Premier League 2022/23: Manchester United 3-1 Arsenal

Pertembungan antara Arsenal dan Manchester United yang berlangsung di Old Trafford menjadi perlawanan yang dinanti-nantikan terutamanya oleh peminat Liverpool yang pasti mahu melihat Setan Merah melingkup selepas mereka hanya sekadar seri.

Arsenal menunjukkan prestasi yang amat menakjubkan apabila mencatatkan kemenangan 100 % selepas lima perlawanan dan terus mengemudi liga dengan tenang.

Lantaran prestasi semasa ini, peminat Arsenal telah mendabik dada dan mula kelihatan apabila melaungkan Invincibles 2.0 bakal terjadi musim ini.

Manchester United yang terciduk teruk di dua perlawanan pertama mempamerkan peningkatan yang ketara apabila mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut termasuklah ke atas Liverpool yang dicanang hebat.

Melihatkan kepada Setan Merah yang masih mencari rentak, peminat pasukan meriam ini yakin mereka mampu meraih kemenangan yang ke-6.

Jika dikenang kembali kepada 5 lawan pertama Arsenal setakat ini adalah pasukan biasa-biasa dan bertahap bot sahaja seperti dalam permainan PUBGM.

Manchester United yang ting-tong mengalahkan orang mabuk gam tetapi masih lagi big 6 dan bolehlah dianggap sebagai ujian sebenar Arsenal.

Casemiro dan Antony yang dibeli untuk memperkuatkan pasukan pasti akan menjadi tumpuan, hanya Antony bermula dari kesebelasan utama dan Casemiro di bangku simpanan.

Permainan bermula dengan Manchester United mempamerkan kegarangan dengan permainan penuh meyakinkan dan Antony melakukan satu aksi menghiburkan lagi berseni.

Cristian Eriksen hampir membuka jaringan awal tetapi rembatannya tersasar dan Arsenal secara perlahan-lahan mendapat rentak untuk menyimbangi perlawanan.

Pada minit ke-12, Gabriel Martinelli berjaya meletakkan Arsenal dihadapan dengan satu penyudah yang tenang namun gol itu telah dibatalkan.

Melalui pemeriksaan Video Assistant Referee (VAR) jelas kelihatan, Martin Odegaard telah mengasari Cristian Eriksen yang membawa kepada terhasilnya gol Martinelli.

Pengadil telah membatalkan jaringan itu dan membuatkan penyokong Arsenal koyak teruk. Pengadil dimaki walaupun jelas ada kekasaran.

Pemain yang baru tiba di hari-hari terakhir jendela perpindahan musim panas ini, Antony terus membuktikan bisanya berkadaran dengan harga yang telah dibayar.

Hanya 35 minit diperlukan Antony dalam perlawanan debut bersama Setan Merah untuk membuka akaun gol dan juga gol pertama perlawanan selepas menyempurnakan hantaran Marcus Rashford.

Antony menjadi pemain pertama menjaringkan gol di separuh masa pertama ketika menentang Arsenal di saingan Premier League musim ini selepas 6 perlawanan sudah berlalu.

Gol tunggal Antony itu bertahan sehingga tamat separuh masa pertama dan Bukayo Saka telah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 selepas Cristiano Ronaldo masuk menggantikan Antony.

Gol berpunca dari satu clearance tidak kemas dan bola telah sampai kepada Saka yang tidak dikawal untuk disudahkan.

Namun gol Saka itu hanya bertahan untuk tempoh 6 minit sahaja apabila Marcus Rashford kembali meletakkan Setan Merah di depan.

Serangan pantas Manchester United menyaksikan Bruno Fernandes melakukan satu hantaran genius dan beraras tinggi disusuli satu larian bijak dari Rashford.

Selepas gagal menyudahkan beberapa peluang akhirnya, Manchester United menjaringakan gol ketiga pada minit ke-74 melalui satu counter attack.

Bola dijolok kepada Cristian Eriksen yang telah membelah pertahahanan Arsenal dan Rashford pantas melakukan larian tidak seperti sebelum ini,

Eriksen pantas dan hanya berdepan dengan Aaron Ramsdale namun Eriksen tidak tamak seperti Bruno Fernandes.

Melihat Rashford datang di tepi dan berada di posisi terbaik untuk menjaringakan gol, Eriksen menghantar bola kepada Rashford.

Satu rembatan terus ditembak Rashford ke gawang terbuka. Jaringan yang terus membunuh perlawanan dan Casemiro dan Harry Maguire masuk pada minit ke-80.

Buat pertama kalinya sejak oktober 2020 vs Newcastle, Marcus Rashford menjaringkan gol dan mencipta assist dalam perlawanan Premier League. Lama mendap.

Kemasukkan Maguire adalah untuk mengurangkan tekanan Arsenal supaya dapat memberi lebih cabaran namun itu tidak terjadi.

Maguire terus mengutip kad kuning usai masuk namun Arsenal tidak berjaya untuk melawan lagi sebelum tewas 3-1.

Kekalahan ini menyebabkan pengadil dan VAR di maki hamum penyokong Arsenal dan penyokong terpaling kecewa adalah penyokong Liverpool.

Manchester United (4-2-3-1/4-3-3): De Gea; Dalot, Varane, Martinez, Malacia; McTominay, Eriksen, Fernandes; Antony, Sancho, Rashford.

Pemain Gantian: Heaton, Dubravka, Lindelof, Maguire, Ronaldo, Fred, Casemiro, Shaw, Elanga.

Arsenal (4-3-3): Ramsdale; White, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Lokonga, Xhaka, Odegaard; Saka, Martinelli, Jesus.

Pemain Gantian: Turner, Tierney, Smith Rowe, Nketiah, Holding, Cedric, Tomiyasu, Vieira, Marquinhos.

Referee: Paul Tierney

BACA:  Fabrizio Romano Dedah De Jong Berkeras Tak Mahu Ke Old Trafford