Manchester United dilaporkan telah ditawarkan untuk menandatangani Vinicius Jr oleh Real Madrid ketika mereka sedang berunding berkait urusan perpindahan Raphael Varane.
Ole Gunnar Solskjaer telah mengenal pasti pemenang Piala Dunia itu untuk ditandatangani dan dibawa beraksi ke saingan premier league musim hadapan.
Pengurus dari Norway itu mahu memperkuat barisan pertahanannya dalam usaha beliau untuk membawa United lebih serious mencabar kejuaraan liga.
Manchester United are being offered the chance to sign Real Madrid star Vinicius Jr as the La Liga giants look to fund a move for PSG superstar Kylian Mbappe. (Mirror) #MUFC pic.twitter.com/Pjf2EEmiLx
— MUFC Art 🎨 (@MUFCArt) July 18, 2021
Laporan terbaru telah mendedahkan yang setan merah sudah semakin hampir pasti untuk menandatangani Raphael Varane.
Manchester United mahu menandatangani Raphael Varane untuk digandingkan bersama Harry Maguire sebagai centre-back utama skuad.
Walau bagaimanapun, ketika kedua-dua pihak sedang melakukan rundingan, The Mirror melaporkan yang Real Madrid turut menawarkan Vinicius Jr kepada Manchester United.
Los Blancos sangat terdesak untuk mendapatkan dana tambahan, dalam usaha mereka hendak menandatangani bintang Paris Saint Germain, Kylian Mbappe.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez sendiri sudah sememangnya sangat berminat dengan bintang Perancis itu sejak beliau awal mula beraksi bersama Monaco pada musim 2016/17 yang lalu.
Manchester United are in talks to sign Vinicius Jr. after receiving an offer from Real Madrid during the Raphael Varane negotiations. https://t.co/Q3y5fjGOkb
— NEWS SPOT🌟 (@Manchester_snr) July 17, 2021
Namun memandangkan kelab ketika ini sedang berdepan dengan masalah ekonomi yang teruk, Juara 13 kali gelaran European Championship itu terpaksa melepaskan beberapa pemain bintang dalam usaha mereka untuk mendapatkan Mbappe.
Sebagai tambahan kepada penghasilan dari penjualan Varane, Real Madrid turut menawarkan United untuk mendapatkan Vinicius Jr.
Mereka meminta yuran perpindahan bernilai £68.5 untuk bintang Brazil berusia 21 tahun itu. Namun United pula sebelum ini baru sahaja menandatangani Jadon Sancho dari Borussia Dortmund dengan nilai £73 juta.
Laporan sama turut mendakwa yang Manchester United tidak berminat untuk terus membeli, namun lebih berminat untuk meminjam dahulu bintang muda itu dengan pilihan untuk pembelian tetap.
@ManUtd are being offered the chance to sign Real Madrid star Vinicius Jr (68.5million for the 21-year-old)
as the Spanish giants try to fund a move for Kylian Mbappe,
during Varane talks in United’s last offer around £45m. pic.twitter.com/NtJcDXScBK
— Hla Moe (@HlaMoe73024174) July 17, 2021
Real Madrid telah menandatangani Vinicius Jr dari Flamengo dengan yuran perpindahan bernilai €46 juta, dengan perjanjian itu telah dipersetujui pada Mei 2017 namun hanya disahkan selepas beliau berusia 18 tahun pada Julai 2018.
Beliau telah membuat 118 penampilan bersama Real Madrid dengan menjaringkan 15 gol serta membantu Los Blancos memenangi gelaran La Liga pada musim 2019/20.
Sementara Sky Sports pula melaporkan yang United sudah semakin bersetuju dengan segala syarat dari Varane dan ejennya dengan kedua-dua mereka sedang menanti keputusan dari Real Madrid.
BREAKING: Manchester United close to agreeing personal terms with the representatives of Real Madrid defender Raphael Varane.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 17, 2021
United telah memburu Varane sejak beberapa tahun sebelum ini dan mereka dilaporkan sanggup membayar Real Madrid yuran perpindahan bernilai lebih £50 juta untuk menandatangani pemain Perancis itu
Kontrak pemain berusia 28 tahun itu di Santiago Bernaneu akan berakhir pada penghujung musim 2021/22 nanti, maka Real tentunya akan menjual beliau sekarang berbanding melepaskannya secara percuma musim hadapan.
Manchester United akan mengumumkan penandatanganan kedua-dua pemain pertahanan Raphael Varane dan Kieran Trippier pada minggu hadapan.
