Baru-baru ini tersebar berita dari media yang melaporkan bahawa The Blues semakin hampir untuk menandatangani pemain kebangsaan Jerman, Timo Werner.
Namun, RB Leipzig menerusi Oliver Mintzlaff telah menafikan perkara itu sekeras-kerasnya dan menidakkan kebenaran berita itu.
Kemarin Fabrizio Romano menyatakan bahawa Chelsea sudah dalam fasa akhir untuk proses mendapatkan Timo Werner dan dilaporkan pemain itu semakin hampir untuk ke Stamford Bridge.
"We haven’t had an exchange with Chelsea yet."
RB Leipzig CEO Oliver Mintzlaff has been speaking about Timo Werner this afternoonhttps://t.co/YhtVMmAolq pic.twitter.com/k6Q7z0uBfM
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 6, 2020
Timo Werner juga dilaporkan sudah bersetuju untuk mengaktifkan klausa pelepasan yang ada dalam kontraknya di Leipzig.
Menurut laporan dari Romano juga, Chelsea memulakan langkah untuk mendapatkan Timo Werner selepas mereka melihat Liverpool tidak memulakan sebarang rundingan rasmi untuk mendapatkan pemain tersebut.
Liverpool still haven’t started official talks with Leipzig for Werner, always asked for time. Only talks with the player (via Klöpp).
Chelsea are ready with an official bid and if Liverpool will not match it on next hours, Werner will discuss his contract with Chelsea. 🇩🇪 #CFC https://t.co/tID7WaOw1A
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 4, 2020
Koresponden tier 1 Liverpool, Melissa Reddy di Goal turut melaporkan perkara itu.
Timo Werner has made no secret of his desire to join #LFC, but the club cooled interest in April due to Covid-19.
Chelsea have made their move, trebling his salary, offering more minutes and a core role in Frank Lampard's rebuild https://t.co/YJdTDYQOhw
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) June 4, 2020
Hari ini pengarah urusan RB Leipzig, Oliver Mintzlaff telah menafikan perkara tersebut. Bahkan mereka sendiri mengesahkan bahawa pihak Leipzig tidak pernah sama sekali mengadakan perbincangan tentang hal tersebut.
Leipzig menegaskan bahawa mereka tidak pernah berunding apatah lagi menerimq bidaan dari Chelsea untuk mendapatkan Timo Werner.
Mintzlaff turut menyatakan bahawa sehingga kini tiada sebarang bidaan rasmi yang dilancarkan oleh mana-mana pihak termasuk Chelsea.
Timo Werner dilaporkan hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian beliau untuk menghabiskan baki musim ini bersama RB Leipzig.
“Kami belum melakukan sebarang urusan berkaitan perpindahan Timo Werner.”
Jelas Oliver Mintzlaff kepada Sky Sports Jerman ketika ditanya tentang pemain berusia 24 tahun itu.
RB Leipzig's sporting director Oliver Mintzlaff said that the German side had not received a "transfer contract" from any club#TimoWerner #Chelseahttps://t.co/HaclqC3HIY
— NDTV Sports (@Sports_NDTV) June 7, 2020
“Oleh itu, kami tidak ada apa untuk dilaporkan kepada anda semua. Timo Werner adalah pemain RB Leipzig dan dia memberi isyarat bahawa dia sedang sibuk dengan urusan berkaitan perpindahan.”
“Namun sehingga kini tidak ada apa-apa yang berlaku.”
“Kami semua hanya menumpukan kepada perjuangan terakhir dalam kempen saingan Liga. Kami mahu layak ke Liga Juara-juara. Hal itu merupakan satu-satunya perkara yang sedang kami bincangkan bersama Timo.”
“Adalah penting bagi kami mencuba untuk melanjutkan kontrak beliau bersama pasukan. Kami melakukannya pada musim panas lalu kerana amat penting bagi kelab muda macam kami untuk memastikan tiada pemain utama kami keluar.”
“Tentu saja ada klausa perlepasan yang kami buat dalam kontrak untuk memberikannya pilihan dan kesempatan untuk mengambil langkah seterusnya jika beliau mahu keluar.”
Oliver Mintzlaff turut menegaskan bahawa segala keputusan diserahkan sepenuhnya kepada Timo Werner dan mendakwa mereka sentiasa menghormati keputusan beliau.
No contact between the two clubs, says RB Leipzig chief Oliver Mintzlaffhttps://t.co/lvzsVXOdf4
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 7, 2020
“Sekarang Timo duduk di tempat ‘pemanduan’, bukannya diatur oleh kami lagi. Sehingga kini beliau tidak mengaktifkan lagi klausa itu, dan tidak ada kelab yang menghantar tawaran kontrak pemindahan kepada kami.”
“Seandainya Timo meninggalkan kelab, kami pasti kelab yang membeli beliau akan membenarkan beliau untuk terus kekal disini bagi menghabiskan baki perlawanan saingan musim ini.”
“Kami hanya boleh membincangkan tentang Liga Juara-juara dengan bakal pembeli beliau seandainya ada selepas pihak kami mengatahui bila tarikh saingan akan kembali bersambung.”