Ramos Tawarkan Messi Sekeluarga Untuk Tumpang Di Rumahnya

Sergio Ramos telah menawarkan Lionel Messi bersama keluarganya untuk tumpang dirumah beliau di Paris selepas bintang Argentina itu menandatangani perjanjian bersama PSG.

Kedua-dua mereka merupakan ketua pasukan untuk dua musuh tradisi dalam saingan La Liga, Barcelona dan Real Madrid dan tentunya mereka juga merupakan seteru di atas padang.

Messi dan Ramos sudah biasa bertekak dan sering bergaduh ketika mereka beraksi dalam perlawanan El Clasico, dengan bekar bintang Madrid itu kadang kala melakukan terjahan keras yang boleh menyebabkan karier bintang Argentina itu berakhir.

Beliau turut pernah dilayangkan kad merah kerana mengasari Messi, dan kedua-dua mereka turut pernah bergaduh ketika pertemuan di Santiago Bernabeu pada tahun 2019 yang lalu.

Kedua-dua Messi dan Ramos telah turun bermain dalam 45 aksi perlawanan ‘El Clasico’ dan turut berseteru dalam pelbagai kejohanan lain ketika karier mereka di pentas saingan La Liga.

Siapa sangka ini boleh berlaku?

Sementara Messi dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman, Ramos pula ada memegang rekodnya yang tersendiri, termasuklah ketika kedua-dua mereka dipertemukan pada Oktober tahun lalu.

Walau bagaimanapun, pada musim panas ini, semuanya sudah berubah dengan kedua-dua mereka sudah menjadi rakan sepasukan.

Kedua-dua mereka akan meninggalkan kisah perseteruan itu menjadi sebahagian dari sejarah dalam karier masing-masing, memandangkan mereka sudah menjadi rakan sepasukan di Paris.

Kedua-dua mereka ditandatangani oleh Paris Saint Germain secara percuma selepas kontrak mereka bersama kelab berakhir pada penghujung musim lalu.

Pemilik kelab PSG seharusnya diberikan hadiah Nobel Peace kerana beliau berjaya menyatukan dua musuh tradisi ini dalam satu pasukan yang sama.

Menakjubkan lagi, Ramos bahkan turut menawarkan Messi dan keluarganya untuk tinggal bersama beliau di Paris, sementara pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu mendapat rumah baru.

Kem Messi ketika ini tinggal di Le Royal Monceau, hotel di mana beliau keluar ke balcony untuk melambai pada ribuan peminat yang menyambut kedatangannya kemarin.

Ramos juga turut tinggal hotel yang sama sebelum ini dan sudah memang kebiasaannya pemain yang baru ditandatangani akan tinggal di hotel tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau kini dilaporkan sudah berpindah ke kawasan yang turut didiami oleh Angel Di Maria dan Marquinhos.

Ramos bersetuju untuk menumpangkan Messi, isterinya Antonella bersama tiga orang anak Messi untuk tinggal bersamanya di rumah barunya itu.

Messi walau bagaimanapun menolak dengan baik tawaran dari Ramos, dengan kedua-dua mereka sudah saling berhubung seperti sahabat akrab pada ketika ini.

Ketika Messi baru tiba di Paris, sebelum Neymar sempat menghubunginya, Ramos terlebih dahulu sudah menelefon Messi dan mengucapkan selamat datang pada bekas bintang Barca itu.

Ramos juga turut mengucapkan selamat datang pada Messi menerusi  laman instagram miliknya dengan beliau memuat naik gambar jersi kedua-dua mereka.

“Siapa yang akan beritahu kita kan? @leoMessi? Selamat datang!”

Tulis Ramos di laman instagram miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Sergio Ramos (@sergioramos)

Bercakap kepada TNT Sports bulan lalu, Ramos menyatakan yang beliau berminat untuk beraksi bersama Lionel Messi.

“Saya berminat untuk bermain dengan pemain terhebat dunia dan Messi merupakan salah seorang yang terhebat di dunia.”

“Saya selalu katakan yang Messi akan selalu ada peranan dia sendiri dalam pasukan saya.”

Mungkin gandingan Messi dan Ramos dengan pengalaman mereka miliki, mereka akan membantu PSG memenangi gelaran Champions League pertama dalam sejarah kelab.

Melihat kepada barisan skuad yang PSG miliki pada ketika ini, tidak mustahil untuk membayangkan yang mereka bakal membawa pulang Piala telinga capang itu.

PSG telah melalui jendela perpindahan yang sungguh menakjubkan pada musim panas ini, dengan berjaya mendapatkan nama-nama besar dalam dunia bola sepak secara percuma sahaja.

Donnarumma, Wijnaldum, Ramos dan Messi berjaya ditandatangani secara percuma dan kesemua empat pemain ini sememangnya yang terhebat di dunia di posisi masing-masing.

Jika dengan gandingan ini mereka masih gagal untuk menjulang kejuaraan Champions League, mungkin PSG memang sudah ditakdirkan untuk tidak akan pernah ada Piala terbesar Eropah itu.

PSG akan memulakan saingan Ligue 1 musim baru ini tanpa kehadiran Sergio Ramos yang akan terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Sumber: SB

BACA:  Lewandowski Semakin Hampiri Rekod Ronaldo