Terdapat laporan mengejutkan dari UK yang menyatakan bahawa setan merah sedang dalam usaha mereka untuk menandatangani kedua-dua pemain tersebut dan akan mengumumkan berita tentang penandatanganan itu pada minggu hadapan secara serentak.
Manchester United are reportedly set to announce the double signing of Raphael Varane and Kieran Trippier #MUFC https://t.co/zjmnZJPWOD
— talkSPORT (@talkSPORT) July 16, 2021
United sebelum ini sering menggandingkan ketua pasukan Harry Maguire bersama Victor Lindelof pada musim lalu.
Walau bagaimanapun, pimpinan kelab sedar yang mereka memerlukan pemain yang lebih berpengalaman untuk digandingkan dengan Harry Maguire.
Sementara Kieran Trippier sendiri pula, beliau sememangnya mahu kembali ke England selepas menghabiskan dua musim di Sepanyol bersama Atletico Madrid.
EXCLUSIVE: Man Utd close in on Raphael Varane as part of massive £68m double swoop | @ncustisTheSun https://t.co/q2JH660B6l
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) July 15, 2021
Beliau berjaya memenangi gelaran La Liga musim lalu dan menjadi pemain Inggeris pertama sejak 95 tahun lalu yang bermain bersama Atletico Madrid.
Beliau ditandatangani oleh Atletico Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £18 juta dari Tottenham Hotspur pada tahun 2019 yang lalu.
Aaron Wan Bissaka ketika ini merupakan pemain utama di posisi right back, namun ramai yang meragui kemampuan beliau ketika membantu jentera serangan.
Sementara Trippier pula merupakan pemain pertahanan kanan yang sangat dikenali dengan kemampuan beliau ketika membantu jentera serangan.
Manchester United are reportedly 'on the brink' of signing both Raphael Varane and Kieran Trippier.
A report in The Sun claims both deals are 'all but done' and announcements are expected towards the end of next week. 😍#MUFC pic.twitter.com/G7VC9rhMxR
— Man Utd Fans (@United4fans) July 16, 2021
United mungkin akan mengeluarkan dana bernilai £140 juta secara keseluruhannya selepas kejayaan mereka menandatangani Jadon Sancho pada awal bulan ini.
Solskjaer dilaporkan sangat mahu United bermain dengan lebih ke arah menyerang pada musim hadapan selepas mereka pada musim ini tidak mencatat keputusan yang begitu baik ketika bertemu pasukan big six.
Dalam kesemua perlawanan sebelum ini, United sering memainkan Scott McTominay dan Fred di posisi central midfield dan mereka akan terpaksa korbankan salah seorang pemain di posisi jentera serangan untuk itu.
Walau bagaimanapun, sepertinya pengurus setan merah mahu mengubah hal itu pada musim hadapan dan akan bermain dengan formasi 4-3-3 dengan tambahan dua pemain di posisi attacking midfielder dan seorang holding midfielder.
In quite extraordinary news, Manchester United have been offered Vinicius Jr in talks for Varane, according to @TomHopkinson 🤔 #MUFC https://t.co/k8MgYL8RBf
— Itz Ibo selector (@IboSelector) July 17, 2021
Menurut sumber laporan ESPN, Solskjaer telah memberitahu para pemain yang sudah kembali ke kem latihan tentang perancangan beliau pada musim baru ini.
Ketibaan Varane bermakna barisan pertahanan tidak perlu kawalan yang lebih banyak dari bahagian midfield, dan ia jelas akan memberi ruang kepada Paul Pogba dan Bruno Fernandes untuk beraksi bersama.
Pogba hanya bermain beberapa perlawanan sahaja pada musim lalu, dengan beliau banyak bermain di posisi sayap kiri, ia bermaksud Marcus Rashford terpaksa bermain di posisi yang beliau tidak begitu selesa iaitu di sebelah kanan.
(☀️) Real Madrid has not offered Vinicius Jr 🇧🇷 to Manchester United. 100% fake news. [@MarioCortegana] #MUFC #RMAlive pic.twitter.com/jYGQBQHMwr
— RouteOneFootball (@Route1futbol) July 18, 2021
Namun jika barisan pertahanan sudah mantap, dengan Sancho disebelah kanan, Bruno dan Pogba ditengah, Cavani di hadapan, United jelas akan jadi ancaman besar pasukan-pasukan big six premier league musim hadapan.
Sumber: SPORTbible