Raphael Varane Berada Dalam Senarai Teratas Manchester United

varane ronaldo

Pemain pertahanan Real Madrid, Raphael Varane kini dilaporkan berada senarai teratas pemain yang mahu dibeli Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut laporan daripada The Express, selain pemenang Piala Dunia 2018, pemain Sevilla, Jules Kounde dan juga Nikola Milenkovic dari Fiorentina serta pemain Braga, David Carmo berada dalam senarai.

Pemain pertahanan Perancis itu kini dinilai pada harga £63 juta oleh portal yang memberi nilai kepada jual beli pemain TransferMakt bola sepak dunia.

Biasanya perpidahan pemain melibatkan Manchester United akan menjadikan harga yuran perpindahan akan menjadi harga tidak masuk akal atau Manchester United hanya dipergunakan pemain untuk mendapat kontrak baru yang lumayan.

Rapahel Varane kini hanya mempunyai setahun sahaja dari baki kontrak dan tidak ada kedengaran lagi berita bahawa kontrak baru telah ditawarkan.

Zinedine Zidane telah menggunakan khidmat Raphael Varane dalam semua perlawanan musim ini kecuali satu perlawanan La Liga sahaja. Pemain harapan.

Untuk rekod, Varane merupakan salah seorang daripada lima pemain Real Madrid yang tidak mengalami apa-apa kecederaaan musim ini.

Jika Varane dijual ini akan dapat menampung beban kewangan yang dihadapi Real Madrid namun situasi Sergio Ramos yang mungkin akan pergi mungkin Varane tidak akan dilepaskan.

Namun Raphael Varane dilaporkan telah membuka pintu untuk rundingan kerana Real Madrid belum menyatakan apa mengenai kontrak baru dan sekadar menimbulkan keraguan.

Walaupun mempunyai reputasi yang hebat namun Rapahel Varane hanya menikmati gaji mingguan sebanyak £150,000 seminggu dan dalam kemampuan Manchester United.

Rapahel Varane mempunyai reputasi hebat dengan memegang gelaran juara Champions League sebanyak 4 kali dan juara Piala Dunia 2018 bersama Perancis.

Pemain pertahanan tengah yang kini berumur 27 tahun telah mengecap kesemua kejayaan itu pada usia 25 tahun.

Kecederaan menjadi pembukaan kepada karier awalnya untuk menjadi salah seorang pertahanan yang kental di dalam di dunia bola sepak.

Sepanjang musim 2016/17 dan 2017/18, Rapahel Varane telah terlepas 24 perlawanan dan sejak itu hingga ke hari ini hanya 6 perlawanan sahaja Varane tidak turun beraksi.

Ketika Real Madrid kehilangan Sergio Ramos kerana kecederaan, Varane tidak berdepan masalah mengambil tanggungjawab penuh yang ditinggalkan Ramos.

Perbandingan Varane dengan Harry Maguire dan Victor Lindelof jelas menunjukkan Varane kurang melakukan kesalahan berbanding kedua pemain tersebut.

Varane juga kurang melakukan gelecekan dan ini mampu mengurangkan aksi kelakar. Maguire mempunyai rekod lebih baik di udara tapi Varane lebih bagus berbanding Lindelof.

Kekuatan paling utama Varane adalah kepantasan beliau yang seperti dimahukan oleh Rio Ferdinand yang merasakan kelajuan pemain pertahanan akan menjadikan Setan Merah lebih kebal.

Seperti Maguire, Varane pernah melakukan aksi kelakar tak masuk akal dan nasibnya baik kerana tidak beraksi di Premier League.

Ketika berita ini sedang hangat diperkatakan Raphael Varane pula menyatakan hasrat untuk bergandingan dengan Kylian Mbappe yang merupakan antara pemain terbaik dunia.

“Dia menjadi pemain serba bola dan merupakan penjaring gol, dia salah seorang yang terbaik.”

“Sasaran aku adala untuk bermain bersama pemain terbaik dan Kylian Mbappe merupakan salah seorang pemain terbaik dalam bola sepak Eropah.”

Raphael Varane memberi sedikit bayangan samada Kylian Mbappe akan ke Real Madrid atau destinasi Raphael Varane selepas ini adalah Paris Saint-Germain?

Atau Varane mahu bergandingan dengan Mbappe bersama pasukan Perancis dan meraih gelaran EURO 2020 selepas sama-sama menjulang Piala Dunia 2018 di Russia.

Jika Raphael Varane bermaksud mahu beraksi bersama Kylian Mbappe di Real Madrid maka Ole Gunnar Solksjaer boleh membuang Varane dalam senarai teratas.

BACA:  Man Utd Mahu Umum Penandatanganan Varane Dan Trippier Serentak Minggu Hadapan