Pulisic Selamatkan 3 Mata Chelsea Selepas Penalti Enjut Jojo Enjut Tak Masuk

Jorginho sudah membayangkan kehidupannya pada hari ini di ruangan media sosial. Dia mempersiakan penalti yang diberikan kepada Chelsea.

Calon Ballon d’Or itu meniru aksi pemain tengah terbaik dunia Manchester United semalam menggunakan teknik enjutan ataupun kinjaan yang seksi menggoda dari pandangan belakang.

Cuma bezanya, Jorginho tak memangkah Abang Do atas padang.

Chelsea membuktikan bahawa mereka juara Eropah sebenar dan tak rela untuk kehilangan slot di UCL musim hadapn.

Chelsea menang tipis satu kosong ke atas jiran London mereka, West Ham United.

Dalam aksi tersebut, Chelsea bergelut sepanjang perlawanan kerana tumpulnya di barisan hadapan. Kegagalan memasukkan gol ke arah lawan membuatkan Tuchel memilih untuk memasukkan Romelu Lukaku Bolingoli.

Lukaku kelihatan bersemangat waja di atas padang ketika dimasukkan. Dia tahu dia masih ada beberapa perlawanan sahaja tersisa musim ini untuk memastikan dia masih relevan dalam perancangan Chelsea musim hadapan.

Harus diakui, Lukaku menjadi watak penting Chelsea. Apabila dia berlari ke arah gol dan ditarik oleh Craigh Dawson. Pengadil mendapatkan pandangan murni VAR dan seterusnya berpaling dan melayangkan kad merah kepada Dawson.

Jorginho ataupun panggilan manjanya, Jojo datang ke hadapan. Bintang Didi N Friend itu menunjukkan skil biasanya dengan enjutan yang digelar Jorginho hop.

Ianya mengingatkan kita kepada episod Jojo dengan assist daripada Didi dan Nana membantu Sofi melompat.

Malangnya aksi yang seringkali memukau lawan itu kali ini tak masuk. Jorginho menutup mukanya tanda malu. Dia sedar dia baru sahaja membuat perkara tak sepatutnya berlaku.

Mujur beberapa minit selepas itu, Christian Pulisic menjadi penyelamat 3 mata Chelsea. Di mana pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu berjaya menewaskan Fabianski yang agak cemerlang di gawang gol.

Dalam perlawanan ini, Chelsea dengan cemerlang melakukan 26 percubaan ke gawang gol. Cuma kualiti agak mengecewakan. Hanya  5 on target sahaja dicipta Chelsea.

Sementara West Ham mempersiakan peluang mereka untuk memintas bekas bakal juara EPL musim ini iaitu Manchester United. West Ham juga akan melalui jadual penting mereka berdepan Eintracht Frankfurt dalam saingan separuh akhir Liga Europa League dan kemudian satu lagi aksi derbi London menentang Arsenal yang semalam menang ke atas Manchester United.

West Ham juga mungkin baru sahaja melepaskan peluang mereka untuk ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.  Dan Moyes mungkin akan memberikan keutamaan kepada UEL selepas ini. Kerana ianya peluang yang lebih baik digunakan mereka dalam usaha masuk ke UCL menerusi vice versa juara UEL.

West Ham hanya melakukan 6 percubaan dan dengan teruknya hanya ada 2 percubaan tepat.

Chelsea kini semakin hampir mengesahkan slot mereka ke UCL musim hadapan dengan mencatatkan kemenangan ke-19 musim ini.

Tuchel sebelum ini agak kecewa dengan barisan pertahanannya dalam beberapa perlawanan terakhir mereka. Kali ini boleh menarik nafas lega selepas dimalukan Arsenal minggu lalu.

Aksi seterusnya pastinya sengit kerana Chelsea akan berdepan dengan kelab paling popular di dunia iaitu Manchester United.

Bruno Fernandes dan Jorginho akan bertemu dan kemungkinan akan berlawan enjutan siapa lagi padu pada perlawanan tersebut nanti.

Chelsea pastinya sedar bahawa Harry Maguire selaku pemain pertahanan termahal dunia akan kembali ke dalam pasukan.

Chelsea kelihatan kembali semula ke prestasi yang mereka harapkan. Para penyokong Chelsea di dalam stadium girang gembira meraikan kemenangan penting itu.

Tamat perlawanan Chelsea 1 je dan West Ham 0 je.

BACA:  Premier League 2019/2020: West Ham United 3-2 Chelsea