PSG Menang 7-2 Selepas Messi Memperkotak Katikkan Maccabi Haifa

Lionel Messi mempamerkan satu lagi prestasi cemerlang, ketika PSG menewaskan Maccabi Haifa dalam Liga Juara-Juara, dengan pasukan Perancis itu mengesahkan tempat mereka ke peringkat kalah mati.

Messi tidak mempunyai musim pertama yang hebat dalam Ligue 1, lebih kerana standard tinggi yang ditetapkannya sendiri. Dia kelihatan lebih baik bermain di Eropah pada musim lalu.

Lebih menghampakan dia gagal berada dalam senarai 30 pemain terbaik Ballon d’Or walaupun memiliki 7 dalam koleksinya.

Kini segalanya berubah. Messi telah kembali ke prestasi terbaiknya.

Pemain berusia 35 tahun itu telah menjaringkan enam gol. Dan apa yang lagi penting, Messi telah melakukan sembilan bantuan gol, dalam hanya sembilan perlawanan dalam liga setakat ini.

Sehinggakan ramai yang berpendapat bintang utama PSG adalah Messi bukan Mbappe.

Pada malam Selasa, PSG menentang Maccabi Haifa pada perlawanan hari kelima Liga Juara-Juara.

Sebelum ini, pasukan Israel itu telah mengejutkan Juventus dalam pusingan perlawanan sebelumnya.

Mereka berimpian besar nak membuat kejutan kedua berturut-turut. Namun PSG memberikan mereka pengajaran erti bola sepak eropah sebenar dengan kemenangan 7-2, dengan Christophe Galtier memilih pasukan terkuatnya untuk mengelakkan sebarang kekecewaan.

Messi berada di tengah-tengah kebanyakan perkara penting yang dilakukan oleh juara Perancis itu di atas padang.

Dia menjaringkan dua gol, dengan yang pertama adalah gol yang sangat lawa, dan menyediakan assist untuk rakan sepasukannya.

Dan video sorotan aksi peribadinya menunjukkan betapa luar biasanya Messi dalam perlawanan ini.

Saksikan sendiri aksi memukau Messi:

Selepas Setahun PSG Jana £700 Juta Melalui Nilai Komersial Messi

Kehadiran Lionel Messi selepas setahun bersama PSG sudah mampu untuk membuatkan kelab Kota Paris itu tersenyum lebar apabila Messi melalui nilai komersinya telah menjana pendapatan buat kelab sebanyak £700 Juta.

Ini merupakan rekod dari segi pendapatan komersil paling tinggi dalam sejarah kelab.

Bagaimana nilai komersil Messi boleh mendatangkan pendapatan sehingga £700 Juta?

Kontrak Penajaan

Hakikatnya pembelian Lionel Messi bukan untuk mendapatkan yang terbaik di padang malah pemain genit itu juga telah membawa sekali kontrak penajaan yang lebih banyak dan lebih baik.

Perkara ini telah diakui sendiri oleh Marc Armstrong yang merupakan Chief Sponsorship Officer (Ketua Pegawai Penajaan) PSG bahawa Messi telah menarik penajaan yang lebih tinggi sebelum kehadirannya.

“Kami pastinya telah melihat pertumbuhan dalam kontrak penajaan di mana sebelum ini kami hanya boleh mencapai persetujuan antara 3 sehingga 5 juta dan kini meningkat antara 5 sehingga 8 juta, jadi kesannya adalah besar”.

Malah, dianggarkan hasil kontrak penajaan telah meningkat sebanyak 13% dengan kerjasama dengan jenama seperti Dior, Gorillas, Crypto.com, Autohero, GOAT, Smart Good Things, Infinity Sports Water, Geekvape, PlayBetR, Volt dan Big Cola.

Berkenaan dengan mata wang kripto, kini dalam waktu rendah akibat perang di Ukraine, nilai mata wang PSG meningkat dua kali ganda apabila diketahui umum bahawa mereka menandatangani Messi, yang mana perpindahannya dibayar melalui wang kripto.

