul Pogba sekali lagi menjadi dalang kepada gol Greenwood dengan satu lagi hantaran yang teramat jahat.

Pada minit ke-54, Setan Merah terus menjarakkan kedudukan apabila hantaran Pogba sekali berjaya disudahkan oleh Bruno Fernandes untuk gol ketiga perlawanan.

Bruno Fernandes menyempurnakan hatrik pada minit ke-60 apabila melepaskan rembatan padu hasil lambungan jauh Victor Nilsson Lindelof. Tiga gol terhasil dalam tempoh lapan minit.

Pada minit ke-66, Paul Pogba tidak dapat dibendung lagi apabila mencipta assist yang keempat yang mudah ditolak oleh Fred yang kaki bangku dan sentiasa huru-hara.

Berbaki 15 minit permainan, Jadon Sancho dimasukkan menggantikan Daniel James dan tiada impak yang diberikan oleh bintang baru Manchester United itu selain mencukupkan pemain di padang.

Satu permainan yang meyakinkan lagi menghiburkan dipamerkan oleh anak buah Ole Gunnar Solskjaer di mana Bruno Fernandes mencetak hatrik dan Paul Pogba mencipta empat assist.

Bruno Fernandes telah menjadi pemain pertama Man United sejak 1977/78 menjaringkan hatrik dalam aksi pembukaan. Pemain pertama mencipta hatrik bagi musim 2021/22.

Paul Pogba menjadi pemain ketujuh mencipta 4 assist dalam satu perlawanan Premier League selepas Dennis Bergkamp, José Antonio Reyes, Cesc Fàbregas, Emmanuel Adebayor, Santi Carzola dan Harry Kane.

Sejak berakhirnya era kegemilangan Sir Alex Ferguson, Man United hanya menang 5 kali sahaja dengan gol lebih daripada lima. Dan kelima limanya adalah di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United: De Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Fred, Pogba, Bruno Fernandes, James, Greenwood.

Subs: Mata, Martial, Andreas Pereira, Dalot, Heaton, Sancho, Matic, Williams, van de Beek.

Leeds United: Meslier, Struijk, Koch, Cooper, Ayling, Dallas, Klich, Raphinha, Rodrigo, Harrison, Bamford.

Subs: Firpo, Forshaw, Roberts, Klaesson, Helder Costa, Phillips, Shackleton, Summerville, Greenwood.

Referee: Paul Tierney.

Assistants: Constantine Hatzidakis and Neil Davies.

Fourth official: Anthony Taylor.

VAR: Chris Kavanagh.

BACA:  Analisis Aras Tinggi: 7 Sebab Manchester United Kalah Bermaruah Di Tangan Real Sociedad