Reaksi Erik Ten Hag Tengok Antony Buat Skil Berpusing, Kemudian Keluarkan Pemain Itu

Pengurus berkeperibadian tinggi Manchester United, Erik ten Hag tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap Antony berikutan menunjukkan kemahirannya yang “tidak masuk akal” dalam pertembungan Manchester United dengan Sheriff Tiraspol pada petang Khamis.

Manchester United menang bergaya 3-0 ke atas Sheriff dalam pertandingan tertinggi di Eropah selepas UCL.

The Red Devils bergelut untuk mencari gol ke atas pasukan pelawat ketika aksi di Old Trafford. Namun pada masa itulah Antony menunjukkan skil yang menghiburkan peminat tegarnya.

Dia menerima bola dan tiba tiba berpusing pusing dengan putaran 360 darjah. Pemain pertahanan lawan Rasheed Akanbi terkedu melihat gaya itu dan menyesal tidak memasang kamera gopro di dadanya untuk merakam momen bersejarah itu.

Pengurus Erik ten Hag turut menunjukkan kekecewaannya terhadap Antony. Berikutan kejadian itu, dia menggelengkan kepala dan mukanya berkerut.

Selepas Antony melakukan putaran gaya robot vakum otomatik Xiaomi itu, dia telah menghantar bola terus ke luar padang.

Selepas peristiwa yang menyayat hati itu, Ten Hag terus mengeluarkan Antony pada separuh masa kedua.

Legenda Manchester United, Scholes tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap pemain sayap itu.

Bercakap semasa analisis separuh masa bersama BT Sport, dia berkata: “Kalau aku jadi nombor 61 [Rasheed] tu, taulah aku nak buat apa kat Antony tu,” kata Scholes yang membayangkan dia akan membentes pemain itu kerana buat benda bukan bukan pada aksi UEL semata mata.

Scholes menambah: “Saya tidak tahu apa yang dia lakukan. Mengarut sial benda dia buat. Saya tidak tahu sama ada kita’ Akan melihat pandangan daripada pengurus..”

“Entah mende dia fikirkan dalam kepala otak dia. Dia tak melepasi mana mana pemain, dia tidak menghiburkan sesiapa pun hanat.”

“Masa tu 0-0 dan kemudian dia boleh selamber badak pi tendang bola keluar. Tetapi itulah cara dia bermain. Aku telah perati je dia buat benda tu sebelum ni, dah berkali-kali dah masa dia main dengan Ajax.  Aku rasa dia perlu dapat sedikit pengajaran, kena bentesan daripadanya.”

Seorang lagi bekas pemain Man United, Owen Hargreaves juga bersetuju dengan Scholes dalam penilaiannya tentang keputusan Antony untuk membuat skil berpusing macam gasing itu.

“Jika kamu mahu melakukannya, kamu tak akan benar-benar melakukannya. Kamu tidak melakukannya apabila sudah tiga atau empat kosong,” katanya.

“Kamu perlu menunjukkan rasa hormat kepada pasukan lain. Tetapi saya rasa itu hanya dia saja yang tahu. Kadang-kadang pemain mahu menunjukkan kemahiran mereka. Anda perlu berfungsi dengannya dan dia tidak berada di sana semata mata. Dia kemudian menendangnya keluar. Saya rasa itu tidak membantu.”

Seorang lagi bekas pemain EPL, Robbie Savage menganggap skil Antony itu sebagai memalukan dan sesuatu yang tidak perlu.

Apa sahaja penilaian mereka, masih ramai peminat Manchester United mempertahankan tindakan Antony.

Mereka menganggap bola sepak perlukan hiburan. Tidak kurang juga yang menuduh orang yang tak suka dengan skil Antony adalah anti Manchester United.

Nampaknya, Erik Ten Hag dan Scholes harus berhati hati dalam reaksi mereka ke atas skil Antony. Tak pasal pasal dituduh ejen rahsia yang merupakan pembenci Manchester United.

Antony merupakan pemain yang dibeli Manchester United dengan pakej terkumpula EUR100 juta.

Dia ditandatangani dari Ajax. Pemain yang terkenal dengan kelicikannya dan juga aksi aksi putaran 360 darjah yang tak masuk akal.

Malah peminat Man United mengiktiraf skil spin 360 darjah itu dicetuskan Antony. Spin yang lain itu hanyalah spin cuci duit kat handphone.

Manchester United meneruskan pemburuan piala eropah mereka musim ini untuk memastikan mereka kekal menjadi kelab paling berjaya di England.

BACA:  Pep Ajak Penyokong Man Utd Turun Ke Jalan Untuk Rai Kejayaan City Bersama-sama