PSG Sedang Dalam Pertimbangan Untuk Batalkan Kontrak Ramos

Paris Saint Germain sedang mempertimbangkan untuk membatalkan kontrak Sergio Ramos, yang sehingga kini masih belum turun beraksi untuk kelab barunya itu.

Menurut laporan sensasi dari Perancis, pihak kelab sepertinya sedang berkira-kira untuk melepaskan Sergio Ramos yang baru sahaja mereka tandatangani pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Sergio Ramos meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Paris Saint Germain pada musim panas lalu sebagai pemain berstatus free ejen.

Beliau menandatangani kontrak selama dua tahun sehingga 2023, dengan bekas ketua pasukan Real Madrid itu juga turut ditawarkan gaji yang lumayan.

Malang untuk kedua-dua PSG dan Ramos sendiri, masalah kecederaan betis yang masih tak sembuh-sembuh telah menyebabkan bintang Sepanyol itu gagal untuk membuat sebarang penampilan.

Bahkan, pemain berusia 35 tahun itu masih belum turun beraksi dalam mana-mana perlawanan kompetetif sejak kali terakhir beliau beraksi ketika aksi kekalahan 2-0 Real Madrid di tangan Chelsea dalam saingan Champions League musim lalu.

Menurut media Perancis, Le Parisien, situasi pada ketika ini sangat teruk untuk kedua-dua pihak dengan pihak kelab sudah mula mempertimbangkan untuk melepaskan saja pemain kebangsaan Sepanyol itu.

Terdapat kebarangkalian yang sangat jelas untuk gergasi Perancis itu membatalkan kontrak Ramos seandainya mereka mahu melakukan hal itu.

Walau bagaimanapun, Paris Saint Germain akan tetap berunding dan mendapatkan persetujuan dari Ramos terlebih dahulu, memandangkan mereka sudah sama-sama bersetuju dengan perjanjian asal.

Bercakap tentang kecederaan Ramos, sporting director PSG, Leonardo menyatakan bahawa:

“Kita tahu Ramos ada masalah kecederaan.”

“Media Sepanyol sedang bermain permainan minda, kita semua tahu dia ada masalah. Kita semua tahu apa yang berlaku di sini.”

PSG menganggap bahawa penandatanganan Ramos sebagai satu kesilapan. Di mana pemain itu masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan.

Laporan yang sama menyatakan bahawa PSG masih tidak pasti sama ada pemain itu akan bermain sebarang aksi pada tahun ini atau tidak.

PSG kelihatan memiliki skuad yang sudah cukup baik ketika ini walau tanpa kehadiran Ramos di atas padang.

Jika perkara itu benar benar berlaku, ianya satu kejutan kepada peminat di seluruh dunia, apa lagi Ramos sebelum ini gagal mendapatkan kontrak dengan Real Madrid.

Madrid dikatakan tidak mahu membayar gaji yang diminta Ramos kerana merasakan ia terlalu tinggi berdasarkan usia dan juga tahap kecergasan pemain itu

Ramos kemudian menegaskan bahawa dia sedia untuk menerima gaji lebih rendah, namun sayangnya ketika dia menyatakan perkara itu, Real Madrid menyatakan bahawa rundingan kontraknya sudah menemui tarikh luput.

Ramos mengakui terkejut kerana dia ingatkan rundingan seperti itu tiada tarikh luput.

Lantas Ramos terus menjadi ejen bebas dan memilih untuk menyertai PSG.

Sejak bersama dengan PSG, Ramos lebih kerap menghabiskan masa di pusat fisio dengan PSG kini terpaksa menanggung beban gaji pemain yang sangat tinggi dan turut menjadi hospital untuk pemain yang langsung tak main.

Terdapat banyak kelab elit di benua Eropah yang berminat untuk mendapatkan khidmat Sergio Ramos sebelum beliau sah menyertai Paris Saint Germain sebelum ini.

Liverpool dan Manchester United antara dua pasukan yang turut sangat berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan veteran itu.

Kini, seandainya Ramos benar-benar dilepaskan oleh pihak kelab, berkemungkinan kelab lain akan cuba memantau terlebih dahulu perkembangan beliau, sebelum memutuskan untuk menandatangani bintang Sepanyol itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  "Beragaklah... Dia Menang Piala Dunia Lawan Mbappe"- Khelaifi Bidas Messi Yang Kemaruk Diraikan Oleh PSG