“Kami telah menutup perjanjian dengan mata wang kripto sebelum menandatangani Messi dan pada minggu-minggu berikutnya harganya melambung tinggi kerana orang ramai menunjukkan lebih minat untuk turut menyertai.” kata Armstrong.

Kelab itu telah menjana melebihi £300 juta pendapatan untuk kontrak penajaan buat kali pertama dalam sejarahnya musim lalu..

Jualan Jersi

Jualan jersi PSG juga telah memecahkan rekod penjualan jersi kelab dengan mencatatkan pertumbuhan yang mecanak-canak serta berdenyut-denyut sejak kehadiran Lionel Messi di Kota Paris.

Penjualan jersi PSG telah pun memasuki dimensi baru ketika mengikat Neymar dan kemudian disusuli oleh Kylian Mbappe tetapi dengan Messi penjualan jersi mereka menggila.

Lebih sejuta helai jersi PSG telah berjaya dijual dalam semusim dan paling padu apabila 60 peratus terhasil dari jualan jersi bernombor 30 yang pastinya dipakai oleh Messi.

PSG duduk sebaris dengan Manchester United musim lalu menjadi kelab menjual jersi tebanyak di dunia dam perjanjian dengan Jordan Brand juga telah membawa kepada kelarisan jersi PSG.

Dalam 3 jam pertama, jersi Messi telah menjana €933,000 dan memaksa kelab untuk memindahkan kedai rasminya ke Champs-Élysées untuk menggandakan keluasan kedai dan meningkatkan pendapatannya.

Pemain Argentina itu membantu kelab mencapai jualan seluruh musim 20-21 sebanyak €41 juta melalui penjualan cenderahati hanya selepas setengah musim 21-22 sahaja.

Marc Armstrong telah menjelaskan:

“Permintaan jersi telah meningkat antara 30 dan 40% dan apa yang benar-benar boleh menghalangnya ialah bekalan.”

“Apabila perpindahan sebesar ini berlaku, Ronaldo ke United sebagai contoh, anda mungkin berfikir bahawa mereka akan membayarnya dengan menjual baju, tetapi itu tidak terjadi.”

“Anda tidak mampu menghasilkan banyak baju tambahan. Perjanjian telah ditetapkan untuk menjamin jumlah minimum yang sangat penting tetapi kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk baju Messi. Kami telah sampai ke hadnya.”

“Tiada siapa yang dapat memenuhi permintaan itu. Kami sudah menjual banyak baju, lebih mungkin daripada pasukan lain di dunia untuk seorang pemain dan itu meletakkan kami di peringkat seterusnya.”

“Kami mempunyai banyak permintaan untuk produk gaya hidup, hasil dengan jenama Jordan adalah besar, tetapi permintaan semakin meningkat apabila anda menandatangani pemain seperti Messi”

Walaupun hampir 600,000 jersi Messi telah dijual PSG tidak mampu untuk menampung permintaan dan hanya 15-20% sahaja hasil daripada penjualan jersi masuk ke poket kelab.

Impak Media Sosial

Kedatangan Lionel Messi juga tidak terkecuali apabila memberi impak besar kepada rangkaian media sosial kelab sebaik sahaja ketibaannya diumumkan secara rasmi.

Dia memperoleh 15 juta pengikut di semua platform media sosialnya dan melepasi angka 150 juta pengikut buat kali pertama.

“Kami memperoleh purata 1.4 juta pengikut setiap minggu dan kami adalah kelab pertama yang mencapai 10 dan 20 juta pengikut di TikTok atau jenama Perancis paling penting dan besar di Instagram,” tambah Armstrong.

“Di rangkaian media sosial ini, pengikut PSG meningkat daripada 38.5 juta pengikut kepada 60.9 pengikut. Iaitu, hampir dua kali ganda sejak kedatangan warga Argentina itu.”

Rangkaian media sosial merupakan platform yang paling berkesan pada hari ini untuk memperkenalkan dan mengukuh jenama. Dengan pertambahan pengikut akan lebih mudah untuk menarik lebih banyak penaja.

BACA:  Erling Haaland Dinasihatkan Boikot Ballon d'Or Jika Messi Menang Lagi