Premier League 2022/23: Chelsea 1-1 Manchester United

Pasukan bimbingan Erik Ten Hag turun ke Stamford Bridge bagi mencari kemenangan keempat dari lima perlawanan menentang pasukan Big 6 selepas berjaya menewaskan Spurs, Liverpool dan Arsenal.

Pasukan Manchester United dilanda kontroversi yang mampu memberantakan pasukan apabila Cristiano Ronaldo membuat perangai ketika menentang Spurs.

Ronaldo telah meninggalkan pasukan ketika perlawanan belum tamat dan kemudiannya dilaporkan tidak mahu mahu bermain ketika Erik Ten Hag mahu menggantikannya.

Lantaran itu Ronaldo terus digantung tak bertali dan didenda potong gaji serta tidak boleh lagi berlatih bersama pasukan utama.

Erik Ten Hag mengawal sitausi ini dengan baik apabila tindakannya itu berjaya menutup percubaan Ronaldo untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dibilik persalinan.

Pengurus dari Belanda itu menyatakan tiada siapa yang lebih besar dari kelab dan tugasnya adalah untuk membina kembali Manchester United dan tindakannya kini adalah untuk kepentingan kelab.

Erik Ten Hag hanya membuat satu pertukaran kesebelasan utama dengan memulakan Critian Eriksen dan meninggalkan Fred di bangku simpanan.

Kepa Arrizabalaga turun digawang menggantikan Eduoard Mendy yang hanya seronok melihat rakan-rakan main bola.

Manchester United dan Chelsea mempamerkan permainan tidak kemas untuk tempoh 5 minit pertama apabila masing-masing mudah kehilangan bola dengan hantaran ke laut.

Luke Shaw terlebih dahulu melakukan percubaan dengan satu rembatan leret dan padu tetapi tersasar menjauhi gawang.

Entah apa yang merasuk Setan Merah apabila membazirkan sepakan penjuru dengan begitu saja apabila melakukan hantaran pendek dan bola lenyap begitu saja.

Setengah jam permainan, Setan Merah lebih dominan dan menguasai perlawanan dengan 6 percubaan berbanding satu dari Chelsea.

Marcus Rashford telah melakukan rembatan dari sebelah kanan tapi masih gagal untuk menewaskan Kepa Arrizabalaga. Kemasukkan Mateo Kovacic menggantikan Marc Cucurella merancakkan serangan Chelsea.

Pada minit ke-41, Pierre Emerick Aubameyang yang langsung tidak dikawal mensia-siakan hantaran cantik Ben Chilwell apabila gagal mengawal kemas bola yang diterima.

Dua minit kemudian Pierre Emerick Aubameyang sekali lagi membazirkan peluang dengan aksi longlai seperti tidak cukup makan.

Kemudian percubaan Anthony pula tersasar dan pada mulanya kelihatan seperti masuk rupanya pergi ke tepi tiang.

Babak pertama tamat tanpa sebarang jaringan walaupun terdapat peluang yang patut disudahkan.

Jadon Sancho yang mempamerkan permainan tidak keruan dikeluarkan di awal babak kedua dan pemain harapan dunia masuk seabagai pengganti.

Pada minit ke-57, Raphael Varane pula mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Victor Lindelof. Kekecewaan jelas terpancar dari raut wajah Varane.

Mungkin kecederaan ini akan menamatkan impian Piala Dunia 2022 Varane?

Trevoh Chalobah hampir meletakkan Chelsea dihadapan melalui sundulan hasil sepakan penjuru Ben Chilwell namun dinafikan palang.

Sejurus selepas itu Pierre-Emerick Aubameyang yang lantasa tidak memberi sumbangan kepada Chelsea digantikan dengan Christian Pulisic.

Pada minit ke-80, Scott McTominay masuk menggantikan Cristian Eriksen dan Armando Broja menggantikan Raheem Sterling.

Kedua-dua pemain ini masuk untuk mencari kemenangan dan pada minit ke-85 Chelsea dihadiahkan sepakan penalti di mana McTominay telah menjatuhkan Broja.

Jorginho sebagai pakar penalti tenang dan mudah menghantar David De Gea ke kiri dengan satu sepakan ke sebelah kanan untuk Chelsea mendahului pada minit ke-87.

Ketika masa kecederaan minit ke-94, tandukan Casemiro kembali mengimbangi kedudukan, Kepa sudah berjaya menepis tetapi bola terkena tiang dan berjaya ditangakap Kepa.

Namun teknologi garisan gol menyatakan bola sudah melepasi garisan dan gol segera disahkan oleh pengadil. Gol pertama Casemiro bersama Manchester United.

Manchester United hanya tewas sekali dalam 5 pertembungan dengan pasukan Big 6 dengan 3 menanga satu seri dan satu kalah.

Kesebelasan Utama Chelsea : Arrizabalaga; Chalobah, Thiago Silva, Cucurella; Azpilicueta, Jorginho, Loftus-Cheek, Chilwell; Mount, Sterling; Aubameyang.

Pemain Simpanan : Mendy, Kovacic, Pulisic, Zakaria, Ziyech, Gallagher, Havertz, Chukwuemeka, Broja.

Kesebelasan Utama Man Utd : de Gea; Dalot, Varane, Martinez, Shaw; Casemiro, Eriksen; Antony, Fernandes, Sancho; Rashford.

Pemain Simpanan : Heaton, Lindelof, Malacia, Fred, Pellistri, McTominay, Garnacho, Iqbal, Elanga.

Pengadil : Stuart Attwell.

BACA:ย  Premier League 2020/21: Tottenham Hotspur 1-3 Manchester United