Premier League Dijangka Akan Kembali Bersambung Pada 17 Jun

Saingan Liga Perdana dijangka akan kembali bersambung tiga minggu dari sekarang. Menurut laporan dari UK, dua perlawanan awal akan dilangsungkan pada 17 Jun nanti.

Projek penyambungan semula saingan liga bermula minggu ini dengan para pemain sudah dibenarkan untuk menjalani latihan fizikal dalam kumpulan yang kecil.

Latihan yang dijalankan akan ditambah baik dari masa ke semasa dan kesemua peralatan akan disembur dengan nyahkuman terlebih dahulu sebelum dan selepas digunakan.

Menurut laporan dari Telegraph, saingan Liga Perdana akan dimulakan semula pada 17 Jun dengan dua perlawanan awal akan menemukan Manchester City vs Arsenal dan Aston Villa vs Sheffield United.

Kedua-dua perlawanan itu dijangka akan dilangsungkan pada hari Rabu 17 Jun nanti, dan baki perlawanan liga musim ini akan disambung terus selepas itu.

Kedua-dua perlawanan itu juga merupakan baki perlawanan saingan liga yang mana telah dibatalkan terlebih dahulu sebelum kesemua saingan liga digantung ekoran dari penularan wabak yang sedang melanda dunia kini.

Sebelum saingan liga diumumkan untuk digantung, Arsenal sepatutnya turun bertemu Manchester City untuk perlawanan liga, namun perlawanan itu terpaksa dibatalkan kerana para pemain Gunners terpaksa mengkuarantinkan diri selepas beraksi bersama pemain Olympiakos yang sudah disahkan positive Covid-19.

Selepas berlangsungnya dua perlawanan itu, akan ada perlawanan lain yang bakal dilangsungkan pada hari Jumaat 19 Jun nanti.

Premier League berharap mereka akan berjaya menghabiskan baki musim ini pada 2 Ogos dan akan mengadakan perlawanan akhir Piala FA pada minggu berikutnya.

UEFA turut berharap mereka dapat menghabiskan saingan liga Juara-juara dan Europa League pada bulan Ogos nanti.

Kesemua pasukan sudah bersetuju dengan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak UEFA dan Premier League sendiri selepas mengadakan mesyuarat pada hari Khamis lalu.

Mereka turut membincangkan pelbagai perkara terutama dari segi aspek keselamatan dan kesihatan para pemain dan petugas.

Saingan premier league mempunyai baki 92 perlawanan lagi yang masih belum dimainkan sejak dari saingan Liga digantung pada Mac lalu.

Premier League secara rasminya telah digantung pada 13 Mac lalu ekoran dari penularan wabak Koronavirus, aksi terakhir saingan liga ketika itu adalah perlawanan Leicester City bertemu Aston Villa yang telah diadakan pada 9 Mac.

Seperti yang semua sedia maklum, aksi sambungan saingan liga akan diadakan dengan prosedur kesihatan yang lebih ketat dan kesemua baki perlawanan akan diadakan dalam stadium tertutup.

Wakil-wakil dari kelab yang bertanding dalam premier league telah sebulat suara memilih untuk meneruskan latihan yang melibatkan sentuhan setelah sebelum ini menjalani latihan tanpa sentuhan pada minggu lalu.

Setelah menjalani saringan ujian Koronavirus, setakat ini 12 orang sudah disahkan positif dari 2752 yang menjalani saringan.

Kesemua yang telah disahkan positif itu telah diasingkan dan dikuarantinkan untuk tempoh waktu selama seminggu.

Pemain dan kakitangan Liga Perdana Inggeris akan terus diuji dua kali seminggu, dengan kapasiti meningkat dari 50 menjadi 60 ujian setiap kelab bagi ujian pusingan keempat.

Rancangan untuk fasa ketiga projek permulaan semula saingan liga merangkumi langkah ke arah latihan biasa dan peningkatan permainan yang kompetitif.

Liverpool kini sedang selesa berada dikedudukan teratas dalam saingan liga dengan kelebihan 25 mata diatas Manchester City dan hanya memerlukan enam mata sahaja lagi untuk muncul Juara.

Sementara itu pasukan seperti Bournemouth, Aston Villa dan Norwich City pula sedang berada di zon penyingkiran.

BACA:  Premier League 2019/20: Liverpool 4-0 Crystal Palace