Rangnick: Kelab Hebat Macam Manchester United Tak Akan Merayu Pemain Untuk Kekal

Ralf Rangnick jelas sekali tidak gembira dengan Anthony Martial yang tiba tiba meluahkan dirinya mahu angkat kaki pada Januari ini.

Ejen kepada Anthony Martial iaitu Phillipe Lamboley menegaskan bahawa Martial merupakan pemain yang harus beraksi dan bukannya hanya duduk teperap di bangku simpanan.

Martial menyertai Manchester United pada 2015. Dianggap sebagai wonderkid luar biasa yang boleh menghadirkan banyak kejayaan untuk kelab.

Manchester United malah memasukkan klausa Ballon d’Or ketika membeli Martial satu ketika dahulu. Kerana yakin  pemain itu akan menjadi The Next Henry.

Martial bagaimanapun, gagal menunjukkan potensinya secara konsisten. Martial kemudian menjadi pemain yang hanya untuk memenuhnya korum untuk squad depth Manchester United.

Pemain itu gagal menjadi pemain kebelasan utama dalam pasukannya. Itu yang membuatkan Martial sangat kecewa. Kekurangan minit permainan dianggap perkara yang menjejaskan peluangnya untuk beraksi di Piala Dunia kelak.

Martial masih ada baki kontrak selama 3 tahun dalam kontraknya. Jadi ini bermakna dia bukan dalam sasaran Barcelona. Kalau free, sedia je mereka sebat.

Martial ada baki kontrak yang panjang kerana melanjutkan kontrak baharu pada 2019 yang lalu dengan ada pilihan lanjutan tambahan setahun lagi.

Jadi, untuk meninggalkan Old Trafford, pastinya bukan semudah disangkakan. Manchester United masih ada kawalan kepada harga pemain itu.

Walaubagaimanapun, ejen Martial sudah mengesahkan bahawa Martial memang dah tak ada hati bermain untuk Manchester United dan mahu berambus.

Ejen Martial berkata: “Dia harus bermain. Dan dia  tak mahu kekal lagi pada Januari ini. Saya sendiri akan bercakap dengan kelab selepas ini.”

Berita menyedihkan buat peminat Manchester United. Begitu juga dengan peminat EPL kerana liga itu bakal kehilangan pemain yang luar biasa. Wajah sentiasa tenang dan bersahaja.

Kini hanya Newcastle dilihat sebagai harapan terakhir peminat EPL untuk melihat Martial terus kekal di bumi England.

Ralf Rangnick jelas sekali tidak gembira dengan tindakan ejen Martial itu. Pengurus interim itu menganggap adalah terlalu awal untuk membincangkan soal perpindahan pemain pada Januari ini.

Rangnick turut menegaskan bahawa, sangat sukar untuk menerima hakikat ada pemain yang tak mahu bermain untuk kelab sebesar Manchester United yang ada 20 EPL dan 3 UCL dalam sejarah mereka.

Dan hujung tahun ini angka ke-21 dan ke-4 UCL dilihat bakal direalisasikan dengan gaya permainan terbaru Manchester United yang berasaskan Gegenpressing dan ada Ronaldo bersama mereka.

Rangnick menyindir Martial dengan berkata: “Jika ada pemain yang tak mahu bermain untuk kelab seperti Manchester United, ianya tidak masuk akal untuk memujuk mereka agar mengubah fikiran.”

“Kelab ini sangat besar dengan sokongan yang luar biasa, saya tak rasa sesiapa sahaja di dalam kelab itu patut memujuk pemain untuk kekal.”

Satu kenyataan yang agak berani daripada Rangnick. Namun dia bercakap tentang kebenaran. Kerana Manchester United adalah magnet untuk pemain pemain berkelas dunia.

Dalam sejarah kelab, Manchester United sarat dengan legenda legenda yang tidak dapat dijelaskan betapa ramainya mereka. Jadi, agak mengecewakan apabila pemain seperti Martial dengan terbuka menolak untuk bermain bersama Manchester United lagi selepas ini.

Manchester United akan meneruskan kempen domestik mereka selepas aksi UCL pertengahan minggu lalu.

Ralf Rangnick yang dilantik sebagai interim menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sudah sedia untuk memberikan aksi bola sepak berkelas dunia sekali lagi sebagai paparan kepada umum.

BACA:  Sancho: Saya Sudah Lama Jadi Kambing Hitam Ten Hag